Apa definisi halal?

1. PENDAHULUAN

Pengertian Halal sebenarnya bukan sahaja terhad kepada makanan dan minuman sahaja seperti yang lazim kita ketahui. Namun ia juga meliputi setiap perbuatan atau perbuatan manusia. Jawapan ini walaupun akan lebih menekankan kepada konsep halal dari sudut persijilan halal iaitu dari segi makanan, minuman dan bahan gunaan orang Islam.

2. PENGERTIAN HALAL
2.1 Takrif Segi Bahasa
Halal berasal dari kalimah atau perkataan Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan

2.2 Takrif Dari Segi Syara’
Sesuatu perbuatan atau benda yang dibenarkan menurut Hukum Syara’ (Undang-Undang Islam).




..                                 ...  play games                                 ..




Pada hakikatnya perkara-perkara yang haram atau dilarang menurut syariat Islam adalah sedikit atau sempit, dan perkara yang halal adalah malah banyak dan malah lebih meluas. Ini kerana nas-nas yang sahih dan tegas dalam hal haram adalah dalam jumlah yang minima manakala sesuatu yang tiada keterangan yang menyatakan halal dan haramnya adalah dirujuk kepada hukum asalnya iaitu halal atau mubah atau termasuk dalam kategori yang dima’fukan (dimaafkan) oleh Allah.

sumber : Jais Sarawak - pengenalan halal.

Mari kita tonton pemahaman halal yang cuba diketengahkan oleh Liew Seng Tat dalam 15Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...