Nak bagi apa untuk barang hantaran kahwin


Salam buat semua,

Bulan depan dah masuk Oktober, maknanya kita berada di penghujung tahun 2012. Apa yang menariknya tentang hujung tahun adalah cuti sekolah, waktu bergumbira dan merdeka buat cikgu-cikgu dan budak-budak sekolah.

Tapi tak semuanya gembira, bagi sesetengah budak lelaki, inilah musim mereka memasuki dunia 'dewasa'. Berkhatan, kitan atau sunat membawa mimpi ngeri bagi kebanyakan kanak-kanak lelaki.. Hehehehe.. tapi ditabahkan jua kerana nak jadi dewasa dah boleh ada awek.

Bagi sesetengah pasangan yang hangat berchenta, inilah masa mengakhiri zaman bujang, mejejaki jinjang pelamin. Dua hati menjadi satu, tanda ikatan kekal abadi.... haaaa....... inilah yang aku nak cerita sebenarnya.

Bulan lepas, rakan sepejabat aku ada bercerita tentang barang-barang hantaran kahwin untuk majlisnya yang akan berlangsung pada bulan 10 ni. Banyak juga senarai hantaran kahwin pihak lelaki, berjumlah 9 dulang berbalas 11 buah dulang daripada pihak perempuan.

Jenuh juga dia mencari-cari idea dan contoh hantaran kahwin dalam internet. Dalam banyak-banyak tu, aku amat tertarik dengan Quran Digital yang beliau bagi kepada bakal isteri. Kalau zaman aku dulu, Quran digital belum wujud lagi rasanya. Rasanya trend hantaran perkahwin 2012 ni dimeriahkan dengan smartphone dan juga Quraran Digital, yang lari daripada kebiasaan.

Untuk duit hantaran kahwin pula, semalam aku sudah temankan dia ke Bank Islam untuk membuat cek. Alasan aku diterimanya bulat-bulat disebabkan wang tunai yang digubah atau disusun dalam album mempunyai risiko yang tinggi untuk dirompak. Maklumlah RM10,000 bukan jumlah yang sedikit. Bertahun juga nak kumpul wang tunai sebanyak tu, tak termasuk duit nak buat modal beli barang hantaran tunang dan hantaran kahwin.

Cuma yang aku kesali untuk kes kahwin kawan aku ni, dan juga majlis perkahwinan majoriti masyarakat Melayu adalah tentang kos keseluruhan untuk berkahwin. Memang dalam tangan kena ada tak kurang RM20 ribu untuk kedua-dua pihak. Kesian aku tengok pasangan mempelai yang dibebani hutang bank (bertahun-tahun) selepas selesai majlis kahwin (yang hanya berlangsung dalam masa seminggu, termasuk rewang, angkat balai (kanopi), dan juag majlis bersanding).

Bukannya tak boleh buat besar-besar, tapi kalau memang keluarga betul-betul mampu, takpe. Lagi satu bonus kalu pengantin lelaki sudah mempunyai rumah sendiri yang dibeli. Kan bagus kalau duit RM20,000 tu separuhnya dibuat wang bayaran muka beli rumah. Lepas kahwin dah boleh duduk rumah sendiri, takdelah nak menumpang rumah mertua.

Aku tahu, apa yang aku utarakan ni mesti ramai yang membangkang. Tapi itulah realiti, biar papa asal bergaya. Aku pun dah hilang mood menulis. Lain kali aku sambung.

wasalam


Comments

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
There are no comments posted yet. Be the first one!

Post a new comment

Comments by

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
wah tahniah..brp lama dah duk join br dapat cash out ni??huhuhu..aku punya br rm4 lebih je..tu pun 2 tahun lps punya kot..cash out dia tinggi la..rm100..jenuh aku
1 reply · active 708 weeks ago
farahaznil > tak ingat berapa lama. rasanya ada 4 -5 bulan kot. Minimum cashout memang RM100, tinggi sikit, berbanding Nuffnang RM50 je..
My recent post Interesting market places
Hebat ni... perlu belajar dari bro..

Post a new comment

Comments by