Hari raya, rendang dan ketupat

Inilah gambar ketupat yang masih suam-suam kuku


Hari ini aku memang amat mengantuk, sebab semalaman aku menganyam ketupat seorang diri sambil melayari internet dengan kelajuan tahap 'dial up'. Sementara loading, aku menganyam ketupat satu demi satu.

Selepas wukuf di Arafah, maka akan menjelmalah hari raya Haji (Korban). Bagi umat Islam di Malaysia, kemeriahan raya haji tak sebegitu meriah dirayakan. Mungkin sebab tiada jualan murah 'penghabisan stok' atau sebab tanpa sebulan berpuasa, kehangatannya tidak dirasai.

Bagi aku, macam biasa je. Memang tak begitu ghairah menyambut raya qurban. Mungkin sudah jadi tradisi keluarga dan masyarakat setempat yang tidak meraikannya dengan besar-besaran, kecuali acara qurban dan aqiqah yang mengambil tempat di masjid-masjid.

Ok, berbalik pada cerita asal aku tentang rendang dan ketupat. aku sememnagnya peminat ketupat nasi (yang asli, bukannya ketupat segera nasi himpit di dalam karung plastik). Pada aku, rasanya sama sekali berbeza, sama juga jika kita makan nasi lemak daun pisang berbanding dalam bekas makanan 'polystyrene'.

Mungkin aku tidak menerima teknologi (nasi himpit segera), yang jauh lagi cepat, mudah dan sedapppp (macam iklan dalam tv). Tapi pada aku, tekak tidak boleh menipu. Aku tetap dengan ketupat asli daripada pucuk daun kelapa. Yang aku pasti, semakin ramai tidak pandai menganyam ketupat, hanya beli sahaja di pasar sebab memang menjimatkan masa.

Kalau 10 tahun ke belakang, tradisi menganyam ketupat dibuat beramai-ramai anak beranak. Pastinya disulami gurau senda serta bualan gossip hangat isu semasa. Tapi sekarang semua orang mengejar masa yang tak pernah cukup walaupun ita dikurniakan 24 jam sehari.

Apa-apa pun, masa merubah segalanya. Cuma kita sahaja yang dapat mengimbau memori daun pisang mengekalkan tradisi. Yang pasti, ketupat yang aku anyam, dah siap di rebus mak.. cuma nak ngap je bila rendang siap.. :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...