Gambar galeri Utusan
Namun itu episod suka, ada juga yang berduka. Di lebuhraya PLUS, lain pula ceritanya. Kemalangan maut yang meragut
...satu kemalangan ngeri membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat dekat sini, petang semalam.
...sila ke sini untuk senarai yang terbunuh dan cedera. Tambahan senarai terkini di sini.
Takziah buat keluarga mangsa dan Al-Fatihah buat merkea yang pergi meninggalkan kita.
Bila terjadi tragedi sebegini, pelabagai pihak mula mengeluarkan kenyataan supaya tindakan, pantauan, siasatan dan juga kajian dibuat bagi mengelakkannya berulang. Mungkin kita semua sudah hampir sebati dengan 'kenderaan awam dapat mengelakkan kemalangan'. Tapi apa yang terjadi? Tak cukupkah dengan peristiwa ngeri kemalangan bas Sani Ekspress penghujung tahun 2009?
Aku kebetulan membatalkan hasrat menaiki bas ekspress dari Melaka ke KL pada petang hari tersebut, sekurang-kurangnya bersyukur dengan pelbagai andaian yang mungkin berlaku. Syukur mungkin tidak terbabit dengan nahas, atau sekurang-kurangnya tidak terperangkap dalam kesesakan di lebuh raya.
Di sebalik kejadian, pasti akan muncul rasa tidak puas hati di kalangan banyak pihak. Aku sendiri yang biasa menggunakan perkhidmatan bas ekspress rasa tercabar dengan kewibawaan pemandu bas yang lagak persis 'rider' kereta lumba. Hatta aku juga memandu dengan kelajuan 100km/h di 'PLUS highway' seringkali di potong segelintir pemandu bas dan lori.
Aku bukannya juara untuk bersuara dan juga bukannya sempurna untuk menjatuhkan hukum. Tapi pemantauan bukan jalan yang terbaik untuk menangani kejadian ini. Selagi si pemandu masih memegang status seorang manusia rakyat Malaysia. Aku juga bukannya terlalu pandai untuk memberikan idea bernas kepada kerajaan tapi sekurang-kurangnya sesuatu boleh dilakukan kepada enjin atau had laju bas / lori (secara mekanikal) bagi mewujudkan pemanduan berhemat.
pixie · 753 weeks ago
My recent post Catch Air Supply In KLCC- Penang and Kuantan!
Cik Norfa · 753 weeks ago
kita cuma mampu berdoa kematian kita bukan dalam keadaan yang menyayat hati seperti mereka. Takziah buat keluarga mangsa.
samdaddycool 73p · 753 weeks ago
My recent post koleksi tudung terkini- Tudung Syria Lycra Pelangi Kristal Ekslusif
ladfeamir · 753 weeks ago
al-fatihah dan salam takziah untuk sanak keluarga yg terkorban.
samdaddycool 73p · 753 weeks ago
ardzham · 753 weeks ago
setakat diberitakan bas baru dalam keadaan baik dan pemandu tiada rekod saman, apapun kita tunggu apa kenyataan dari penyiasat tentang punca tragedi.
My recent post Memungut hasil dari kebun
samdaddycool 73p · 753 weeks ago
My recent post koleksi tudung terkini- Tudung Syria Lycra Pelangi Kristal Ekslusif
etomyam · 753 weeks ago
My recent post Hukum Mengupah Orang Menyiapkan Tesis
samdaddycool 73p · 753 weeks ago
madlut · 753 weeks ago
cadangan bro aku rasa bernas...lakukan pengubahsuaian, sekurang-kurangny, bila berlaku kemalangan, impaknya kurang berbanding dengan kelajuan tinggi
samdaddycool 73p · 753 weeks ago
Ubahsuai tu, rasanya memang sudah tiba masanya. Kalau tak, sampai bila nak tunggu kejadian sama berulang kembali?
My recent post koleksi tudung terkini- Tudung Syria Lycra Pelangi Kristal Ekslusif