Kadang-kadang aku rasa malas...

Apa yang menyebabkan kita malas?

Malas merupakan satu penyakit yang memang diwarisi zaman berzaman. Masyarakat Melayu sudah sinonim dengan penyakit malas. Tiada ubat mahupun rawatan yang mampu mengubah sikap atau sifat malas. Apa yang ada hanyalah mengubah persepsi minda atau pun menjalani terapi bagi mengubah tabiat malas.

Kadang-kandang saya juga menghadapi situasi ini. Tak dapat lari sebab saya juga manusia.. Alasan? Memang dan tradisi kita memberi 1001 alasan. Pokok pangkal yang sebenar adalah memotivasikan diri sendiri.


Kenapa kita malas?

Susah juga nak bagi jawapan yang sebenar. Sesekali malas akan menyerang diri kita apabila:

1. Terlampau penat.
2. Tekanan akibat membuat rutin yang sama berulang-ulang kali.
3. Tiada 'mood'.
4. Menemui jalan buntu apabila melakukan sesuatu tugasan.
5. Tabiat 
6. Sejak azali dah memang di cop muka pemalas!
7. banyak lagi...

Kalau kita memang bukannya tergolong dalam golongan pemalas, cuba keluar dari rumah dan ambil masa rehat samada pendek atau panjang. Berehatlah dan bersantai. Cuba tenangkan fikiran, lapangkan dada, lakukan hobi kita. Insyaallah mood serta kerajinan akan datag kembali. Berbual dengan yang tersayang, bercuti. Kerja dalam jangka waktu yang panjang pasti akan mengakibatkan tekanan (stress), yang pastinya akan membawa kepada penyakit malas.

Saya pun dah lama tak bercuti. Kadang-kadang terasa bosan update blog, ebay serta pergi berniaga, melakukan rutin sehari-hari. Mungkin penghujung bulan Mac ni nak ambil cuti beberapa hari, kalau diizinkan Allah.

Comments

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
There are no comments posted yet. Be the first one!

Post a new comment

Comments by

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
wah tahniah..brp lama dah duk join br dapat cash out ni??huhuhu..aku punya br rm4 lebih je..tu pun 2 tahun lps punya kot..cash out dia tinggi la..rm100..jenuh aku
1 reply · active 707 weeks ago
farahaznil > tak ingat berapa lama. rasanya ada 4 -5 bulan kot. Minimum cashout memang RM100, tinggi sikit, berbanding Nuffnang RM50 je..
My recent post Interesting market places
Hebat ni... perlu belajar dari bro..

Post a new comment

Comments by