Eramin 5 .. RM20 juta, tunai....

Sebenarnya aku kurang menonton rancangan kegemaran aku (Buletin Utama) kebelakangan ni. Al maklumlah berniaga pasar malam, bila masa nak menghadap tv. Tapi hari ni Khamis, hari cuti aku. Jadi dapatlah menonton siaran berita terkini.

Berita paling gempaq hari ni kisah 1 juta Eramin 5 bernilai RM 20 juta berjaya dirampas pihak berkuasa yang diimport masuk dari Taiwan melalui kargo lapangan terbang Bayan Lepas, Pulau Punang. Apa yang menjadi kekesalan ialah penglibatana orang dalam, membolehkan Eramin 5 yang khayal lagi meng'syiok'kan itu dibawa masuk untuk diedar ke pasaran Pulau Pinang (layan clubbing lerr, apa lagi).

5 orang ditahan dengan seorang bergelar Datuk (mamat ni ada 5 rekod kes terlibat dengan jenayah). Sejumlah Rm 558, 000.00 disita beserta beberapa kereta dan aset lain berjumlah RM 3.8 juta SAHAJA.. Kaya gak jadi tokey dadah ni!

Jadi cerita banyak pun tak guna, fikir-fikirkan, dan selamat beramal. Untuk menutup tirai, kita 'berhibur' dengan rakaman kekecohan di ibu pejabat MIC, Jalan Rahmat, Kuala Lumpur. Kekecohan berlaku antara 2 pihak berikutan siasatan MIC terhadap Maica Holdings.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...