Showing posts with label alternatif. Show all posts
Showing posts with label alternatif. Show all posts

sambungan Setiap kali korang klik play aku dapat RM0.20 sen





Sebenarnya aku nak tulis tajuk entry sebelum ini sebagai, "HyypTV Unifi boleh tapau Astro" tapi aku memilih untuk tajuk yang lebih 'catchy' (ada kaitan dengan entry yang akan datang).

Ok, malas nak cakap banyak, mari kita bincang tentang HyppTV. Sebenarnya aku cukup suka bila Astro ada 'competition', HyppTV. Bukan apa, bila ada persaingan, pasti yang terbaik akan menang. Tak kira baik samada daripada segi harga, servis, pakej dan macam-macam lagi. Jadi, aku rasa memang HyypTV Unifi boleh tapau Astro. Harap-harap makin banyak competition untuk servis-servis besar di Malaysia.

Berbalik kepada tajuk korang klik aku dapat RM0.20 sen tu, sebenarnya tu adalah strategi 'jahat' aku, dalam mendapatkan klik untuk program says. Memang betul ada video tu pada page Unifi, tapi kecil je, player youtube tu. Bila korang klik screenshot atas ni, korang akan dibawa ke page Unifi, melalui link says.


Ok, aku sambung lain kali, kena fokus lebih untuk Google Adsense. Walau bagaimanapun, aku masih bersemangat untuk bercerita dan berkongsi idea-idea kerja sambilan, part time di rumah, untuk akan datang

Jumpa lagi.

Wasalam

Bandwidth dah nak habis.. tapi baru 20hb

Comel tak Lisa Surihani dengan gaya muslimah?

3 hari lepas aku ada hubungi support Exabytes menanyakan tentang tambahan 30g untuk Bandwidth. Ini adalah langkah berjaga-jaga, sebelum butik muslimah aku tu padam sebelum habis bulan. Maklumlah, bulan lepas, online store tu padam 2 hari sebelum tamat bulan Julai. Tapi kali ini, ada baki 3.2g sahaja untuk menempuh 11 hari lagi.

Masak....  Memang kena tambah Bandwidth. Tapi harga invoice yang diberi memang tak pedihkan mata, RM120.00 sahaja, tunaiiiii. Boleh bayar guna paypal. Tapi aku teragak-agak la plak sekarang ni. nak tambah 10g ke, 20g ke atau 30g? Karang tak cukup lagi kalau tambah sikit. Kalau ikutkan hati, nak tambah 10g je, pastu baki paypal nak cashout.

Rugi plak nanti bayar banyak-banyak tapi tak habis guna. Lagi satu, benda ni hanya  untuk waktu puncak menjelangnya raya. Dah habis raya, aku pasti tak banyak dah pageviews untuk butik online tu. Yang rasa kelat plak pasal ramai yang datang window shopping.. tengok-tengok survey harga. Pastu pergi bersama angin monsoon lalu.. Mungkin sebab produk tersenarai tak cukup kaw macam kopi cap kapal layar.

Panjang juga aku membebel awal-awal pagi ni. Ingatkan nak tulis pendek. Tapi aku tak tau nak berkongsi dilema ni dengan sapa. Walau bagaimanapun, aku nak tunggu sehari dua. Tengok keadaan macamana. Mungkin lepas aku upload koleksi baju kurung moden, keadaan akan berubah?

Wish me luck!

Buat Duit dengan Internet : RM 2 untuk pemberian laporan PERCUMA pada kawan-kawan

Salam,

RM 2 untuk setiap 'download' laporan percuma Mawardee. Hmm menarik bunyinya. Kalau ada 500 orang kawan dan saudara mara (dalam senarai emel kita) muat turun laporan ini, bayangkan RM 2 x 500 = RM 1000 beb! Percuma, tak payah nak keluar duit. Hantar emel untuk diaorang download je. [poyo je ayat... ]


'Report' percuma ni menceritakan tentang teknik-teknik jana wang dengan ClickBank, sumber buat duit yang tidak asing lagi bagi para super affiliate seluruh dunia. Laporan percuma ni dimulakan dengan , KENAPA masih ramai gagal menghasilkan pendapatan melalui ClickBank. Kemudian Mawardee mula menceritakan kejayaan otai-otai menghasilkan duit beratus-ratus, malah ada yang beribu-ribu dolar sehari. Mereka menggunakan pelbagai teknik dan kaedah. Report ini juga berkongsi pengalaman Mawardee sendiri mengeksploitasi teknik-teknik yang beliau praktikkan.

Aku sendiri teruja baca laporan percuma ni. Memang banyak juga yang aku dah tahu, dan masih banyak lagi yang belum tahu. Tapi, sebab percuma, memang berbaloi download dan baca report ni.

Kesimpulannya, pergilah klik link ni, download cepat, sebelum tempoh tamat. PERCUMA.. tak payah bayar.

Bermulanya Ramadhan, segala jenis syaitan dan jembalang ditambat

Hari ini merupakan hari terakhir kita makan, minum serta melakukan rutin harian sepenuh tenaga. Esok bermulanya 1 Ramadhan, tarikh keramat bagi semua umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke 3.

Selama sebulan kita akan bertarung dengan nafsu semata-mata kerana syaitan telah 'dirantai'. Jadi berhati-hatilah dalam bercakap, membeli juadah berbuka serta barang keperluan persiapan hari raya. Semua yang 'terlebih' tu nafsu kita sahaja.

Bagi perokok pula, inilah masanya bagi kita berkorban dan melawan rasa gian serta ketagihan kepada rokok. Kalau kita boleh tahan tidak merokok selama hampir 13 jam, kenapa tidak pertahankannya untuk baki 11 jam? Memang susah hendak berhenti merokok, aku sendiri sampai pergi jumpa doktor untuk terapi berhenti rokok.

Mari kita lihat apa kata syaitan tentang rokok


Insyaallah, jika kita ada usaha, ada niat serta kemahuan, pasti di situ ada jalannya. Selain usaha, banyakkanlah berdoa serta kuatkan azam. Aku yang setiap minggu pergi ke Pusat Kesihatan Sg. Mati, selalu ternampak poster tentang bencana rokok. Rokok menyebabkan paru-paru mereput, juga pelbagai jenis penyakit kanser.. serius, memang mengerikan dan rokok hanya penambah derita, bukannya gembira.

Mungkin panduan berhenti merokok ini boleh kita jadikan panduan. Laburkan sedikit wang yang diguna untuk membeli rokok itu kepada panduan ini. Insyaallah, kita serta ahli keluarga juga yang akan mendapat manfaatnya kelak.

Agi Idup, Agi Ngelaban

Tahu apa makna ayat pada tajuk pos ni? Itu adalah bahasa Iban (Sarawak) kalau tak silap aku. Ayat "Agi Idup, Agi Ngelaban" aku ambil daripada buku "Kanang Anak Langkau", hasil bacaan aku pada zaman kanak-kanak dulu. Maksudnya lebih kurang, 'selagi kita hidup, selagi itu kita berjuang'.

Pepatah Iban yang bererti "Berjuang selagi nafas masih ada."

Buku tersebut mengisahkan Kanang seorang perajurit negara yang berkhidmat dengan ATM (angkatan Tentera Malaysia). Keberanian beliau memerangi musuh komunis menjadi contoh dan rujukan bagaimana seorang pahlawan berjuang berhabis-habisan bagi menentang keganasan dan ancaman kepada negara. Ini membolehkan beliau dianugerahkan pingat gagah berani.






Semangat, kecekalan serta kekentalan semangat yang ada pada beliau patut kita jadikan contoh dan tauladan. Sememangnya kita jangan berputus asa dan mengalah dalam membuat apa jua pekerjaan. Selagi kita ada kudrat dan kekuatan, berjuanglah, berusahalah. Kelak kejayaan menjadi milik kita.

*..... Aku baru sahaja balik daripada berniaga di majlis ceramah PAS oleh MB Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz. Suasana di tempat berniaga kelihatan tak ubah seperti sebuah expo. Memang meriah. Biasanya aku pergi berniaga di Pekan Serom Muar untuk hari Jumaat. Tapi memandangkan situasi sudah 'tengah bulan', aku berkira apa salahnya mencari alternatif jika hasilnya lebih lumayan. Belum cuba, belum tahu. Yang penting ada kemahuan, dan ada usaha. Selebihnya berserah kepada Allah swt. Kita berikhtiar, Allah jua yang menentukan.

.. agi idup, agi ngelaban...

Buat duit online dengan 'search'?

Pernah ke dengar program buat duit online dengan cara paling mudah melalui enjin carian? Mungkin ramai yang dah cuba dan aku tahu ramai lagi yang belum tahu.







>===> SILA BACA 10 cara jana pendapatan dirumah

Buat duit dengan google search.. (google adsense) KLIK

Bunyinya agak pelik! Tapi memang program ini sebenarnya tidak memerlukan promosi ataupun apa-apa jualan, hatta mencari 'downline'. Anda hanya memerlukan hanya sekali 'installation' untuk memastikan 'search box' diruangan 'toolbar' mempunyai satu lagi enjin carian supportingfriends.com . Tapi kalau ada refferals, anda dibayar GBP1.00, apabila mereka memulakan enjin carian tersebut.

Program ini merupakan kerjasama antara Yahoo dan Supportingfriends.com . Setiap kali anda ingin mencari, pastikan anda beralih kepada carian ini, bukan google, bukan msn, dan lain-lain lagi.

Yang menarik lagi, bayaran adalah dalam bentuk GBP (Great Britain Pound Sterling) dengan jumlah minimumuntuk bayaran sebanyak GBP 20.00. Tapi, pastikan anda mempunyai akaun paypal, atau mana-mana akaun Bank UK.
Cubalah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...