Pos pertama untuk kategori blogging bahasa Melayu

Salam..

Blog ni adalah antara yang mula-mula aku setup untuk mencari sesuap nasi, selepas pulang ke Muar untuk menentap secara kekal, setelah lebih 20 tahun merantau, mencari ilmu dan rezeki. Blog ni pada mulanya lebih kepada pemberitahuan untuk servis yang ditawar.

Sekarang, aku mengambil keputusan untuk menulis secara serius dalam blog ni bagi tujuan aliran bahasa Melayu.. Yelah, dah banyak zarah-zarah tempe dalam badan ni, jadi aku tak dapat lari daripada berbahasa Melayu. Banyak situasi sebenarnya aku tak dapat menyampaikan cetusan minda aku dalam penulisan bahasa Inggeris.. (dah English aku tak hebat mana pun , walaupun pernah study oversea.. banyak tempat berkarat lagi).

Oklah,cukup aku rasa untuk kali ni, malam ni nak pergi menonton Upin dan Ipin : Geng the movie, kalau ada rezeki.. Insyallah, jumpa lagi lain kali..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...