nampak 'button' warna kuning? Cubalah says
Salam 1Malaysia buat semua.
Memang aku sekarang terikat dengan kekangan masa bekerja makan gaji. Aku sangat rindukan saat-saat bekerja sendiri di rumah, satu masa dulu. Memang syok tak terkata bila sendiri jadi bos.
Tapi itu semua cerita dulu, mungkin 6 bulan lagi, tahun depan atau entah bila aku akan bekerja sendiri semula. Kuasa di tangan Allah, kita merancang, hanya Dia yang menentukan. Kun Fa Ya Kun...
Tapi sekarang, aku masih lagi meneruskan part time bekerja di rumah, walau pun kadang-kadang tak sempat nak kejar semuanya. Yang penting fokus dan istiqamah, walau pun tak banyak, tapi ada juga daripada tak ada langsung.
Kali ni, aku nak kongsikan pendapatan terkini, yang sebelah kaki aku dah dapat daripada says. Cuma tekan butang cash out (warna kuning dalam gambar di atas), nanti sampailah cek RM50+ tu. Tapi aku nak tunggu sampai hujung bulan, kalau ada pertambahan lagi nilainya.
Untuk pengetahuan semua, ini kali pertama aku dapat cecah nilai cash out daripada says (minimum RM50). Kalau ChurpChurp tu, dah pernah dapat merasa cek (minimum RM100). Konsep ChurpChurp dan says hampir sama, promosikan url @ campaign yang di berikan dalam dashboard, dan tunggu klik yang bernilai serendah RM0.20 sen satu klik. Sila baca bagaiman menjana wang melalui ChurpChurp
Aku tahu ramai yang pandang rendah nilai RM50 tu. Kalau RM5000 ke, RM500 ke, mungkin ramai yang baru buka mata. Tapi sekurang-kurangnya aku ada, kau ada? Takde yang sikit, takkan datang yang banyak. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit... berpijaklah pada bumi yang nyata. Aku bukan otai, mahupun pro blogger.
Yang menarik tentang says dan churpchurp, keduanya tak memerlukan blog / website untuk menjana pendapatan. Cukup sekadar akaun twitter atau facebook, yang memerlukan kita tepek url promo pada wall / tweet.
Tunggu apa lagi, jadilah lelaki kacak.. pergilah daftar!