Berniaga di Expo Gemas, Negeri Sembilan
Salam semua,
Isnin lepas aku menghadiri temuduga yang diaturjanji oleh pihak jobstreet dengan majikan aku, Idea Workshop Sdn Bhd (IWSB). Alhamdulillah, dengan sekali temuduga sahaja aku diterima bekerja keesokan harinya, Selasa.
Cuak juga IWSB nak ambil aku bekerja, maklumlah 10 tahun aku tidak praktis bidang senibina secara formal. 2001 merupakan tahun terakhir aku bekerja di Syarikat firma akitek sebagai pembantu akitek / designer. Aku berhenti sebab melanjutkan pelajaran di University of Portsmouth, UK.
Sejak detik tu, macam-macam kerja yang aku buat, cleaner student union, warehouse, kilang Estee Lauder, Bodyshop, kilang sayur, surveyor, dan paling cool, aku kerja dalam cold storage yang bersuhu -21 darjah celsius ketika musim panas.
Balik ke Malaysia pada 2005, aku menguruskan ladang kambing Jamnapari, membuka restoran Adam Bistro, cafe dan pasar malam Adam's corner, di Kuala Terengganu.
Penghujung 2007, aku kembali ke kampung halaman, Muar, menubuhkan Muhasabah Trading, menjalanan perniagaan pakaian muslimah sehinggalah kini. Dalam mengharungi perniagaan online dan offline, ada jatuh bangunnya. Ada derik gembira, dan ada detik sukar serta suram yang ditempuh.
Walaupun hatiku berat untuk memasuki dunia bekerja makan gaji, aku akur dengan permintaan ibu bapaku dan ahli keluarga terdekat. Bekerja di firma arkitek ini sedikit sebanyak akan membantu aku mengumpul modal semula, menimba pelbagai jenis pengalaman dan sebagai batu loncatan.
Dalam pada yang sama, aku masih meneruskan pernigaan online dengan di uruskan isteriku, sambil aku membuat kerja part time.
Bagaimana dengan korang semua? Ada cerita yang menarik yang nak dikongsi?