Custom Search

Menangani jenayah : Patutkah kita sebagai warganegara membantu membanterasnya?

SENARIO 1

Jam menunjukkan lebih kurang pukul 2 pagi. Terlihat kelibat anak-anak muda berdarah satria (mungkin berketurunan Hang Tuah) sedang bersidai di atas motor masing-masing di sepanjang jalan Tangjung Gading Muar.
Aku yang tak mahu melihat anak bangsa mati katak tanpa perlindungan insurans takaful, menelefon operator untuk meminta nombor balai polis Muar.

Aku : Encik, sekarang saya ada di Tanjung Gading, saya nak laporkan bebudak motor ni dah siap sedia nak merempit.
Orang yang jawab telefon : Oh, itu kawasan Sungai Mati.
Aku : Boleh bagi no telefon Sg. Mati (aku yang kena minta).
Orang yang jawab telefon : 06- ....bla. bla..

Niat aku terputus...



SENARIO 2


Aku baru sahaja masuk ke lebuh raya dari tol Sg. Besi menghala ke arah Selatan. Sampai di hentian R&R Seremban (arah selatan), aku berhenti sekejap untuk makan tengahari. Bila nak keluar dari kereta, ada sorang mamat bertindik sebelah telinga menghampiri aku sambil menghulur telefon Nokia N95. "Berapa?" aku bertanya. "700 bang", jawabnya ringkas.

Aku termenung, memikirkan bahawa telefon tersebut berkemungkinan besar 'barang panas'. Kesian mangsa yang hilang telefon bimbitnya itu. Kemungkinan lain pula, barangkali telefon tu barang tiruan dan tak boleh digunakan langsung, walaupun mamat tu suruh aku masukkan 'sim kad' untuk menguji. Aku mengatakan kepadanya supaya bagi aku masa berfikir ketika makan, dengan alasan aku ada hutang nak kena kira dulu.

Ketika makan, aku menelefon balai polis Seremban, kemudian Seremban menyuruh aku menelefon balai polis Nilai. Nilai pula menyuruh aku telefon balai polis Labu.

Kredit aku dah habis....

15 comments:

farahaznil said...

hmmm...niat ko dah baik dah tu..tp syngnya polis tu la hampeh yg tak guna..xpe sam..klu ko larat nak tlng..tlng aje..niat ko tu pun dah dpt pahala..

samdaddycool said...

Farah> Aku akui tugas polis memang berat dan banyak sangat kes. Tapi yang aku kesal, kenapa diaorang tak boleh ambil report aku dan hantar ke semboyan terus? Kenapa nak pas sana, pas sini... sampai aku yang nak tolong banteras jenayah ni jadi 'give up' seolah meminta-minta.

taukey said...

aiyarkkkk.....susah juga macam ni yer.

samdaddycool said...

Taukey> serius aku tertekan dengan jawapan penuh bersahaja operator polis tu..

farahaznil said...

klu tnya aku..aku pn tnsion kot dgn polis tu..huhuhuh..silap2 polis tu yg aku maki hamun nnt..hoho

Din Beramboi said...

Dah polis ckp mcm tu, sal ko tak merempit sekali Sam..hehe.

samdaddycool said...

farahaznil > ntahlah.. aku pun tak reti dengan professionalisme..

Din Beramboi > aku dah cukup tua untuk tak pergi merempit.. nanti mati katak, sapa nak tanggung anak bini..

Angel said...

tugas polis mmg la bkn mudah, tp kenapa dorg ni tak amik jalan utk permudahkn? serius la ckp, projek utk polis je thn ni smpi lebih kurang rm5bil (tu pun sy tau sbb sy ada bisnes dgn military m'sia) tp sumenya dihabis pd benda2 yg kalau sipikir tk berfaedah lgsg.. n benda yg murah2 diletak harga 3, 4x lg tinggi..

ok la, mungkin ada la yg miskin papa kedana nk duit sng.. tp dlm nk buat duit sng, kasi tunjuklah ada wat keje gak.. jd dr rm5bil tu upgradekn la phone system ke, ye tk? jd kalau org call lain bhgn, senang je dia bole transfer ke bhgn yg sepatunya, mcm operator system, tp lg pantas la.. bknnya tkde system ni.. tp kalau kita propose dorg tk berminat.. yela, mungkin tk berbaloi sbb murah sgt..

jd polis2 ni, dek malas nye pasal, buat la "rakan cop" yg konon2 rkyt bole bantu polis2 yg sebenanye tkde pape keje pun sbb bila org repot bknnya nk cpt2 bgn dr kerusi msg2!

P/S: WORSE polis station : Subang. punyala byk snatch theft, kena parang la, etc, bila kita call polis, 1 jam pun tk nmpk btg idung

samdaddycool said...

Angel > terima kasih sebab sudi berkongsi perkara-perkara yang umum kurang tahu (patut lebih ramai dedahkan benda seumpama ini).

RM5 billion!!! Sudah terlalu cukup untuk upgrade sistem jawab telefon Rakan Cop tu... hmmmm PDRM oh PDRM...

MisteryGraphy said...

Aslkm,ape kabo ? ape2pun kalau sedari atau sedara ade mase,sila melawat blog saye ni di http://mysterygraphy.blogspot.com ,n jgn lupe linkkn blog sye erk,ok thanks n bye

farahaznil said...

dah dpt 5bill tak serupa 5bill...klu xreti guna..bg rakyat suda..lg bgs

samdaddycool said...

MisteryGraphy> blog anda tak boleh bagi komen.. selpas isi captcha.. tak boleh hantar..

farah> bagi rakyat ke bagi kita.. banyak tu.. :)

lina said...

sbb itulah ramai yang tak ambil peduli bila ada jenayah. Report salah, tak report pun salah.

samdaddycool said...

Lina> Setuju.. Kita sebagai rakyat marhain yang tersepit.

samdaddycool said...

Mengikut kata kawan aku (seorang polis), sepatutnya aku terus menghubungi IPK untuk memaklumkan perkara tersebut. Lagi satu, aku patutnya menanyakan nama pegawai yang menjawab panggilan tersebut dan memberitahu beliau aku hanya menjalankan tanggungjawab,bukannya dilambung-lambung kesana kemari..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails