Pokok tomato
Pengelasan nama saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Solanales
Famili: Solanaceae
Genus: Solanum
Spesies: S. lycopersicum
Lada @ cili @ cabai
Pengelasan nama saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Solanales
Famili: Solanaceae
Genus: Capsicum
Spesis-spesis cili - Capsicum annuum, Capsicum frutescens, Capsicum chinense, Capsicum pubescens, Capsicum baccatum.
Gambar di atas adalah 2 jenis pokok yang aku semai : pokok lada merah dan pokok tomato.
Apa aku nak buat?
Aku nak buat duit dengan pokok-pokok tu.
Macamana?
Aku akan jual bersama dengan baja tahi kambing. Pasaran utama adalah kat pasar tani dan juga pasar pagi serta depan kat tanah atok long aku yang akan dijadikan nurseri mini.
Aku dah nekad. Memang dari dulu pun aku dah bercita-cita nak jadi petani moden. Syarikat Muhasabah Trading yang ditubuhkan sejak tahun 2007 pun mempunyai bidang pertanian dalam daftar SSM, selain bidang pakaian. Cuma selama ini pengurusan masa aku agak terbatas. maklumlah sibuk berniaga pasar malam dan juga memasarkan produk di dalam ebay.
Apa yang aku nampak, menanam pokok lada selain aku sendiri boleh tukarkannya menjadi duit, pembeli itu sendiri akan dapat berjimat.
Kenapa?
Setiap isi rakyat keluarga Malaysia menggunakan lada @ cili hampir setiap hari. Harga pasaran semasa adalah di antara RM 5 - RM 8 ringgit sekilogram (boleh mencecah sehingga RM 10). Bayangkan jumlah ringgit yang berjaya dijimatkan dengan menanam sepohon pokok lada di rumah sendiri. Kos penjagaan memang tidak besar. Hanya memerlukan penyiraman setiap hari. Baja bolehlah dipilih samada baja organik atau pun baja kimia.
Berapa lama tempoh jangka hayat sebatang pokok lada?
Pokok lada mula dituai hasilnya seawal 1 1/2 bulan (biasanya selepas 2 bulan ditanam). Jangka hayat kebiasaannya mencecah sehingga 5 - 7 bulan. Untuk tanaman secara komersial, boleh dipilih samada tanaman sungkupan di atas tanah, ataupun secara fertigasi. Bagi penanaman di rumah, boleh ditanam di dalam pasu atau polibeg. medium yang digunakan samada tanah, sekam padi tau pun sabut kelapa hancur. Anggaran pengeluaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.
Untuk panduan penanaman cili, boleh rujuk sini
http://www.doa.sarawak.gov.my/cili.htm