BoBoiBoy.... terbaeekk

Sedutan siri tv BoBoiBoy di YouTube

Sebab anak aku yang belum petah bercakap sudah mula enjoy dan serasi menjerit, "bo boi boy!", jadi aku pun nak selongkar lebih lanjut tentang Boboiboy, di balik tabir, krew produksi, serta resepi yang menaikkan 'aura' siri animasi ini.

BoBoiBoy merupakan kartun animasi buatan Malaysia, dihasilkan oleh Animonsta Studios Sdn. Bhd. Pada mulanya, aku menyangkakan BoBoiBoy adalah buah tangan Les' Copaque, watak kartun kedua selepas Upin Ipin. Namun aku meleset sama sekali, .... tapi sebenarnya ada hubung kait secara tak rasmi di situ.

Animonsta Studios sebenarnya ditubuhkan oleh lapan orang krew asal di Les' Copaque. Mereka cuba mencari peluang dan market baru. Di bawah ni beberapa maklumat yang berjaya aku selongkar;

Animonsta Studios

  • managing director: Mohd Nizam Abdul Razak
  • creative director: Muhammad Anas Abdul Aziz
  • executive director: Mohd Safwan Ab Karim
  • operations director: Kee Yong Pin


Blog: http://animonsta.blogspot.com/
Official website: http://www.animonsta.com/
Youtube: http://www.youtube.com/user/animonstamedia
Twitter: http://twitter.com/boboiboy
Facebook: http://www.facebook.com/boboiboy

Sejak dua menjak ni, aku rasa pelik bila tengok episod-episod yang ditayang adalah 'recycle' atau ulang tayang episod terdahulu. Aku hairan juga sebab baru masuk episod ke-empat. hmmm

Tapi yang penting sekarang, BoBoiBoy TV 3-D animation series dah mula muncul dengan Episod 5: 3 Julai 2011, Episod 6: 10 Julai 2011, Episod 7: 31 Julai 2011 , mengikut update di blog mereka. Jom layannn..

Apa-apa pun, kewujudan BoBoiBoy menceriakan lagi dunia animasi 3D di Malaysia serta menambahkan variasi yang sedia ada. Sekalung tahniah buat krew BoBoiBoy kerana berjaya memartabatkan dunia kartun animasi 3D.

Semoga mereka berjaya dan tampil dengan pelbagai lagi variasi baru yang lebih mengegar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...