Custom Search

Tirai sebuah surau di Muar terbakar


Video Youtube laporan berita Surau Muar dibakar

Tirai di dalam sebuah surau di Jalan Ismail, Muar ditemui terbakar awal pagi, manakala cermin tingkapnya turut pecah.

Kejadian itu disedari oleh tiga orang yang kebetulan di situ pada kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, ACP Mohd Nasir Ramli, apabila ternampak kebakaran tersebut, mereka bergegas untuk memadamkannya.

Mengenai sama ada ianya satu bentuk serangan ke atas surau tersebut, beliau berkata, pihak polis masih menyiasatnya.

Dekat je surau ni dengan rumah aku! Hmm.. tak tau la nak kata lebih-lebih sebab polis tengah jalankan siasatan. Kalau kes khinat atau sabotaj, semoga yang membuat onar mendapat balasan setimpal.

Masa raya Haji tempohari, JPJ Muar terbakar. Beberapa minggu lepas, van terbakar, 100 meter dari rumah aku, menyebabkan 3 orang mati rentung. Banyak sangat yang terbakar sekarang ni. Aku terkesima...

Update 21 Januari 2010 8.00pm


2 surau di Muar terbakar, dipercayai perbuatan khianat

MUAR: Dua surau, iaitu satu di Jalan Ismail Omar dan satu lagi di Jalan Salleh di sini mengalami kerosakan kecil selepas terbakar, yang dipercayai akibat perbuatan khianat, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata kebakaran di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar dan Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer berlaku pada waktu lebih kurang sama iaitu kira-kira 2.30 pagi.

"Kebakaran di Surau Silaturahim disedari oleh tiga lelaki yang sedang menaiki sebuah kereta (yang melalui kawasan itu) pada kira-kira jam 2.30 pagi, dan lalu memadamkan kebakaran tersebut sebelum membuat laporan polis," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, di sini, hari ini.
Jalaluddin berkata, kebakaran di surau itu membabitkan sebahagian tingkap dan langsir yang terletak di ruang legar surau berkenaan dan polis menemui kesan "cetusan api dari simbahan minyak tanah di kawasan tingkap tersebut."

“Sementara kebakaran yang membabitkan pintu masuk ruang solat Surau Parit Beting, pula disedari pada jam 11 pagi apabila seorang ustazah yang datang untuk mengajar agama di surau tersebut, sebelum membuat laporan polis pada jam 1.30 tengah hari tadi,” katanya.

Jalaluddin berkata, polis percaya kebakaran di Surau Parit Beting, yang terletak kira-kira dua kilometer dari Surau Silaturahim, dipercayai berlaku lebih kurang pada waktu yang sama.

"Punca kebakaran di kedua-dua surau itu masih dalam siasatan dan dianggarkan setiap satu surau tersebut mengalami kerugian kira-kira RM300," katanya. - Bernama

8 comments:

farahaznil said...

lama tak main api tu..hehe..tp klu betul org yg bakar...eeeee....biar la kena bala balik kat dorang tuh..haizz...mcm xde benda lain plak nak di protesnya..huhuh

samdaddycool said...

Farah > kena bakar, dibakar atau terbakar, semuanya masih dalam sisatan polis. macam-macam provokasi dan muslihat yang dibuat. Seperti mencurah petrol ke api, menyemarakkan masalah isu agama yang menjadi-jadi kebelakangan ni. Tapi kenapa kat Muar?

Kujie said...

tiba-tiba teringat lagu

anak kecil main api
tebakar hatinya yang sepi.
air mata darah bercampur keringat bumi dipijak milik orang

samdaddycool said...

Kujie> bait-bait lirik yang sungguh dalam maksudnya.

farahaznil said...

oh..tp tindakan org yg buat kacau kat church tu mmg salah pun..bkn gitu caranya..haizzz....dgn cara t lg la buruk sngt nmpk agama kita nih

samdaddycool said...

Farah> Harap ketegangan isu agama Islam / Kristina di Malaysia ini pulih dan tidak tegang. Kan kita 1Malaysia dengan kebebasan agama, pilihan masing-masing. Harap semua tidak burukkan lagi keadaan.

maza said...

mujur juga api itu tak marak sampai ke rumah samdady. huhhu

samdaddycool said...

maza> kalu merebak samapai rumah, mau ku saman si kaki bakar tu RM 1 juta..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails