TAHNIK
Telah berkata Abu Musa r.a maksudnya:
"Aku mendapat seorang anak lelaki lalu membawanya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu Baginda mentahnikkannya dengan kurma dan mendoakan keberkatan untuknya. Kemudian Baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku" ( H.R. Bukhari & Muslim ).
MEMBERIKAN NAMA
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir pada hari ke-7 dari hari kelahirannya, menghilangkan kotoran daripadanya dan mengorbankan aqiqah untuknya" ( H.R Tirmizi )
Anak-anak hendaklah diberikan nama yang baik-baik maknanya. Abu Darda' berkata; Rasulullah s.a.w. bersabda : "Pada hari kiamat, kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Maka hendaklah kamu memperelokkan nama-nama kamu" ( H.R. Abu Daud )
Aku rasa masyarakat kita terkenal dengan adat potong jambul.. lepas tu, takde pun bercukur. Yang patut dijadikan amalan, macam maksud hadis di atas. Cukur, kemudian timbang berapa berat rambut tu, samakan dengan berat dengan nilai duit (nilai perak).
AQIQAH
Hukum aqiqah ialah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan bagi yang berkemampuan. Melaksanakannya adalah satu tanggungjawab ibu bapa atau penjaga anak tersebut. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sejak anak dilahirkan tanpa sebarang tempoh masa. Ia lebih baik dilakukan pada hari ke-7, ke-14 atau ke-21.
Aqiqah untuk anak lelaki ialah dua ekor kambung atau dua bahagian lembu. Untuk anak perempuan pula, kadarnya ialah seekor kambing atau satu bahagian lembu. [Seekor lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian].
Petikan
"Terbitan Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.
Siri 07/06"