Ujian Mengesan Jin Dalam Badan ( Ruqyah Syar'iyyah )




Salam buat semua pembaca.

Aku terjumpa satu video yang sangat menarik daripada cahayaislamtv yang mana ia adalah teknik Ujian Mengesan Jin Dalam Badan ( Ruqyah Syar'iyyah ).

Aku rasa wajib berkongsi video ini. Di bawah ini aku hanya copy dan paste segala keterangan untuk mengelakkan sebarang kesilapan:




Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.
Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1

Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2

Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3

Perhatikan setelah selesai... Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka.

Bacaan lanjut boleh rujuk SINI

ebook PERCUMA Duit Drastik.. + korang boleh dapat $$




Assalamualikum wbt

Aku sedang layan blog adsense, update, dan ping blog yang ada. Penat juga melayan, harap-harap trafik mencanak naik dan stabil dalam masa terdekat ni.

Blog-blog lain macam biasa terabai sebab dah tak cukup tangan dan kekangan masa membataskan aktiviti buat waktu ni. Tambahan pula, demam aku ni belum 100% pulih, buat kerja pun mengantuk dan meletihkan. Ubat pula dah nak habis, tapi batuk dan demam belum betul-betul kebah.

Oklah, cukuplah tu, aku tahu korang bosan baca rintihan hati aku ni.. ;) Sekarag aku nak kongsikan satu ebook download PERCUMA yang sangat bagus pada pandangan peribadi aku.

Mula-mula kau rasa ebook ni sekadar nak kutip emel aku untuk senarai mailing list, tapi meleset bila aku dah baca 3/4 kandungan ebook DuitDrastik ni.

Aku sukakan sekitar nasihat dan panduan dalam ebook ni,  yang menekankan konsep berjimat serta menguruskan kewangan. Aku memang sebenarnya kurang mahir dengan pengurusan (disiplin) wang.

Apa-apa pun , kalau korang download (serius percuma), dan aku akan dapat RM1.00 / RM0.50 untuk PPL ni. Korang pun boleh join, sementara stok (quota) masih ada..

wasalam

GEMPAK Suasana Hari Raya Gangnam Style









Salam buat semua,

Hari ini masih lagi dalam mood raya. Tapi aku tak berasa nak beraya. Nak buat camne, sejak semalam aku kena demam, + Ahmad IQbal pun sama demam (aku berjangkit daripada dia rasanya).

Aku balik rumah sekejap, ambil salbutamol inhaler dan nak guna internet, anak beranak kena tinggal kejap di Merlimau. Memang malam tadi aku sesak nafas, sebab demam, paru-paru pun macam biasa terdedah pada serangan kuman dan aku  mula rasa asthma. Rasanya dah setahun aku tak kena asma.

Surf internet, tetiba aku nampak ada ramai orang mula share video youtube suasana hari raya + gangnam style yang dah mula jadi viral. Nampaknya video ni dah makin diminati, tapi tak cukup banayk view untuk 'challenge' video Nur Feetri, MC 5 hari tu.. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...