Kali ini aku nak berkongsi dengan kalian semua tentang tajuk di atas. Mari kita bongkar apa yang dimaksudkan dengan "Jika kamu masih solat tetapi masih melakukan kemungkaran, maka perbaikilah solat'.
Menurut ustaz aku;
Ramai orang bersolat, tetapi masih lagi melakukan benda-benda yang tak betul atau kurang betul. Apa contoh-contoh perkara yang tak betul?
- Keluar waktu makan tengahari, balik pejabat pukul 2.30 petang atau balik rumah terus!
- Main game / surfing internet / chat waktu kerja.
- Mengumpat.
- Photostat perkara peribadi guna harta syarikat.
- Punch card, lepas tu melepak kat warung (syarikat sendiri takpe la, nak minum sampai lebam pun Aiman tak kisah).
- Selipar kena rembat kat masjid, rembat selipar orang lain, dan lagi, dan lagi (rantaian rembat merembat terjalin)...
- ...dan banyak lagi, tak termasuk perkara-perkara besar seperti 'duit kopi' / 'under table money'.
Apa yang dimaksudkan perbaikilah solat?
Perbaiki solat membawa maksud yang agak meluas. Apa yang aku ingat dan boleh kongsi di sini ialah:
Periksa balik dan nilai sejauh mana kita khusyuk dalam solat. Kadang-kadang masa tengah solat, kita berkata dalam hati, " lepas ni aku nak pergi pejabat pos, pastu singgah Tesco, pastu jemput awek kat opis, bla, bla, bla..." Memang tak dinafikan ramai di antara kita masih lemah dalam menjalankan solat fardhu 5 waktu.
Perkara lain yang perlu diambil kira adalah kesempurnaan wudhu. Pastikan wuduk kita sempurna. Ratakan air selengkapnya keseluruh bahagian anggota yang wajib serata-ratanya. Kesempurnaan wudhu menyumbang kepada kesempurnaan solat.
Bacaan tambahan : Langkah- Langkah mencapai tahap khusyuk dalam Sembahyang
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
surah Al- Asr (1 - 3)
sila rujuk Quran in Malay
surah Al- Asr (1 - 3)
sila rujuk Quran in Malay