Kerja Part Time yang aku buat untuk duit duit duit memang sempoi

Wah.... dah lama juga aku tak update blog ni. Agak bersawang masa aku mula-mula masuk dashboard tadi. Mana taknya, sibuk dengan projek google ad sense, online biz dan juga beberapa urusan keluarga serta rakan-rakan.

Sebenarnya tajuk entry 'Kerja Part Time untuk duit duit duit memang sempoi' ini berkait rapat dengan bisnis online yang boleh dikecapi jika anda memikirkan kerja part time, mahupun pekerjaan secara sambilan.

Saban hari, ada sahaja yang google jawatan kosong, job part time, keje kosong kerajaan, kerja kosong, kerja part time dari rumah, dan pelbagai lagi kombinasi 'search' untuk merebut peluang yang ada.

Jika anda mempunyai kemudahan talian internet, apatah lagi mempunyai blog peribadi, itu sudah memberikan anda kelebihan untuk menjana pendapatan sampingan. Siapa kata rezeki di internet itu susah? Lihat screenshot yang aku curi di bawah ni;



Mijie telah berbesar hati memberikan aku ganjaran banner selama sebulan dan sebuah pakej hosting beserta domain untuk setahun. Nilainya lebih kurang RM100+ (maaf, aku tengah malas nak tengok nilai sebenar dalam website NetKL). Tak pasal-pasal aku dapat free pakej hosting tu, bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Hosting yang dah sedia ada sekarang, dah ada 6 add on domain daripada 10.

Bandwitdh pun tak banyak mana, malas nak kacau. Jadi dapat hadiah ni, boleh aku setup bolg wordpress atau OS commerce. Belum fikir masak-masak lagi. Sekali lagi aku ucapkan jutaan terima kasih kepada Mijie.

Jadi, bebelan aku ni sebenarnya nak cerita pasal peluang buat duit dalam internet, kat bawah ni aku senaraikan nilai hadiah kemenangan yang aku dapat melalui tekaan, cabutan bertuah dan juga sebagai juara komen (dan tempat kedua, ketiga):



  1. Menang RM50 cabutan bertuah hari lahir Luvlee
  2. Menang Sehelai sweater, Sebuah Buku Azizi Ali-Millionaires are from a different Planet dan Wang Tunai 10 usd / RM 30 di Ramadhan Contest
  3. Menang hadiah buku pengomen bertuah di blog Nuaeman
  4. Menang periuk di Kujie2
  5. Menang RM 200 sebagai pengomen terhandal tempat kedua di RezekiMurah
  6. Menang RM35 komen Euro contest 2008 di blog Din Beramboi
  7. Menang tempat kedua RM20 + Ebook Panduan Buat duit dengan Shareasale + Bonus di blog Earncent


Dahlah, penat aku track balik semua ni. Kat blog Rohaizad pun aku pernah menang (dan ada lagi ke tak yang lain-lain.. hmm). 2010 dah hampir ke penghujungnya. Aku pasti banyak blog menganjurkan pertandingan penutup tirai. Google sahaja contest, pertandingan, cabaran dan sebagainya.

Jadi, pandai-pandailah merebut peluang.

Comments (15)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
sibuk layan adsense?
amacam pendapatan adsense harian sekarang ? :)
My recent post bengkel blackberry
2 replies · active less than 1 minute ago
betul bro, macam2 blh dapat.
Alhamdulillah aku pun baru dapat dalam 61 ringgit (cabaran seo + cabutan bertuah)
ada satu lagi rm50 tgh usaha kan ni. hehe.

*macam best main GA. Aku baru nak mencari2 ilmu. hehe
My recent post Islam di Kanada- Reviving the Islamic Spirit
2 replies · active 744 weeks ago
Ramai yang dah berjaya dengan GA ni,
dan yang kecundang pun boleh tahan ramainya :D
My recent post Kerana Arak – Akibat mabuk Karam Singh Walia Terlepas Cakap Video
Tanniah bro. Rajin masuk contest dan menang pula
My recent post CINTA
1 reply · active less than 1 minute ago
tahniah, menang macam-macam contest. turunkan lah ilmu kalau ada.
My recent post Selamat Tahun Baru 2011
1 reply · active less than 1 minute ago
bro sam, pakej tu berharga rm350, hoho

My recent post Review bulan disember 2010
1 reply · active less than 1 minute ago
gelak sampai keluar air mata baca...menang periuk tu
tak pernah dibuat orang....periuk pun ade

hahaha
1 reply · active 744 weeks ago
ni la dia Hobi yang membawa rezeki :D
My recent post Bila Bapa Bangap – Mungkin dia hanya pandai Buat

Post a new comment

Comments by

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
wah tahniah..brp lama dah duk join br dapat cash out ni??huhuhu..aku punya br rm4 lebih je..tu pun 2 tahun lps punya kot..cash out dia tinggi la..rm100..jenuh aku
1 reply · active 708 weeks ago
farahaznil > tak ingat berapa lama. rasanya ada 4 -5 bulan kot. Minimum cashout memang RM100, tinggi sikit, berbanding Nuffnang RM50 je..
My recent post Interesting market places
Hebat ni... perlu belajar dari bro..

Post a new comment

Comments by