Salam 1Malaysia buat semua pembaca blog ini.
Agak lama juga aku tak menulis di sini. Banyak yang hendak diceritakan, namun jiwa kacau kadang-kadang menunda semangat untuk menulis. Aku akan update secara ringkas apa yang aku tempuhi selama lebih kurang 2 minggu kebelakangan ini.
Khamis lepas, aku bertemu beberapa blogger yang hebat, dan ramai yang kenal dengan mereka. Mula-mula aku berjumpa si Sangilapi di rumahnya. Kemudian kami berdua minum petang sementara menunggu Maghrib untuk bertemu Mijie yang hanya akan selesai berkursus selepas 9.30 malam.
Selepas solat Magrib di K-Mall @ K-Mart Tg. Agas, kami berdua ke gerai kebab Zikir Food. Alhamdulillah kelibat brader Azam dan Megat ada di situ. Beberapa minit sahaja kami berdua sempat singgah untuk bertanya kabar dan mengambil kebab yang dah ditempah. Kami terpaksa angkat kaki sebab kena pergi ke hotel Avillion, Melaka untuk bertemu Mijie pula.
Di Melaka, kami 'lepak sampai lebam' di restoran mamak pantai Klebang. Banyak yang dibualkan terutamanya SEO, blog, dunia nyata dan sebagainya. Nak cerita di sini pun tak muat dan mungkin muak pula nak didengar.
Cerita lain pula, Alhamdulillah, aku berjaya buka akaun baru untuk ebay.co.uk dan link dengan paypal. Cuma sekarang nak masuk gear 2 untuk terus jalan dan melangkah lebih jauh. Doakan aku berjaya ye.
YMads pula buat hal dalam tengah rancak menabung USD ke dalam akaun. Tak tahu kenapa website tak boleh buka (down). Aku harap sempat merasa duit yang dah terkumpul kat dalam tu. Naya betul kalau rentung tak dapat satu sen pun.
Akhir sekali, aku nak kongsikan berita terkejut yang aku terima melalui sms petang tadi. Satu pelawaan untuk interview jawatan arkitek menanti aku Isnin ini di Jalan Tengkera, Melaka. Kerja tu aku pohon melalui jobstreet. Resume pun cincai boncai guna notepad sahaja. Isteri aku ceria sungguh dapat berita tu yang dihantar secara rasmi ke dalam emel.
Aku sebenarnya dah 10 tahun tak kerja dalam pejabat. Akhir sekali kerja dengan orang pada tahun 2007 di ladang kambing jamnapari. Tak tahu apa rasanya nanti kalau dapat kerja ni. Mak aku, isteri dan famili sebenarnya yang bersungguh suruh aku kerja. Nak buat camne, bisnes tengah drop, banyaklah usul suruh minta kerja kosong.
Uish, panjang berjela juga entry aku ni. Kalau korang nak memohon jawatan kerja kosong, mungkin boleh pergi ke GRADUAN ASPIRE 2011.