gambar takde kena mengena langsung dengan cerita...
Salam 1Malaysia, 1Dunia dan 1 Universe
Macam biasa, kalau blogger separuh masa tak update entri, alasan sibuk dan kekangan masa akan diberi. Sama juga macam aku dan itulah benda yang membataskan aktiviti aku untuk update dan mengekalkan kedudukan SERP, entry Eyriqazz vs Denaihati.
Dalam 2-3 hari yang lepas, aku rasa selesa sebab entri Eyriqazz vs Denaihati dalam blog ini, berjaya mengekalkan momentum di muka pertama google.com.my. Ada hari yang terkebelakang, masuk muka kedua, dan kadang-kadang dapat menyelit menempatkan diri pada

Apa yang aku buat dalam 2-3 hari yang lepas hanyalah monitor beberapa blog yang melonjak naik ke muka pertama, dan cuba korek apa yang mereka ada.. Tak banyak, tapi dapatlah sikit ilmu yang mereka aplikasikan kepada untuk melonjak naik bagi keyword Eyriqazz vs Denaihati.
Tapi hari ni, entri Eyriqazz vs Denaihati tergelincir ke muka 4 @ empat ... adussshh..
Sebenarnya aku dah lama 'give up' dengan bisnes affiliate sebab asyik tak dapat apa-apa je. Tapi sifu aku buka semula 'mindset' aku dan tunjukkan jalan alternatif bagi mempromosi bisnes affiliate. Tak sia-sia aku baca entri mengarut makan cendol dan Ain Maisarah. Sekarang di tambah pula dengan Fatin Yayana, Tasha Manshahar dan Ainan Tasneem.
Takpe, SEO contest ni, kalau tak menang, aku cukup setuju dengan pendapat sifu aku, aku belajar banyak benda yang kemudiannya boleh aku aplikasi kepada pelbagai perkara di kemudian hari.
Terima kasih cikgu.