Isi minyak sambil hisap rokok / bercakap menggunakan telefon : ramai lagi yang sengal


Jangan guna telefon bimbit di stesen minyak: Petronas

KUALA LUMPUR: Kebakaran membabitkan dua kereta berlaku di Stesen Petronas Bandar Indera Mahkota di Kuantan semalam mengakibatkan kecederaan ringan terhadap pemandu kereta berkenaan.

Kenyataan dari Petronas Dagangan Berhad hari ini menjelaskan bahawa kemalangan jam 9.15 pagi itu berlaku di pam stesen itu dan api segera dipadamkan oleh kakitangannya.

Pemandu kereta pertama cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan sementara penumpang kereta kedua masih di bawah perhatian di hospital itu.

Pihak berkuasa dan wakil Petronas Dagangan ketika itu berada di tempat kejadian untuk membantu dan menjalankan siasatan lanjut tentang sebab kejadian itu.

Stesen itu kini ditutup sementara, kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Petronas Dagangan Berhad menasihatkan pelanggan mematuhi peraturan keselamatan di semua stesennya yang melarang keras penggunaan telefon selular, merokok dan membiarkan enjin hidup semasa mengisi minyak.

"Kami ingin menegaskan bahawa kami menganggap keselamatan pelanggan, pekerja, kontraktor dan orang awam sebagai amat penting di semua kawasan operasi kami," kata kenyataan itu.

- Bernama

Punca kejadian masih dalam siasatan. Tapi aku memang rasa nak tempeleng sesetengah orang yang bukan setakat menghisap rokok, tapi menyalakan api rokok semasa mengisi minyak, tak kira petrol, mahupun diesel. Bukan rekaan dan mengada-adakan cerita. Memang satu masa dulu aku selalu menyaksikan perkara ini di kawasan Chendering dan Marang (sebab aku selalu berulang alik dan isi minyak hampir setiap hari - maaf kalau ada yang tersinggung). Sekarang aku kurang menyaksikannya sebab isi minyak seminggu sekali je.

Tak kisahlah kawasan mana dan bila kita menuang petrol. Sedarlah risiko nyawa yang terpaksa kita ambil, beserta anak-anak, isteri isteri, dan juga pelanggan lain di stesen minyak itu. Tambah menyusahkan bila stesen minyak terbabit terpaksa ditutup untuk siasatan dan pembaik pulih. Kan itu semua sudah menyusahkan orang lain serta menjejaskan pendapatan tokey serta pekerja-perja mereka.

Gunakan akal, fikirlah buruk baik sesuatu perkara sebelum melakukannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...