Serius iklan raya best




Assalamualaikum wbt

Bulan Ramadan berbaki 3 hari saja lagi sebelum kita menjeguk Syawal, meraikan kemenangan umat Islam berpuasa selama sebulan.

Saban tahun, macam-macam iklan raya dipertonton kepada kita dengan pelbagai mesej serta tauladan untuk kita jadikan renungan. Ada yang kelakar, sedih, menusuk kalbu dan juga layan blues. Silap-silap boleh leleh air mata jantan kalau menonton sesetengah video iklan hari raya tu.

Pada aku hampir semua iklan hari raya Aidilfitri best dan membawa mesej tersendiri. Untuk iklan u mobile ni, korang saksikanlah sendiri (klik sini untuk tengok).

Dah tengok? Amacam? Best tak?

Musafir di Aidilfitri cover version Metallica



Assalamualaikum wbt

 Tinggal lagi berapa hari lagi nak raya, bermakna kita akan meninggalkan Ramadan yang mulia ini. Tak tahu lagi samada tahun depan kita akan jumpa lagi Ramadan.

Bagi yang belum bayar zakat fitrah tu, cepat-cepatlah pergi cari para amil yang 'port' kat shopping complex seluruh negara. Jangan bagi alasan tak sempat, ambil masa 5 minit je daripada masa pergi ber'shopping' sakan tu.

Kesempatan ni, aku menghulur 10 jari tangan dan sepuluh jari kaki minta ampun dan maaf zahir batin, jika ada kata dan tulisan yang menyinggung sesetengah pihak.

Akhir sekali, akorang layanlah lagu Musafir di Aidilfitri (OA S. Jibeng), yang di'miming'kan semula oleh Metallica.

Iklan Hari Raya Aidilfitri Petronas 2012 official




Erman, a PETRONAS engineer stationed in Central Asia, struggles to adjust to life away from home, when his path crosses that of a local boy, Jeyhun.
While Erman and Jeyhun start out as strangers, every step brings them closer to realising their true potential, to reimagining their energy and making a difference to those around them. Its a story of one man's journey of self-discovery and exploration towards the meaning of life
While past PETRONAS TVCs have always celebrated stories from within Malaysia, this year, it tells a bigger story -- of the role that PETRONAS plays in its countries of operations.



Akhirnya, iklan hari raya Petronas, muncul dengan satu lagi koleksi video raya yang meresap di hati. 5 bintang aku bagi.

Kali ni, kisah Erman (melayu) yang menjalani ibadah puasa di Uzbekistan. Korang layanlah sendiri. Kalau hayati betul-betul, memang boleh leleh air mata... blues woo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...