Takbir Raya bidaah

Salam lebaran,

Alhamdulillah hari ini 1 Syawal 1433 Hijrah, hari pertama kita meraikan kemenangan berpuasa Ramadan selama sebulan.

Aku baru balik daripada solat sunat hari raya Syawal. Di kawasan Muar, solat raya biasanya bermula selepas pukul 8.30am. Aku yang tidur di Merlimau semalam, terpaksa bergegas-gegas ke Muar pagi ni, takut tak sempat solat sunat.

Sepanjang perjalanan Merlimau ke Muar, terdengar suara takbir dari corong-corong pembesar suara, memuji kebesaran Ilahi.

Berkenaan bertakbir  ketika bukan waktu hari raya, di sini aku sertakan penerangan Ustaz Azhar Idrus, yang mengatakan ia adalah bidaah tetapi tak berdosa. Bukan seperti yang ditegah ketika kecil-kecil dulu, dengan alasan, orang dalam kubur menangis.





Takbir Raya bukan pada Hari Raya ; Bid'ah .
***
 [s] Takpe ke kite duk saje2 kita takbir raya...mase budak2 dulu kite dengor ada orang kabo kalu takbir mase bukan hari raya dok baik..
[j]-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bida'ah tpi tdk berdosa..
[S] ..ustaz, takbir raye puasa brape hari dibenarkan? raya haji pulak brape hari?
[J] -Ustaz Azhar Idrus ( Original ) raya puasa bermula maghrib sampai selesai solat hari raya..
raya haji bermula subuh 9 zukhijjah selesai waktu asar 13 zulhijjah..
~Dari fanpage facebook ust Azhar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...