Dapat payment paypal daripada Triond



Salam semua,

Aku semenjak dua menjak ni amatlah terbatas aktiviti berblogging, maklumlah, kerje makan gaji. Tak banyak masa terluang. Kat opis memang ada internet, tapi keje berlambak-lambak, tak ada masa free untuk intai-intai  buat entry.

Kali ni aku nak konsikan pendapatan terkini daripada triond, salah satu program buat duit part time yang aku dah lama ceburi. Memang tak banyak mana pun jumlah yang paypal hantar tu. Tapi sekurang-kurangnya ada juga duit USD yang singgah, walaupun dah lama aku tak upload gambar kat website triond tu.

Sebenarnya memang senang sangat nak dapat duit daripada triond, upload gambar, masukkan penerangan dan kemudian letak tag. Setiap 5 'view' untuk satu gambar, akan dibayar dengan usd $0.01. Masalah aku yang utama sebab guna internet prepaid, memang tak stabil, kadang-kadang laju, kadang-kadang macam siput sedut. Tu yang maslas nak upload. Kadang-kadang dah nak siap je upload, terputus sambungan internet... Habis rugi masa terbuang tanpa hasil...

Hmm.. melalut la plak aku ni. Sebenarnya, aku nak tekankan bahawa buat duit part time dengan triond ni memang betul dan aku dah pernah dibayar beberapa kali. Cuma takdelah kencang macam churpchurp atau says...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...