Custom Search

Status halal : White Coffee (Oldtown Kopitiam) ada bran?



Mengikut catatan di blog DRS. KHALIL IDHAM LIM, terdapat keraguan tenatng status halal produk yang disajikan di kopitiam OldTown White Coffee.

`Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari.' Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam.. Lalai dan malas dalam mengerjakan perintah Allah sbn seterusnya tidak terdaya mencegah amar mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan. WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Petikan utama blog beliau:


Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-
  • -Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan).
  • -Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.
  • -Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?
  • -Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA) Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya- dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA dan MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.
Baca kupasan selanjutnya di sini

8 comments:

Kujie said...

Kalau was-was - tak boleh makan/minum

samdaddycool said...

K.Jie > betul tu, was-was adalah syaitan, jika kita was-was, maka tinggalkan.

mesticun said...

Sememang nak kata halal tak juga.haram tak juga.kadang-kadang saja lambat nak memperbaharui sijil halal.

tinggal apabila rasa was-was.

samdaddycool said...

mesticun> betul, kta tak payah nak pertikai sijil, tapi kalau dalam hati mula ada was-was.. maka jatuh haram.

farahaznil said...

hmmm..br cadang nak pg..was2 suda...hehe

samdaddycool said...

Farah > ramai yg dah gian minum kopi di white coffee oltown kopitiam ni. So faraku lom pernah sampai lagi..

farahaznil said...

huhuhuh..slalu le lalu dpn oldtown ni..cuma xde org nak tmn msk aje..huhuhuh..just kopii aje kan?minuman yg lain mcm mn plak?starbucks??

samdaddycool said...

Farah > Staarbucks / Coffee Bean dulu pun kecoh status halal. Aku dah tak ingat mana satu yang ada status halal, mana satu yang takde... Sebenarnya, produk yang diaorang guna tu antara penyumbang kepada tidak halal.. cthnya serbuk coklah / whipped cream - biasanya mengandungi E471..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails