Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Video: Apa yang perlu dilakukan jika kereta anda tenggelam dalam air?



Mungkin ramai yang tak sedar dan tak tahu langsung tips ini. Sangat-sangat berguna dan membantu sekiranya anda tenggelam dan terperangkap dalam kereta.

Yang pasti, usah panik dan ikut tips yang diajar.

Share video ini, semoga bermanfaat suatu hari nanti.

http://freechannelgame.com/

Alza MPV yang comel daripada Perodua

Gambar dari Perodua

Syarikat Perodua tampil pula dengan MPV pertama keluarannya. Dengan harga bermula daripada RM 55,490.00 bagi pembeli di Semenanjung Malaysia, Alza pasti memberikan persaingan kepada Proton Exora - MPV keluaran PROTON.

Yang pasti, Perodua masih dengan identiti kereta comel dan rekabentuknya memang menarik serta menawan hati. Dengan kapasiti penumpang seramai 7 tempat duduk (termasuk pemandu), semestinya Perodua Alza menjadi idaman keluarga yang bersaiz besar terutama dengan bilangan anak-anak yang semakin bertambah.

Beberapa model sedia untuk dimiliki rakyat Malaysia iaitu Alza 1.5L GX, Alza 1.5L EZ, Alza 1.5L GXi, Alza 1.5L EZi, Alza 1.5L GXi Advanced Version dan Alza 1.5L EZi Advanced Version. Semuanya ada kelebihan dan tepuk dada tanya selera- model yang mana nak ditempah.

Mari kita tengok iklan model MPV perodua Alza ini:


Yang menarik adalah slogan atau motto Perodua Alza ini, iaitu "Kereta juga MPV".
Apa kata anda?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...