Orang kata Adam Harith ni nakal. Ramai yang kata dia degil. Aku akui dia terlebih hormon (hyper aktif). Tapi bak kata Dr. fadzillah Khamsah, kena panggil budak kreatif. Tahun ni Adam Harith baru masuk darjah 1.
Semalam aku telefon dia kat Terengganu, tiba-tiba dia kata, "I get 100 for science"... Wow, tu yang aku kata dalam hati, ada perasaan berbunga. "What else you already get the results?" "English, I got B". "How come you get B for English while you are speaking English?" "I don't know, ask Tok Ma (nenek)".
Pelik juga sebab dia kata kawan-kawan dia ada yang dapat A untuk English, sedangkan dia bercakap Bahasa Inggeris dengan Tok Pa, aku dan maknya. Tapi kebelakangan ni, English dia makin lintang pukang. Tak kira lagi Bahasa Melayu dia yang memang agak kelam kabut : campuran loghat Terengganu + alih bahasa secara terus (direct translation).
Aku selalu berdoa untuk Adam Harith. Tu antara bekalan aku dan juga petua untuk dia jadi insan yang kamil, anak yang soleh. Aku harap, Adam Harith akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga dia jadi insan berjaya dunia dan akhirat. Itu doa aku sebagai seorang bapa.
Hari ni aku pergi ke pusat Kesihatan Sg. Mati, Ledang. Ada misi wajib kenapa aku ke sana (esok lusa aku akan buat pos khas). Alang-alang terlanjur, biarlah aku bertanggungjawab buat perkara misi (misi kat situ ramai yang cute miut) 2 dalam 1.
Apa benda tu?
hehehe... Aku pergi jumpa doktor. Pusat kesihatan tak akan bagi jumpa doktor kalau takde hal yang penting (dapat jumpa pembantu perubatan je). Aku cakap, aku dalam proses berhenti merokok. Hari tu aku dapat berhenti isap rokok dalam seminggu lebih je, lepas tu sambung balik...
Bagaimana hendak berhenti merokok?
Selepas sessi beramah tamah dengan doktor ,misi tak boleh, nanti kena hempuk, beliau menerangkan:
- 1. Ambil masa untuk memberitahu ahli keluarga, rakan-rakan serta taukey rokok akan niat suci serta tulus untuk berhenti merokok.
- 2. Kuatkan azam dan tetapkan tarikh untuk berhenti merokok.
- 3. Basuh segala pakaian yang mempunyai bau asap rokok, buang abuk rokok (dan ashtray).
- 4. Berhenti terus 100% dan jumpa doktor.
- 5. Ambil ubat (sama ada kunyah atau tampal). Ubat ini mengandungi nikotin.
- 6. Sessi ini adalah sejenis terapi. Proses pengambilan ubat akan dikurangkan secara berperingkat sehingga kita berjaya berhenti merokok.
- 7. Sessi berhenti merokok ini adalah sangat istimewa. Anda akan dapat berjumpa doktor secara terus, tanpa perlu mengambil angka giliran / mendaftar di kaunter.
- YANG NI AKU TAMBAH SENDIRI : jangan campur kawan yang hisap rokok kalau nak berhenti merokok (dah kebal baru boleh sambung kontrak berkawan)
Tahukah anda? (rujukan : info sihat Kementerian Kesihatan Malaysia )
1. Ubat untuk berhenti merokok adalah sejenis terapi gantian nikotin (nicotine replacement therapy).
2. Berhenti merokok dalam tempoh 3 hingga 5 tahun, mengurangkan risiko mendapat kanser mulut sebanyak 50%.
3. Tiada risiko mendapat kanser mulut jika berhenti merokok melebihi 10 tahun.
4. Bila tabiat merokok ini dihentikan, keadaan penyakit gusi (periodontium) juga akan bertambah baik atau pulih.
5. Merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah gigi, antaranya :
- Gigi berkarat (staining).
- Nafas berbau (halitosis).
- Penyakit gusi (penyakit periodontium).
- Kanser mulut.
Untuk anda yang mencari petua atau panduan berhenti merokok, ini mungkin panduan bagi anda:
Aku menghabiskan petang Rabu hari ni melayan 2 tetamu ( agen
Di penghujung perbualan, terpacul dari mulut Kak 'N' tentang kisah panas yang baru 'kantoi' di sebuah sekolah daerah Ledang (Muar). Apa yang meghairahkan aku untuk terus bertanya dan mengorek secara rakus ialah, "7 orang pelajar perempuan terbabit bersama 15 remaja lelaki : aku kurang pasti jumlah sebenar tetapi itu adalah nisbah yang sungguh di luar tabii).
Tersentak aku dengan cerita panas ni. Tambahan lagi, mereka meminta keizinan ibu bapa untuk menyertai rombongan 'underground' ini dengan menjaja nama seorang ustaz yang kononnya 'sponsor' rombongan itu.
Aku memang menggelupur dengar benda ni. Bukan berlaku di bandar besar, tapi di sebuah pekan kecil, yang jauh dari pusat bandar.
Ini yang dikatakan zaman IT, mengejar teknolgi, meniggalkan moraliti..
KUALA LUMPUR 23 Mac - Polis berjaya merampas dadah jenis eramin 5 bernilai kira-kira RM61.3 juta dalam satu serbuan ke atas sebuah makmal pemprosesan dadah di Johor Bharu, awal pagi semalam. - Utusan
Dalam berita malam tadi ada sebut tentang berita ni. 4 orang pakar kimia ke dadah dari Taiwan ditahan.
Gila ke apa sampai RM 61.3 juta .... setakat beli Ferrari, takde masalah!
Sesiapa ingin bertukar link, sila emel saya di samdaddycool@gmail.com . Nanti saya ada masa, saya akan upload shoutbox..
A
Ain Aishah
Anuar Marzuki
C
Chedet
G
Gladerial
H
Hydir
I
Isu hangat
K
KampungBoy
Kujie2
P
pcuserz
R
Rohaizad
S
http://ms.blogsafar.com/
T
Taukey
Tok Guru Nik Aziz
Salam...
Gambar pertama tu adalah pemandangan indah menjelangnya senja di Hentian Bas Maharani, Muar (memang terletak bersebelahan Sungai Muar). Bot tu kalau tak silap saya adalah hak milik Jabatan Kastam. Cantik tempat ni, boleh layan blues.... Gambar ni saja je bagi rasa redup dan sejuk mata memandang.
Gambar kedua ni adalah tempat meletak kereta sukahati di Bandar Maharani (Muar). Itu adalah pemandangan biasa, terutama pada waktu hari bekerja dan waktu puncak. Jika anda datang ke Muar, jangan terpengaruh dengan budaya setempat yang meletak kereta sesuka hati. Tak tahu di mana silapnya, masyarakat kita tak tahu dan kurang pandai untuk letak kereta di tempat yang disediakan. Apalah salahnya berjalan kaki untuk ke kedai yang dihajatkan. Bukan jauh sangat, kalau setakat Jalan no. 1 (Jalan Petrie), dan jalan no. 2 (Jalan Mariam), tempat 'parking' kereta ada banyak kosong di Hentian Teksi.
MPM (Majlis Perbandaran Muar) serta Polis Trafik Daerah Muar perlu mengambil langkah lebih konsisten dalam mendidik mentaliti orang Muor. Saya sebagai anak jati Muar cukup terharu dan simpati dengan minda kelas ketiga ini. Kalau melalui pusat bandar pada waktu-waktu begini, memang menyakitkan hati. Bukan sahaja membahayakan pemandu, bahkan pejalan kaki turut terancam dengan kereta atau motosikal yang tiba-tiba akan 'mencilok' untuk mengelak kereta-kereta yang bertaburan di parking sukahati ini...
Tujuan asal adalah untuk mengisi kantung dengan jana wang melalui Google Adsense, serta mempromosikan kambing jamnapari.
Lama-kelamaan, wujud satu kepuasan bila dapat berjumpa kawan-kawan di alam cyber (blogger yang lain), dapat mempelajari selok belok blogging, serta mendapat ilmu baru melalui pembacaan blog yang sedia ada.
Namun, matlamat asal masih belum luntur, menjana wang melalui internet.
Betul ke boleh buat duit melalui blog?
Kalau cakap tipu, aku ada 2 orang kawan cyber yang betul-betul cari makan hanya melalui blog! Tak caya tengok si Titan dan Rohaizad. Diaorang ni memang blogger sepenuh masa. Memang kerja menghadap internet pagi petang, siang malam
Aku ada cita-cita nak jadi blogger sepenuh masa (atau separuh masa) tetapi yang penting ada gelaran pro blogger.
Blogger Poyo?
Ada gak yang poyo, isi kandungan blog syok sendirik! Blogger sama macam manusia biasa. Ada hitam, putih, kacak, lawa, kecil, besar... dan macam-macam lagi.. Cuma jadi poyo tu, pasal banyak sangat cerita pasal , "aku pergi dating". Balak aku bagi duit 20 sen.... Kita owang men game kat c2 sampai lebam... I miss u soooo much.. dan macam-macam haram jadah lagi. Kalau ye pun nak karat, buatlah private blog. Tak payah nak jaja cerita macam haram....
Jadi... apa tujuan korang menulis blog?
Keputusan SPM 2009 : Kemana hala tuju anda? Siri 2
| lepasan SPM, muhasabah, panduan, tips |... Selepas anda membuat senarai 'checklist' ringkas, kenal pasti pula keupayaan anda untuk menongkah arus di alam baru yang jauh sama sekali berbeza dengan alam persekolahan; alam IPTA / IPTS (Institut Pengajian Tinggi Awam / Institut Pengajian Tinggi Swasta). Dapatkan panduan untuk meneruskan perjuangan selepas SPM.
Ketahuilah ini sama sekali dunia baru. Jauh berbeza daripada alam persekolahan. Saya sendiri satu masa dahulu mengalami 'culture shock' atau kejutan budaya. Ini disebabkan anda akan berjauhan dengan keluarga, pergerakan lebih bebas dan tidak terbatas. Tiada lagi uniform sekolah, tiada lagi berbaris sebelum masuk kelas, kerja rumah? Sendiri mau ingat. Takkan ada pensyarah, mahupun tutor yang akan menyuruh anda berdiri di atas kerusi jika kerja atau tugasan tidak siap. Tahu-tahu, anda mendapat F untuk matapelajaran tersebut.. F ?? Fail atau GAGAL!
Bercakap tentang pemilihan course atau bidang apa yang sesuai, ada yang berjaya memohon ke IPTA / IPTS mengikut minat masing-masing. Ada juga kerana mengikut kehendak ibu bapa yang mahukan anak mereka menjadi doktor, engineer, cikgu dan sebagainya. Ada juga yang mengikut kawan-kawan kerana tiada minat khusus atau tiada pendirian. Pilihan ini akan menentukan masa depan anda. Berfikirlah semasak-masaknya.
Pengalaman saya menyaksikan kawan-kawan, adik sendiri dan kenalan-kenalan lain, kandas di tengah jalan. Gara-gara tidak mengikut kemampuan diri, kurang berminat (bukan jiwa, tak masuk kepala..), tiada jati diri yang kental, dan juga masalah dalaman serta luaran, mengakibatkan 'ditendang' daripada pengajian. Minat tidak semestinya dapat menyara kehidupan anda dimasa hadapan. Dan tanpa minat juga, mungkin anda akan mengecap kejayaan, hasil suruhan ibu bapa... Semua itu adalah masa depan, kita tidak mampu membaca nasib kita. Jadi, buatlah keputusan yang terbaik serta wajar.
Berbincanglah dengan ibu bapa, abang serta kakak bagi membuat keputusan yang terbaik. Guru kaunseling sekolah anda juga boleh membantu. Janganlah menyesal dikemudian hari. Masa, serta wang menjadi taruhan. Apa yang sudah dilaburkan, akan lebur jiwa anda silap membuat perhitungan.. Mungkin juga anda boleh dapatkan panduan lepasan SPM?
Semoga berjaya. All the best!
About me
This blog created to share experience, tips and knowledge of my journey in art, business and my thoughts. Please do email me at samdaddycool@gmail.com for any quiries, misunderstanding, unauthorized or misleading in using any of the photos or articles. We would remove the photos / articles or put a backlink for you.If you like to know more about me, please visit my Facebook and add me as a friend.
Privacy policy
We use third-party advertising companies to serve ads when you visit our website. These companies may use information (not including your name, address, email address, or telephone number) about your visits to this and other websites in order to provide advertisements about goods and services of interest to you. If you would like more information about this practice and to know your choices about not having this information used by these companies, click here.
- Google, as a third party vendor, uses cookies to serve ads on this site.
- Google's use of the DART cookie enables it to serve ads to the visitors based on your visit to our blogs and other sites on the Internet.
- Users may opt out of the use of the DART cookie by visiting the Google ad and content network privacy policy.
Kadang-kadang aku rasa malas...
| artikel, muhasabah, santai |Apa yang menyebabkan kita malas?






