Cash Out dek kerana kawan


cash out kedua daripada says

Alhamdulillah, baru kelmarin aku promosikan says berwajah baru, hari ini rezeki masuk lagi. Akaun aku dah cecah minimum cash out, disebabkan ada member aku sorang dah daftar ikut link referral aku (RM5 dikreditkan). Baru dalam beberapa minggu yang lepas aku berjaya cecah minimum cash out kali pertama untuk says, kali ini berjaya dapat kali kedua, hasil gabungan beberapa teknik promosi link + referal.

Terima kasih aku ucapkan pada sahabat aku, sebab sudi daftar bawah aku.

Memang besar sungguh nilai 1 referral daripada says ni. Tak boleh nak tanding ChurpChurp, yang masih lagi kekal RM1 untuk 1 referral. Untuk yang kurang faham konsep referral, di bawah ni aku bagi sedikit info;

Apa itu referral?
Mengikut definasi  aku sendiri, referral boleh juga disamakan dengan downline macam dalam MLM tu. Cuma sesetengah program referral ada yang bagi komisen override dan sebahagian lagi tidak. Yang penting, jika ada orang baru masuk ikut link (duduk bawah) kita, kita akan diberi komisen.

Bersemangat sikit nak buat update blog + promosi  lepas dapat DUIT pembakar semangat macam ni. 

Macam biasa, kalau dapat 'feel' semngat RM macam ni, aku mulalah berkobar-kobar nak update dan buat beberapa kerja part time online. Kalau lama tak dapat komisen atau apa-apa bayaran, mulalah rasa lemah semangat dan 'melepek'. Duit hasil kerja sambilan online ni memang penting untuk aku. Kalau tak ada, aku jadi lemah hilang arah (lost), dan tak fokus pada matlamat.

Hmmm, panjang juga aku menulis untuk kali ini. Bajet mula-mula nak update sikit je. Tak pasal-pasal , tetiba dapat 'soon' untuk bermotivasi dan bertazkirah, tu yang berjela aku menceceh.

Sekali lagi aku nak pesan, semua yang kita buat bergantung pada niat serta usaha. Selebihnya kita kena berdoa dan bertawakal. Untuk aku sendiri, kali pertama nak cecah minimum cash out untuk says ni memang makan tahun. Alhamdulillah lepas berguru, meneliti teknik orang lain dan mencipta teknik sendiri, segalanya nampak lebih mudah dan senang.

Selamat maju jaya.

Wasalam



Comments

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
There are no comments posted yet. Be the first one!

Post a new comment

Comments by

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
wah tahniah..brp lama dah duk join br dapat cash out ni??huhuhu..aku punya br rm4 lebih je..tu pun 2 tahun lps punya kot..cash out dia tinggi la..rm100..jenuh aku
1 reply · active 708 weeks ago
farahaznil > tak ingat berapa lama. rasanya ada 4 -5 bulan kot. Minimum cashout memang RM100, tinggi sikit, berbanding Nuffnang RM50 je..
My recent post Interesting market places
Hebat ni... perlu belajar dari bro..

Post a new comment

Comments by