Aku rasa dalam banyak-banyak kempen jawatan kosong / kerja part time. Ini kali pertama aku jumpa tawaran tak masuk akal daripada ejen / broker 'jobseeker'.
Kalau betul seperti yang diwar-warkan, "Kami bayar anda RM 500 jika anda mendapat kerja melalui JobsCentral" . Kerja dapat, wang saku RM 500 buat modal memulakan alam pekerjaan pun dapat. Tuah berganda nampak gayanya, kerja dapat, duit poket pun dapat.
Mungkin yang sedang mencari kerja tetap atau mungkin memngintai peluang kerja part time, bolehlah daftar dengan JobsCentral tu. Mulanya aku memang tak tahu pun pasal JobsCentral, tapi nampaknya hampir sama macam kita minta kerja melalui Jobstreet tu.
Kalau sebelum ni dah banyak permohonan jawatan kosong kita minta, apa kata cuba yang ini pula. Daftar percuma, lepas tu tunggu jelah mana tahu rezeki kita melalui JobsCentral ni?
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu?? Anak dara dan lelaki kacak di luar sana, Cubalah sendiri!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu?? Anak dara dan lelaki kacak di luar sana, Cubalah sendiri!