tolong jangan klik imej
Alhamdulillah, masuk je Ramadan, dapat sikit duit poket untuk menyambut kedatangan puasa. Dapat beli kurma Yusof Taiyob beberapa kotak + isi duit minyak balik ke Muar hujung minggu lepas, dan ++.
Setakat ni, ini merupakan antara affiliate yang memberi komisen yang agak besar, pernah aku terima untuk setiap satu jualan. Kali ni, aku berjaya mendapat 2 jualan. Terima kasih buat Panduan Jahit Baju Kurung yang membayar komisen affiliate, sehari sebelum puasa bermula.
Pada aku, ebook yang dihasilkan memang berbaloi untuk dimiliki. Apatah lagi jika anda bercita-cita atau mempunyai hasrat untuk menghasilkan pendapatan bekerja di rumah samada secara part time, atau pun secara sepenuh masa.
InsyaAllah, aku akan cuba luangkan masa untuk membuat review tentang ebook ini kelak. Panduan jahit baju kurung ini lengkap dengan penerang serta panduan gambarajah yang mudah difahami.
Yang penting, rajin dan usaha. Memang skill menjahit ni boleh mendatangkan pendapatan lumayan. Mana taknya, duduk rumah, ambil upah siapkan tempahan baju kurung atau buat untuk koleksi butik sendiri. Lepas tu pasarkan samada secara offline, mahupun online (online lagi senang).
Lagi satu, kalau kita nak hantar tempah baju kurung sekarang ni, rasanya takde tukang jahit yang sanggup nak ambil tempahan. Semuanya dah 'fully booked'. Dah tak lama lagi nak raya. Jadi, kalau ada kain yang belum berjahit, kena buat sendiri nampaknya.
Apa-apa pun, terima kasih sekali lagi kepada panduan jahit baju kurung ini, sebab membuka satu lagi peluang rezeki untuk aku anak beranak. Untuk anda di luar sana, apa tunggu lagi, mulakan langkah pertama.