Saleem Lagu Raya - Pulanglah (penyanyi asal Aishah)



Assalamualaikum wbt

Tinggal sehari sahaja lagi untuk kita menunaikan puasa Ramadan 1436 Hijrah. Hari ini merupakan antara hari yang paling sibuk, menyaksikan perantauan mula pulang ke kampung. Ibubapa sibuk membeli belah, membuat persiapan terakhir menjelang Syawal.

Bagi yang kurang berkemampuan, sambutlah Syawal seadanya. Raikanlah kegembiraan. Bagi yang mempunyai sedikit lebihan wang ringgit. Jangan lupa bersedekah (angpow) kepada anak-anak kecil dan saudara mara yang tua.

Pastikan juga elakkan pembaziran ketika menyediakan juadah untuk para tetamu. Perpada-pada dan beserderhana dalam Islam, antara amalan yang ditekankan.

Para pengguna jalanraya dan lebuhraya, berhati-hati ketika menuju ke destinasi masing-masing. Ingatlah orang yang tersayang yang sedang menanti di kampung. Sabar dan bersopan semasa memandu.



Kita manusia biasa, tak lekang daripada kesilapan dan dosa. Hari baik dan bulan baik, sepuluh jari ku hulur untuk kemaafan yang tidak ternilai. Akhir kata, selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...