2012 Drag battle crash @ Putrajaya Himpunan Jutaan Belia


" 2012 Drag battle crash @ Putrajaya " itu adalah tajuk asal video ini yang aku cilok daripada youtube. Tarikh upload pada 26 Mei 2012 (Ahad).

Tunggu sehingga minit ke 5:32, bila kereta terbabit mula merempuh penonton, mengakibatkan kemalangan yang tak sanggup nak dilihat.




PUTRAJAYA - Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.
 

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.
 
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata empat yang cedera parah itu masih dirawat di Hospital Putrajaya manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Petikan Sinarharian


Saksikan pula gambar-gambar foto di tempat kejadian, diambil daripada MelayuKini.net :








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...