3 orang sudah masuk Latihan Kerja Praktikal

Bermula Isnin lepas, 3 orang sudah masuk Latihan Kerja Praktikal di Idea Workshop Sdn Bhd. Seorang lelaki dan 2 'bunga', ketiga-tiganya daripada jurusan senibhina Politeknik Port Dickson.

Aku harapkan mereka mendapat pembelajaran yang terbaik sepanjang bekerja praktikal di firma arkitek ini. Aku juga berharap untuk memberikan segala tunjuk ajar yang sehabis baik buat mereka.

Aku satu ketika dulu pun pernah merasai dunia 'blur', kekurangan ilmu pengetahuan ketika mula-mula bekerja. Memang selalu kena marah dengan bos, terkial-kial buat kerja. Jadi, aku tak mahu graduan-graduan di luar sana jadi macam aku. Aku nak diaorang semua mantap dan berkaliber bila 'grad'.

Untuk mereka bertiga dan yang lain-lain di luar sana, selamat menjalani latihan praktikal. Selamat maju jaya!


Comments (2)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
dah musim praktikal agaknya nih..
My recent post Kerani Bank Wanita maut ditikam 15 kali
Pihak industri perlu bantu pelajar praktikal kadang kala mereka dibiarkan tanpa haluan yang mana masa 3 bulan latihab praktikal terbuang begitu sahaja.
My recent post Program Perjalanan Selamat 2012

Post a new comment

Comments by

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
wah tahniah..brp lama dah duk join br dapat cash out ni??huhuhu..aku punya br rm4 lebih je..tu pun 2 tahun lps punya kot..cash out dia tinggi la..rm100..jenuh aku
1 reply · active 707 weeks ago
farahaznil > tak ingat berapa lama. rasanya ada 4 -5 bulan kot. Minimum cashout memang RM100, tinggi sikit, berbanding Nuffnang RM50 je..
My recent post Interesting market places
Hebat ni... perlu belajar dari bro..

Post a new comment

Comments by