Aku dah niat puasa untuk sebulan, jadi takde masalah alasan macam masa kecik-kecik dulu lupa niat.. :P Jadi kepada seluruh muslimin dan muslimat di serata dunia yang memulakan Ramdhan esok, ku ucapkan selamat menempuh Ramadan dengan penuh keberkatan dan kesabaran. Hadapailah ujian bulan puasa ini dengan tenang, tawaduk serta ikhlas.
Perangilah nafsu membeli belah secara rambang, berpada-pada ketika membeli juadah berbuka. Man-man bro... jangan ,membeli makanan macam orang tak makan nasi 3 minggu.
Aku juga nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada seorang kakak, sahabat maya dan juga mentor blogging yang sudi menempatkan ruang kepada seorang sahabat untuk menumpang
Akhir kata, seribu keampunan dan kemaafan ku pinta buat sahabat blogger, sahabat 'real' dan sesiapa sahaja yang pernah aku tersilap daripada segi perbuatan mahupun percakapan. Semoga Ramdhan ini disinari dengan Nur & Hidayah daripada Allah swt.
Selamat berpuasa.