Sekalung tahniah : Malaysia 3 - Laos 1

Sekalung tahniah buat skuad Sukan SEA Malaysia yang berjaya menundukkan Laos, 3-1 malam tadi, seterusnya menempah tiket ke perlawanan akhir (selepas 8 tahun tidak merasa 'final'). Skuad bolasepak negara kali ini mantap dan berjaya menepis segala tohmahan serta cemuhan, apatah lagi ketika membenamkan skuad Thailand yang menjadi igauan buruk kita selama ini.

Walaupun Sukan SEA menampilkan pelbagai acara sukan, tapi nampaknya bola sepak menjadi acara utama serta buah mulut peminat dan rakyat. Bola sepak juga menjadi seperti satu 'religion' bagi sesetengah peminat, dan ia adalah sebagai satu maruah yang perlu dijaga bagi mengelakkan aib.





Baddrol Bakhtiar memuncakkan prestasi tepat pada masanya untuk menjaringkan dua gol ketika Safiq Rahim - perencana gerak yang diberi ruang bebas oleh jurulatih, K Rajagobal - menjamin kejayaan dengan gol pada lewat permainan.


Biarpun bingit dengan sorakan penyokong tuan rumah, skuad negara cepat menyesuaikan diri dan mula mengawal rentak aksi. Hasilnya ialah cubaan cantik Norshahrul Idlan Talaha pada minit kesembilan, hasil bola umpanan lolos Safiq yang memaksa penjaga gol lawan, Souvanpheng Phanthavong melayangkan diri buat menepis keluar.

Penantian gol negara dinoktahkan pada minit ke-13. Gerak pantas dari sayap kanan menyaksikan Abdul Manaf Mamat melintangkan bola yang cantik disambung dengan sepakan libas Baddrol Bakhtiar yang terus menerjah jaring gol lawan. 

Berita penuh Malaysia ke final



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...