Semalam aku terlewat ke solat Jumaat. Jadi aku terpaksa masbuk. Aku sempat ikut imam untuk 1 rakaat sahaja. Bila aku selesai tunaikan 1 rakaat dan bagi salam. tiba-tiba ada satu brader datang dekati aku. "Tadi awak solat tak cukup 1 rakaat kan?". "Aah", jawab aku.
"Kalau awak tak cukup rakaat, awak kena sambung solat cukupkan 4 rakaat, niat zuhur". "Ok bang, terima kasih".
Selama ni aku tak pernah tahu yang masbuk solat Jumaat macam tu, masyaallah. jahil betul aku. tapi Alhamdulillah, ada hamba Allah yang datang menegur. Semoga dapat dijadikan panduan bersama.
Di bawah ni, adalah pengertian solat masbuk dan syarat sah sembahyang Jumaat, dipetik daripada http://skhk8k.tripod.com/agamaislam/NotaPAI5IBADAT.htm.
Makmum Muafik dan Masbuk
a. Makmum Muafik
► Makmum yang tidak sempat membaca Al – fatihah ketika imam masih berdiri ketika rakaat pertama .
► Ganjarannya lebih baik daripada makmum masbuk
b. Makmum Masbuk
► Makmum yang tidak sempat membaca Al Fatihah kerana imam telah rukuk .
► Makmum tersebut hendaklah mengikut imam .
► Dikira mendapat rakaat jika sempat rukuk dan tamakninah bersama imam .
Syarat – syarat sah solat Jumaat
a. Hendaklah didirikan di tempat-tempat yang tertentu seperti masjid
b. Hendaklah didirikan dalam waktu zohor
c. Hendaklah dilakukan dalam keadaan berjemaah
d. Bilangan jemaah hendaklah mencukupi 40 orang
e. Didahului dengan dua khutbah
Aku sekarang tengah berusaha membuat yang terbaik untuk pemasaran YouTube. Tengah cari-cari video yang bagus, terjumpa pula video ajaib ni.. Jom layan...
Goji Guarana : Penipuan terbongkar 'gagah, kuat dan tahan lama'
| berita, muhasabah, panas, renungan, semasa | 10 comments »
Jika korang sibuk mencari dan bergantung pada Goji Guarana untuk tahan lama, 'steady' sepanjang malam, nasihat pertama ; hentikanlah sebelum korang gelap!
Kenapa?
- Hasil ujikaji makmal mendapati, ‘Goji’ yang diproses, mengandungi ‘sildenafil’ , bahan utama dalam proses membuat ubat penguat tenaga batin, Viagra.
- kilang membuat, memproses dan membungkus Goji ini terletak di Sg Chua Kajang di mana tiada siapa mengetahui, ia mempunyai dua buah kilang – berlesen dan haram.
- Penggunaan ‘sildenafil’ tanpa perskrepsi doktor boleh menurunkan tekanan darah dan boleh membawa kesan serius seperti serangan jantung yang mampu membawa maut, juga boleh menyebabkan masalah pernafasan tertahan.
- Sildenafil hanya boleh dibekal oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan perskripsi doktor dan dengan dos tertentu.
- Hasil pemerhatian mendapati, bungkusan ‘Goji’ terbabit tidak menggunakan logo halal yang dikeluarkan dari negara ini, tetapi dipercayai oleh pihak lain di luar Malaysia.
- Tiada nombor kelulusan KKLIUM pada bungkusan.
- Kilang memproses Goji Guarana di Sg Chua Kajang diserbu. (sesuatu serbuan hanya akan dilakukan setelah mendapat bukti yang mencukupi supaya sebarang cabaran di mahkamah akan dapat ditepis dan dikemukakan bukti jelas, nyata dan terang. )
Aku bukan nak memandai-mandai. Patutlah selama ni masing-masing kata memang 'power' goji ni. "Sampai pagi adik bangunn......." Aku pernah beli 3 peket (RM 10), aku guna satu je. 2 lagi ada tak pernah guna.. Sebab aku tak memerlukannya. mana aku tau ni semua? Korang tengoklah rujukan ni.
http://ondscene.via.my/2009/04/goji-sesuatu-yang-mengejutkanmemeranjat.html
http://www.azizwan.com/berhenti-minum-goji-sekarang/
Aku rasa benda ni perlu disebarkan secepat mungkin. Sebab benda ni ML, ramai juru edar dan produk ni tersebar ke seluruh pelusuk Malaysia... Bagi tahu sapa-sapa yang masih nak bergantung tenaga batin dengan benda haram jadah macam ni!
Berimaginasi Berexperimentasi dengan mandi bersama Fasha Sandha...
| Keywords | Hits | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| doa awet muda | 8 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| fasha sandha | 4 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| fasha sandha mandi | 4 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| adam harith blogspot | 3 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| adamharith | 3 |
| tips muhasabah diri | 3 | ||||||||||||||||||||||||||||
| adam harith | 2 | ||||||||||||||||||||||||||||
| fasha sandha site youtube.com | 2 | ||||||||||||||||||||||||||||
| remaja seks | 2 |
Nak tergelak sebenarnya bila tengok keputusan google analytics bagi 16 Mac - 15 April 2009. Blog ni baru je beroperasi sebagai sebuah blog (baru dibuat penulisan, sebelum ni hanya sebagai sebuah 'page' iklan).
Aku terdetik buat pos pasal Fasha Sanda mandi youtube bila tertengok kata carian yang masuk ke blog kambing. Lepas tu, saja-saja gatal
Nampaknya cerita ghairah masih mendapat sambutan hangat, apatah lagi musim
Apa kata kita layan entri mengarut ni dengan menyaksikan sendiri gambar panas
Aku tengah layan ebay.. mata dah mengantuk. Entri ni saja je nak pedajal sapa-sapa yang masih lagi buang masa cari gambar lucah... Dah la tu cukup-cukup ler... Pergi tidur atau belajar buat kerja sambilan di rumah lagi bagus. Ada juga faedahnya!
Video Youtube ni yang aku tak tahu dari mana munculnya memang memeranjatkan aku. Pada mulanya aku seakan tidak percaya gambar Fasha Sandha mandi ni dah berjaya aku download... free plak tu. Memang sah dan tak disangkal, memang gambar beliau sedang mandi tanpa seurat benang... Perghh.. tak terkata aku. Sedikit tergamam.
| KEYWORDS | HITS |
|---|---|
| kambing jamnapari | 45 |
| kursus pertanian 2009 disabah | 15 |
| tugas akitek lanskap ? | 14 |
| contoh pelan kandang kambing | 12 |
| jamnapari | 12 |
| youtube gambar fasha sandha mandi | 11 |
| pelan kandang kambing | 9 |
| supplier alat fertigasi di sarawak | 6 |
| kambing jamnapari untuk | 4 |
| teka teki lawak nak mampos | 4 |
Keyword Fasha Sandha mandi tu tak silap aku memang daripada peraduan lawak kambing. Kesian Fasha Sandha, ramai lagi orang kita suka skodeng orang mandi ek? Apa kata Fasha Sanda ekk? Takde kerja lain ke?
REVIEW : Majalah IM vol. 12 - Buat duit dengan pemasaran affiliate
| ebook, ezine, review, tips | 6 comments »Bukan memuji, bukan mengipas. MANTAP dan penuh dengan informasi. Itulah ungkapan jujur saya tentang Majalah IM ynag memasuki edisi ke #12 ini. Saya amat bercita-cita besar untuk menjadi pro affiliate dan apa yang didedahkan sememangnya amat-amat bermakna.
Dimulakan dengan penerangan tentang affiliate, sejarah dan 10 tips. Tidak lupa juga edisi ini menyelitkan ruangan motivasi serta ruangan khas Inspirasi IM, sempena pemergian Allahyarham Badruazmi dan jasa beliau terhadap pemasaran internet OKU. Seterusnya kandungan diteruskan dengan intipati utama oleh beberapa pakar affiliate tempatan.
Gladerial memberikan takrifan berguna bagi istilah-istilah Inggeris 'affiliate'. Sememangnya jelas dan memberikan takrifan yang mendalam, dengan perenggan yang ringkas serta padat.
Amirol Zulkifli juga berjaya memberi tips paling berguna, iaitu cloaking serta mengelakkan kehilangan link affiliate. Tips beliau juga dapat mencegah 'kecurian' komisen affiliate. Syabas dan berbanyak terima kasih Amirol!
Sekali lagi rahsia serta tips affiliate didedahkan, kali ini oleh saudara Yusri (forum Jom Bincang), 'otai' lama dalam bidang pemasaran internet Malaysia (semenjak 1999... lama dah tu!). Beliau berkongsi beberapa tips yang ramai lagi masih tak tahu. Pendedahan 'Trick & Technic' yang menjamin pulangan kepada pelaburan dalam memasarkan program affiliate. 5 bintang untuk saudara Yusri!
Penulis-penulis lain tidak kurang hebatnya (jangan kecil hati tak sebut ok...). Setiap yang mereka sampaikan, amat berilmiah dan bermanfaat. Apatah lagi kepada kebanyakan newbie macam saya...
Secara keseluruhannya, Majalah IM # 12 memang amat berharga, penuh dengan maklumati serta kaya dengan pengisian. Susunatur grafik serta layout agak menarik, namun begitu masih boleh diperkemaskan lagi. Beberapa ruangan pengiklanan sememangnya tidak dapat dielakkan, apatah lagi Majalah IM diedar secara PERCUMA. Tidak ternilai dari segi masa dan tenaga yang dicurahkan oleh Team Majalah IM ini. Semoga Allah jua yang dapat membalasnya.
Apa tunggu lagi.. pergilah download!
Eh... dapat baby lah!
| awal, cara, ciri, gejala, info, kehamilan, mengesan, minggu, pemeriksaan, peribadi, pertama, simptom, tanda, tips, ujian, wanita | 16 comments »Gambar apa tu? Yang dah jadi bapa / ibu, semestinya 100% pasti imej ni. Bagi yang masih muda belia
Ni sebenarnya aku nak cerita, yang menyebabkan aku 'terpergi' berjumpa doktor untuk kempen anti rokok tu... Sebelum ke Pusat Kesihatan Sg. Mati, kami dah pergi buat kad untuk mengandung di Pusat Kesihatan Kecil Rawang... Sebab Parit Bunga di bawah zon Rawang. Ni memang penting. Kalau mak bapak yang pertama kali mendapat zuriat, memang akan kabur-kabur nak buat apa... Sampaikan misi kat situ tanya, "Anak yang pertama?" ... Sebab memang kami macam bodo-bodo ayam... terpinga-pinga :P (Adam Harith lahir kat UK, prosedur lain sikit)... jadi isteri aku pun buatlah kad mengandung , segala jenis soalan ditanya dan ambil rekod untuk berat, tinggi, penyakit yang dihidapi serta banyak lagilah.
Bagaimana untuk mengesan kehamilan?
Untuk mengetahui samada anda mengandung atau tidak, senang sahaja, beli 'pregnancy test', lepas tu ikut je arahan kat kotak.. Kalu 1 garis, tak mengandung. kalu 2 garis... SAH! memang mengandung! Kalau jumpa doktor pun, dia akan guna alat yang sama, tak kira mahal atau murah, memang tu jelah cara yang paling senang.
Yang ni pula adalah jadual
Apa perasaan dapat anak? Best kan? Sebab tu adalah rezeki Allah...

Salam,
Sekadar berkongsi 'forward email' yang saya terima...
Semoga dapatdijadikan panduan serta rujukan.. "Sampaikanlah ilmuku, walaupun sebaris ayat"..
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau
pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang. Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek.
Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan. p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.







