Part time bekerja di rumah


Salam 1Malaysia dan salam ukhwah buat semua pembaca blog ini. Aku terpanggil untuk menulis secara seberapa ringkas yang boleh bagi membuka ruang kepada anda di luar sana yang mengintai peluang bekerja di rumah secara part time. Apa yang dikongsikan ini tidak menjamin anda akan dapat duit cepat, malahan belum tentu dapat menjana pendapatan secepat wang kutu.


Secara umumnya, bekerja di rumah melalui medium internet sangat luas skopnya. Kita bahagikan kepada 3 bahagian:

1. Jika anda belum faham bagaimana wang boleh dijana melalui internet, ambil mudah pendekatan ini. Blog, website, forum dan juga laman sosial adalah umpama tv, radio atau akhbar. Mereka menyajikan iklan daripada pihak peniaga, pengeluar, syarikat-syarikat besar, mahupun pemilik blog individu.

Duit daripada mereka inilah yang dibayar kepada kita (publisher), samada kita paparkan iklan mereka melalui laman sosial (cth. facebook), blog atau laman sesawang (website). Iklan yang ditawar pula adalah adalah dalam bentuk banner, link, ppc (pay per click; cth google adsense, churpchurp), review. Ada juga teknik mebuat duit dengan cara upload gambar sahaja (atau youtube?)

2. Terdapat juga cara menjana pendapatan di internet yang tiada langsung berkaitan dengan iklan, iaitu servis. Contohnya servis ghost writer (penulis upahan), rekabentuk grafik, rekabentuk laman blog / web. Kita juga boleh menggunakan kretiviti dengan menawarkan apa-apa khidmat kepada sesiapa yang berminat, dan mendapat bayaran. Anda boleh ke laman Fiverr dan saksikan contoh servis mereka yang datang dari Malaysia.

3. Bagi mereka yang kurang berminat dengan servis, anda boleh cuba berniaga secara online. Cara paling mudah untuk memulakannya adalah melalui ebay.com.my, lelong.com.my atau mudah.com.my. Melalui medium ini, anda lebih mudah membina kredibiliti, berbanding memasarkannya secara solo melalui blog / facebook. Ini disebabkan anda memerlukan masa yang lebih panjang sebelum dapat menembusi kepercayaan pembeli.

Oklah, panjang sangat nanti bosan membacanya. Nanti akan aku sambung dalam entry yang seterusnya. Semoga berjaya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...