Kebelakangan ni, aku agak kurang 'online' disebabkan lokasi aku sekarang yang berada di Gemas Negeri Sembilan atas urusan perniagaan. Masalah talian maxis mobile broadband di kawasan Gemas ini amat mengecewakan dan mendukacitakan. Banyak urusan online aku tergendala. Kebetulan hari ini aku kena balik Muar untuk temujanji Ahmad Iqbal dengan doktor. Jadi aku cuba menyelesaikan beberapa urusan online yang tergendala.
Aku sebenarnya ingin berkongsi pengalaman aku berniaga di Gemas ini berlaku beberapa hari lepas. Mungkin isteri atau pekerja aku terlepas pandang ketika menerima wang RM50 palsu tersebut atau pun disebabakan kekalutan terlalu ramai pelanggan ketika kejadian berlaku. Apa yang pasti, bila aku mengira jumlah kutipan hasil jualan pada malam tersebut, sah duit RM 50 tersebut adalah palsu.
Walaupun wang palsu tersebut tidak professional dari segi pembikinannya, pasti ramai lagi mangsa yang akan tertipu. Duit tersebut dicetak menggunakan pencetak komputer biasa, manakala bahagian berkilat warna perak dimuka depan menggunakan pelekat (sticker), dan bahagian perak di belakang menggukan pen market dakwat perak.
Apa yang dikesalkan adalah hasil pembuatan dan pengedarannya di pasaran akan menyebabkan pincangnya ekonomi negara. Ini pasti kerana kertas yang diniagakan tidak mempunyai nilai sama sekali. Lebih malang jika anda membuat laporan kepada polis, wang tersebut akan disita dan anda akan kerugian 50 ringgit. Pihak bank juga tidak dapat menerima duit palsu tersebut kerana sifatnya yang tidak membawa sebarang nilai.
Jadi, anda semua perlu lebih berhati-hati jika menerima nota RM50. Kalau ada pengimbas 'ultra violet', memang senang, tapi kalau gunakan mata kasar, mungkin kita adalah mangsa yang seterusnya.
Sedih... sungguh sedih, Malaysia masih mempunyai ramai malaun.

12 comments:
ko dapat yang jenis photostat ker? kalau yg pakai laser punya, memang sekali tengok, susah nak cam.
tapi kalau perhati2 betul, baru kita tahu..
jadi, hati2. duit rm50 baru dan lama, memang selalu orang wat..
Titan> aku tak berapa pasti, guna laser atau inkjet printer. Tapi untuk orang yang tak biasa berurusan dengan kerja-kerja komputer printing, aku rasa memang senang-senang je tertipu.
Hey! Excellent idea, but will this really work?
alamak...tak terfikir boleh buat duit dgn mudah macam tu...ishhh
Kujie> Memang tak pernah terlintas, satu hari saya terkena dengan wang palsu ni.
ocljlwijlmcds
semuanya nak duit mudah dan percuma..dia tak tahu ke halal haram ni..aduss..menyusahkan betul
Wanmus > untuk jangka masapendek, memang menyusahkan orang yang terima duit tu. Tapi untuk jangkamasa panjang dan berterusan, ekonomi negara akan pincang sebab perdagangan yang 'tiada nilai'.
hahaha...apa boleh buat, org sekarang dah tak peduli halal haram agaknya..
Wanwma> Bila nafsu menguasai akal...
Zaman dah berubah, macam-macam benda palsu dah ada kat dunia. Ada barang palsu yang bermanafaat seperti gigi palsu, kaki palsu dsb.
Tapi seksa kalau terima duit palsu. memang patut pun kau menyumpah! #@%*&!* .... ptuiii... Kurang ajar!!!
Ardzham > terseksa woo.. kita nak bel barang kat orang lain pun rasa bersalah.
Post a Comment