Showing posts with label terkini. Show all posts
Showing posts with label terkini. Show all posts

Tragedi bas ekspress 10/10/10

Semalam masing-masing teruja dengan tanggal 10.10.10, apatah lagi dengan ramai pasangan mangabadikan detik bersejarah mengikat janji, mengabadikan perkahwinan termasuk angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina Mohd Yunos. Siaran langsung di stesen tv mewarnai detik gemilang itu. Begitu juga kejuaraan MotoGP di Sepang memberi satu makna kepada penonton dan juga pelumba.

Gambar galeri Utusan

Namun itu episod suka, ada juga yang berduka. Di lebuhraya PLUS, lain pula ceritanya. Kemalangan maut yang meragut 12 15 nyawa nyata membawa mimpi ngeri kepada keluarga mangsa dan juga mereka yang terbabit.

...satu kemalangan ngeri membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat dekat sini, petang semalam.

...sila ke sini untuk senarai yang terbunuh dan cedera. Tambahan senarai terkini di sini.


Takziah buat keluarga mangsa dan Al-Fatihah buat merkea yang pergi meninggalkan kita.

Bila terjadi tragedi sebegini, pelabagai pihak mula mengeluarkan kenyataan supaya tindakan, pantauan, siasatan dan juga kajian dibuat bagi mengelakkannya berulang. Mungkin kita semua sudah hampir sebati dengan 'kenderaan awam dapat mengelakkan kemalangan'. Tapi apa yang terjadi? Tak cukupkah dengan peristiwa ngeri kemalangan bas Sani Ekspress penghujung tahun 2009?

Aku kebetulan membatalkan hasrat menaiki bas ekspress dari Melaka ke KL pada petang hari tersebut, sekurang-kurangnya bersyukur dengan pelbagai andaian yang mungkin berlaku. Syukur mungkin tidak terbabit dengan nahas, atau sekurang-kurangnya tidak terperangkap dalam kesesakan di lebuh raya.

Di sebalik kejadian, pasti akan muncul rasa tidak puas hati di kalangan banyak pihak. Aku sendiri yang biasa menggunakan perkhidmatan bas ekspress rasa tercabar dengan kewibawaan pemandu bas yang lagak persis 'rider' kereta lumba. Hatta aku juga memandu dengan kelajuan 100km/h di 'PLUS highway' seringkali di potong segelintir pemandu bas dan lori.

Aku bukannya juara untuk bersuara dan juga bukannya sempurna untuk menjatuhkan hukum. Tapi pemantauan bukan jalan yang terbaik untuk menangani kejadian ini. Selagi si pemandu masih memegang status seorang manusia rakyat Malaysia. Aku juga bukannya terlalu pandai untuk memberikan idea bernas kepada kerajaan tapi sekurang-kurangnya sesuatu boleh dilakukan kepada enjin atau had laju bas / lori (secara mekanikal) bagi mewujudkan pemanduan berhemat.

Kickdefella rakus mendaki Alexa

Kickdefella blogger yang tiba-tiba 'famous' dan 'glamorous', akibat kekecohan dakwaan RM4 juta yang diterima beliau untuk upah memburuk-burukkan Pak Lah.


Blogger Kickdefella @ Syed Azidi Syed Abdul Aziz semalam menyerahkan lagi beberapa dokumen tambahan di ibu pejabat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).


Beberapa petikan akhbar terkini:




Umno Kelantan Sifatkan Tindakan Pas Peruntuk RM4 Juta Burukkan BN Sebagai Keji

KOTA BAHARU, 29 April (Bernama) -- Umno Kelantan mendesak kerajaan negeri mendedahkan sumber peruntukan RM4juta selama tiga tahun yang menurut satu laporan blog adalah bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan. ... BERNAMA

Bernama
Friday, April 30th, 2010 23:03:00
PUTRAJAYA: The Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) on Friday confirmed that statement was recorded from blogger Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz with regards to his claims that he had received RM4 million.

MACC Investigations director Mustafar Ali when contacted by Bernama said Syed Azidi arrived at the MACC headquarters here at 6pm. .. Malay Mail

4 juta boleh tahan banyak tu. Untuk orang pertengahan, bertahun-tahun kerja banting tulang belum tentu dapat merasa sebelum pejamkan mata.

Alexa ranking, sudah tentu mencanak-canak pergi bila semua orang terjah blog yang dah memang agak terkenal tu.

Jap, aku nak berangan nak buat apa dengan duit 4 juta.

Din Beramboi kembali ke Rahmatullah... al-Fatihah

KUALA LUMPUR - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.
Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan


Setiap yang hidup, pasti akan mati. Pergi kita meninggalkan harta, nama, darjat, pangkat dan keturunan. Yang menjadi bekal pastinya amalan kita di atas dunia, amal jariah, ilmu yang berkekalan dan anak soleh yang mendoakan kita.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Takziah buat keluarga arwah, banyakkan sabar, tetapkan iman dan redha dengan ketentuannya. Semoga roh allahyarham Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.... AL-FATIHAH

Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor

Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor telah wujud di laman sosial Facebook, rentetan rasa tidak puasa hati terhadap Aduka Taruna.

17,255 keahlian dicatat pada jam 4.52 pagi, 27 Januari 2010, menunjukkan rasa taat setia warga anak Johor terhadap Almarhum Sultan Johor.

Sila ke sini untuk mengetahui isi kandungan blog Aduka Taruna yang menghina Almarhum Sultan Johor (dibacakan semula dalam video bantahan).

Al-Fatihah buat Almarhum SULTAN Johor


SULTAN Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di Johor Bahru kerana gering. Baginda berusia 77 tahun dan memerintah Johor hampir tiga dekad.

Berikutan kemangkatan Almarhum, Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan secara rasmi sebagai Sultan Johor dalam satu upacara yang diketuai Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Istana Besar, jam 10.21 pagi ini.

Abdul Ghani berkata jenazah Almarhum Sultan akan dibawa dari Istana Besar 1.30 tengah hari untuk upacara pemakaman di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, jam 2 petang.

Mengenai peraturan berkabung, beliau berkata:

  • Orang-orang Melayu perlu memakai tanda perkabungan kain putih selilit saja selebar dua inci pada songkok.
  • Bagi lain bangsa dan agama, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.
    Katanya, bagi yang memakai uniform dan memakai uniform pada majlis tertentu, mereka perlu melilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri.
    "Bagi perempuan Melayu, mereka hendaklah memakai tudung kepala warna putih manakala bagi orang perempuan lain bangsa dan agama, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri," katanya. 
  • Bagi upacara pemakaman pula, lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam manakala lelaki bukan Melayu perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri.  
  • Bagi yang memakai uniform, mereka perlu melilit kain putih berukuran dua inci di songkok. Segala darjah dan pingat juga hendaklah dipakai, katanya. 

Sumber Berita Harian

Semoga roh almarhum baginda dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...