Kalau gila kerna judi...



Banyak juga kerja-kerja menulis entry tentang perjudian online ni. Kadang-kadang harga yang ditawar meleleh gak tengok nilai USD tu. Aku pula dapat satu job 3 hari lepas suruh buat entry pasal syarikat judi diaorang. Baru tadi aku 'decline offer'.. lupa plak nak tengok website tu. Tapi memang url tu dah sah-sah tentang 'gambling', jadi take cara lain, memang kena tolak.

Kalau buat juga.. memang la cari nahas.. tapi memang senang sangat dan dengan mudah boleh dapat USD$10. Requirement adalah untuk blog entry (bukannya website review).Jadi memang senanag sangat nak cerita merapu.. dan dapat duit.

Tapi aku ingatkan diri sendiri dan juga kawan-kawan lain.. Jangan rambang mata tengok duit. Kalau dah sah-sah sumbernya haram, memanglah duit tu haram. Janganlah pasal RM30+ kita sanggup kena bakar api neraka. Kena kuatkan iman, jangan terpengaruh beb.

Oklah, dah mengantuk.. nak gi beradu, esok plak kena gi berniaga di Hari Terbuka Sekolah Menengah Sg. Abong (Muar).. wish me luck!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...