Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Tiru Coconut Shake Klebang

original Coconut Shake Klebang image credit


Nama Coconut shake Melaka memang sudah tersohor dan terkenal satu "Malaya'. Paling popular adalah Coconut Shake Klebang. Mungkin mereka juga pelopor yang menjadikan 'coconut shake' popular dan komersil. Ramai juga yang google 'coconut shake melaka recipe' untuk mencari resepi rahsia di sebalik kejayaan mereka.

Bagi peminat coconut shake di Muar, mungkin tiada masalah bagi mereka untuk meneguk kenikmatan coconut Shake Klebang. Dengan jarak perjalanan kurang satu jam menaiki kereta atau menunggang motosikal, Melaka memang sebentar sahaja untuk sampai.



View Larger Map

Peta google, lokasi dan alamat Coconut Shake Luar Biasa di Parit Bunga, Muar. 

Walau bagaimanapun,tak semua orang sanggup untuk pergi ke Melaka setiap minggu, hanya untuk meneguk coconut shake. Jadi, kini orang-orang di Muar ada alternatif. Apa kata anda singgah ke Coconut Shake Luar Biasa, Muar.

Kat mana tu? Lokasinya adalah di KM 7, Parit Bunga, Muar (Ledang), terletak di sebelah kiri jika anda menghala ke Tangkak, selepas turun jambatan kedua Muar. Kalau tak pasti, boleh tengok point A pada google maps di atas.

Setakat ni, di gerai Coconut Shake Luar Biasa ni, anda boleh dapatkan:

Coconut Shake Biasa  .......= RM2.00
Coconut Shake Luar Biasa = RM2.50
Air kelapa 'ori'                   = RM2.00
Buah Kelapa Muda  ........ = RM3.00
Durian Crepe 3 pcs ..........= RM5.00
Durian Crepe 6 pcs ..........= RM10.00

Nak tahu kenapa namanya coconut shake luar biasa, nantikan entri seterusnya.... :)


2.7 kilogram 09:19pm

gambar baby belum boleh ambil, sebab dalam nursery


Alhamdulillah, isteriku telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.7kg pada 9.19pm, hari Khamis malam Jumaat 02 Ogos 2012, bersamaan 14 Ramadan 1433 Hijrah.

Kelahiran secara normal, setelah melalui proses paksaan bersalin (induce) yang dibuat lebih kurang pada pukul 3 petang hari Khamis. Tarikh dijangka bersalin sebenarnya pada 09 Ogos, tetapi atas sebab masalah kencing manis ketika mengandung, bayi terpaksa dilahirkan lebih awal.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Cuma sekarang isteri aku masih di wad hospital Melaka, manakala bayi berada ni nurseri (wad bayi). Doktor dan jururawat terpaksa memantau bayi terlebih dahulu disebabkan masalah ibu mempunyai darah A -ve (negatif), manakala bayi baru disahkan tadi mempunyai O +ve (positif), sama macam darah aku.

Ok, aku sekadar ingin berkongsi mengapa bayi terpaksa lahir awal sekiranya ibu mengidap kencing manis ketika hamil?

Menurut doktor (aku ceritakan serba ringkas), antaranya:


  • 1. Bayi akan menjadi besar dalam kandungan, ini akan menyebabkan kelahiran sukar, dengan risiko terkoyak pada ibu mengandung, dan juga patah tulang pada bayi.
  • 2. Bayi dalam kandungan telah terbiasa dengan suasana terlebih gula, pabila lahir, bayi akan stress dan mengalami kekurangan gula.



Di bawah ini fakta tentang risiko kencing manis ketika hamil



Aku sekarang kat Muar,  Ahmad IQbal kena tinggal di rumah atuk. Oklah, aku nak pergi hospital Melaka, melawat ibu dan newborn baby.

Awek cun giler babi



Aku terlihat kartun di facebook 'negeri Melaka' tadi dan terus tergelak.. Tergelak sebab memang dah terbiasa lihat dan dengar dialog tu semenjak bernaung di Negeri kelahiran hang Tuah ini.

Tapi terkedu sekejap sebab masa zaman remaja dulu, aku jarang dengar budak-budak perempuan, apatah lagi yang bertudung, mengungkapkan dialog 'tak semengah' macam tu di khalayak ramai. Mungkin sebab dulu aku tak berada dalam komuniti orang Melaka atau mungkin budak-budak dulu takde lah terlalu open dan rock macam ni..

Apa pendapat korang?


Netbook 1 Malaysia percuma di Melaka

Aku tertarik dengan keyword "netbook 1 malaysia percuma di melaka" yang menerjah masuk ke blog ini. Mungkin benar seperti  yang didakwa atau dicari.

Secara kebetulan, aku baru je mendaftar Isnin lepas di kaunter promosi Streamyx Melaka Mall, selepas selesai berurusan di MPHTJ. Alhamdulillah, semalam (Sabtu), team Streamyx telah menyambungkan talian telefon dan internet jalur lebar (broadband).

Macam tak percaya pula, sepantas tu aku dapat internet. Mana taknya, selepas aku menerima panggilan telefon pada tengahari Sabtu dalam keadaan mamai-mamai, tup-tup muncul diaorang datang.

Nasib baik aku ada di rumah, dan lebih bernasib baik, aku berjaya mendapatkan pakej 4 Mbps yang agak terhad (aku berjaya dapatkan line pelanggan yang dah di tamatkan perkhidmatan). Kalau tak, memang streamyx akan 'refund' pada aku bayaran yang dah dibuat.

Tapi betul ke dapat HP Netbook 1 Malaysia percuma???

Betul atau tak betul, ini aku salin semula apa yang ditawar untuk pakej Jalur lebar dengan Netbook HP (Ekslusif untuk Melaka sahaja):


  • Pendaftaran PERCUMA, satu salinan IC diperlukan.
  • Kontrak 3 tahun, tamat awal / berpindah (luar Melaka) penalti RM600
  • Pemasanagan hanya untuk di Melaka sahaja
  • Caj wiring talian minima RM50 dibayar pada kontraktor
  • Anggaran caj untuk 3 bulan pertama (dalam bil TM):

  1. RM110 (termasuk deposit talian RM75) 
  2. RM119 x 2 = RM236 (streamyx sahaja, caj untuk 2 bulan)
  3. RM118 (sepanjang langganan, tidak termasuk caj panggilan)
*HP Netbook akan dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja selepas pemasangan stremyx.


Pada aku, memang berbaloi, cuma, bagi sesetengah orang, mungkin kontrak 3 tahun yang agak berat untuk dipegang (sebab kena penalti RM600 kalau tamat awal / berpindah luar Melaka).

Terima kasih pada technician yang bertugas.

Jadi aku rasa amat beruntung menumpang 'tuah' di bumi hang Tuah ini.. ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...