Perkongsian yang dipanjangkan melalui media sosial. Sekiranya anda adalah tuan punya artikel asal, tinggalkan komen pada ruangan komen untuk pemberian kredit.
Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts
Rezeki itu milik Allah
Alhamdulillah, dalam sibuk ke hulu ke hilir, tanpa update blog, ada juga rezeki masuk melalui affiliate jobdirumah dan panduan jahit baju kurung.
Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh 3 bulan kebelakangan ini. Aku berhenti kerja makan gaji dan mencari rezeki dimuka bumi Allah dengan cara yang lebih relaks (tapi memang penat).
Ya, aku sudah kerja sendiri semula. Sekarang aku bergantung pada Durian Crepe, Coconut Shake Luar Biasa Muar dan pakaian muslimah sepenuhnya.
Memang seronok kerja sendiri, tapi sendiri mau ingat segala rintangan dan dugaan yang tiba.
Aku mengharapkan rezeki yang lebih diberkati dan hati yang tenang bila kerja sendiri.
Terima kasih ya Allah, kerna memberi nikmat mengecapi rezeki milikiMu.
Serius JobDiRumah tipu
JobDiRumah tipu atau betul (betul ke bohong? ). Serius ke diorang pembohong, pembelit, tipu dan auta? Ramai juga yang mencari-cari review program JobDiRumah dan ramai yang masih ragu serta was-was kebenaran program ini.
Yang pasti, JobDiRumah masih lagi gagah mempromosikan program kerja dari rumah ini, dengan dibantu para affiliate yang masih terus mendapat bayaran tanpa gagal.
Aku sendiri termasuk dalam salah seorang yang dah empat kali menerima bayaran daripada program jana wang dari rumah ini.
Lagipun sekarang telah wujud SKMM yang memantau segala perbuatan serong, scam dan penipuan internet yang makin berleluasa. Jika betul jobdirumah menipu, dah lama mereka dikeluarkan daripada internet dan disekat pihak berwajib.
Jadi, kalau korang masih lagi gagal buat duit kerja dari rumah, apa kata korang daftar dengan program JobDiRumah dan usaha buat apa yang diorang suruh. Lepas usaha, barulah boleh yakin, doa dan tawakal.
Apa-apa pun, good luck dan all the best. Semoga usaha kalian diberkati dan dirahmati.
Gempak : Lebih 1 billion
Salam buat semua,
Pertama sekali, aku nak minta maaf kalau aku tak sempat balas blogwalking korang semua. Memang aku terikat dengan komitmen kerja. Maklumlah, kerja makan gaji firma arkitek swasta. Sangat banayk tugasan kena buat. Kalau ada yang tak betul, kena herdik, kena maki, kena marah, memang stress dan kadang-kadang jadi depress. Lainlah kalau dah kerja sendiri dari rumah, memang aku bantai blogwalking 'kaw-kaw'.
Ok, cukup.. cukup.. Back to business.
Sebelum ni aku kongsikan artikel tentang PSY Gangnam Style, kali ni pula aku nak kongsikan video rasmi Youtube untuk 'summary' 2012. Paling menarik pastinya sebab tumpuan seluruh dunia untuk PSY dan Gangnam style, yang menjadi raja youtube dengan rekod melebihi 1 billion views kurang setengah tahun. (Tolong betulkan aku dengan fakta yang lebih tepat).
Dalam video Youtube rewind style 2012 tu terselit ramai pelakon-pelakon 'bintang youtube'. Ramai juga yang aku tak kenal (tapi antara yang aku paling suka, ialah channel FreddieW).
Ada juga kawan aku bagitau, antara faktor PSY meletup, sebab dia ambil Hyuna dan MC Hammer sebagai batu loncatan. Tapi yang paling penting, walau apa alasan sekali pun, dia memang terer. Macam-macam syarikat nak ambil dia sebagai duta / bayar royalti (copyright, etc).
Yang pasti Google berjaya berjaya menjenamakan Youtube sebagai lubuk untuk mengetengahkan bakat terpendam, dan mungkin membuatkan seseorang itu kaya atau terkenal.
Nampak gaya kena start cipta tarian unik...
Rahsia dapat banyak BE Nuffnang
Hari in aku dalam mood bermalas-malas, melepaskan lelah karenah cuti sekolah dan aktiviti kenduri kahwin. Hajat dihati nak pergi menderma darah di karnival Jom Layan Orang Muda, tapi cuaca nampak terlalu panas, tambahan pula baby AmmarZakwan kurang sihat.
Hari ini tercetus untuk idea untuk berkongsi screenshot terkini BE Nuffnang yang aku dapat untuk 2 blog. Kalau entri sebelumnya aku tunjukkan BE Nuffnang untuk Non-Glitterati a.k.a "geli-geli". Sebenarnya screenshot tersebut adalah BE untuk bulan Oktober 2012, ketika aku hilang status geli-geli.
Berbalik pada tajuk entri untuk Rahsia dapat banyak BE Nuffnang, aku jujur memang takde rahsia dan tak tahu apa-apa formula untuk dapatkannya. kalau korang ada tips atau rahsia, bolehlah kongsikan kat bawah ni.
Kalau dah masyuk dan kencang pendapatan Nuffnang ni, memang aku resign, kerja dari rumah saja.
p/s - Jemput anda semua untuk sertai Contest Giveaway 'kacang'..
Akhirnya ku terima
Salam buat semua,
Alhamdulillah akhirnya aku diterima untuk program affiliate HZtours, sebuah syarikat pelancongan Malaysia.
Program ni, aku tahu daripada blog Titan dan aku sepantas kilat memohon program tersebut. Malangnya, berbulan-bulan aku tunggu, tak juga mendapat 'approval'. Sampaikan sifu aku tu dah berjaya terima bayaran komisen pun , tapi aku tak lulus lagi.
Semalam, aku dapat juga emel gembira, menyatakan permohonan untuk menyertai program ini telah pun berjaya. Kalau korang nak join, boleh klik sini.
Mangkuk
The Invite Friends Rewards Program Is Currently on Hold!
A few people have been spamming friends and fan pages with SAYS invite-friend links, causing SAYS to be blocked by Facebook. We're trying to fix this situation, and to do this we are putting the SAYS invite a friend program on hold till further notice. We'll get things fixed up as soon as possible!
Aish.. mangkuk mana la yang suka spamming dalam Facebook, sampaikan says kena blok. Tengok statement kat atas ni.
RM5 satu kepala
RM5 memang agak besar nilainya. Biasanya satu kepala dikenakan bayaran RM5 - RM15 ringgit untuk masuk ke Zoo, tempahan katering satu kepala, muzium, taman tema, parking kereta satu hari dan macam-macam lagi.
Kalau setiap hari ada 10 orang bagi aku RM5, maknaya aku dah dapat RM50, dikalikan 30 hari, maknanya RM1,500 dah boleh aku kumpul.. Kalau dulu hanyalah RM1 satu kepala.. sekarang lima kali ganda lebih baik.
Menarik bukan? Cash out pun dah 2 kali aku dapat, sebab memang secara santai, guna FB dan twitter. Apa lagi? Cubalah sendiri!
Mula melukis untuk bisnes

Salam buat semua.
Aku akui dikekangi masa santai untuk berblog semnejak dua menjak ini. Lagipun, blog aku ni asyik kena tamparan google penguin, makin lama, makin hilang SERP untuk beberapa keyword popular yang kerap.
Bila aku tengok trafik merudum, + hilangnya taring pada keyword utama, aku makin malas nak update blog. Tapi, aku cuba alihkan fokus pada beberapa projek lain + update blog-blog lain yang ada potensi untuk HPK Google Adsense.
Ok, berbalik pada motif utama aku kali ini, aku hanya nak kongsikan 'artwork' terbaru aku. Kalau berminat nak beli, boleh tengok entri sebenar kat SINI.
wasalam
Kerja part time yang berbaloi di internet
Salam Hari Malaysia buat semua.
Aku akan cuba menulis seringkas yang boleh untuk kali ini. Aku cuma nak berkongsi tips dan secebis ilmu yang aku ada. Namun, aku harapkan kalian tidak memanggil aku sebagai otai. Pencapaian aku masih terlalu jauh di bawah paras kategori berjaya di dunia internet.
Kali ini aku nak kupas sedikit keyword sesat yang masuk mencari panduan 'Kerja part time yang berbaloi di internet'.
Untuk entri ini, aku cuma kongsikan 5 kerja sambilan yang aku lakukan / berbaloi dibuat:
- eBay (sangat popular higgakan dalam cerita Transformer & SWAT ada dialog tentang ebay)
- Google adsense
- says / churpchurp / blingd.com - ketiga-tiganya didalam satu kategori, hanya memerlukan sekurang-kurangnya akaun twitter / facebook untuk promosikan link url, dengan setiap klik bernilai purata RM0.20
- Panduan affiliate, contoh seperti Jobdirumah
- Nuffnang (pengiklanan 3rd party pilihan blogger Malaysia)
Aku akan buat huraian kemudian.. Sekarang dah terlampau mengantuk , semalaman tak tidur.. babai
wasalam
Says berwajah baru
screenshot wajah baru says.my
Salam buat semua,
Aku nak buat update ringkas je untuk malam Jumaat ni..
Hari ini aku login di page baru Says, dan aku nampak :
GROW SAYS WITH US! Get RM5 for every friend who joins SAYS through your invite link:
Terkejut aku sebab nampak RM5 untuk satu referral tu. Sebelum ni, hanya RM1 je, aku kurang pasti sejak bila diaorang dah 'up' nilai tu.
Says, merupaka salah satu alternatif buat duit di internet tanpa modal, tanpa blog.. sekadar facebook atau twitter sudah memadai. Aku sendiri dah berjaya cash out sekali untuk aktiviti kerja sambilan di rumah aku ni.
Yang belum daftar, apa lagi.. tak reti-reti nak KLIK SINI register bawah aku.
Oklah, aku dah tak larat, nak masuk tidur dulu, lain kali aku sambung.
Wasalam
Dapat lagi .. Satu komisen je dah RM110
Salam semua,
Tajuk kat atas tu aku memang tahu, nampak poyo, ada unsur-unsur riak dan tak boleh blah. Tapi percayalah, memang aku baru dapat bayaran RM110, dua hari lepas untuk satu komisen kerja sambilan aku.
Aku ringkaskan kejap kenapa aku pilih tajuk yang agak poyo. Sebenarnya tajuk yang ala-ala gempak, poyo dan riak ni sebenarnya dapat menarik banyak trafik daripada beberapa ping web servis, macam busuk, apesal, innit, ohbelog dan sebagainya. Nanti aku akan buat entri khas macamana aku buat , beserta bukti trafik daripada ping servis ni.
Nak harapkan direct organik trafik atau follower, memang aku tak cukup hebat. Tapi, dengan tajuk je aku berjaya tarik trafik. Ok, cukup , cukup.. dah tersasar daripada tajuk asal.
Nak harapkan direct organik trafik atau follower, memang aku tak cukup hebat. Tapi, dengan tajuk je aku berjaya tarik trafik. Ok, cukup , cukup.. dah tersasar daripada tajuk asal.
Dua hari lepas aku berjaya terima bayaran hasil mempromosikan kerja part time di rumah ni. Kali ni, panduan ebay rempit v2 yang aku promo. Aku sendiri belum sempat baca, tapi memang sebagai bekas 'player ebay power seller' (aku kena banned beberapa kali, sekarang maintain guna web sendiri), aku akui banyak benda yang aku kena follow sifu terbaru aku ni.
Banyak teknik yang sebelum ini aku tak perasan dan tak tahu langsung, diajar dalam panduan ebay rempit v2 ni. Kalau korang nak buat bisnes part itme, dengan income full time, memang ebay salah satu jalannya (tahu teknik Dropship?)
Terima kasih untuk si polan yang beli guna link affiliate aku, semoga berjaya jadi hardcore player ebay. Aku juga nak masuk gelanggang tak lama lagi, cuma kena buat jadual semuala. Maklumlah sekarang banyak masa aku habiskan dengan blogging + adsense, campur kerja pejabat berlambak, berlonggok-longgok pula tu, kena overtime. Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati pun dah tak pantau. . Penat.
Apa-apa pun, syukur dengan semua yang kita ada dan lalui, sebab ada lagi insan yang lemah dan memerlukan. Aku tahu, korang semua banyak duit. Hulur-hulurkanlah bantuan, kalau RM10 pun dah ok, (kalau 1000 orang kali RM10, dah banyak kan?) korbankanlah sikit duit topup tu.
Syukur dengan apa yang telah aku kecapi, Alhamdulillah.
Kerja sambilan di rumah dengan Neobux
Salam buat semua,
Alhamdulillah, sudah 6 hari kita melakukan ibadah puasa Ramadan. Harap-harap dapat meneruskan hingga cukup sebulan, InsyaAllah.
Untuk secara ringkas, aku nak perkenalkan satu lagi program buat duit kerja dari rumah. Neobux merupakan program PTC (paid to click). Walaupun banyak program PTC bungkus, tapi Neobux dah lama berada di pasaran dan kekal bertahan. Dah ramai blogger dapat bayaran.
Aku pun dah lama tengok masing-masing tayang banner Neobux ni, tapi tak join. Tak tahu kenapa malas nak ambil 'port' dan akhirnya aku baru je join dalam bulan lepas.
Memang ramai dah tunjukkan bukti bayaran, tapi nak dapatkan banyak sen, kena cari refferal ramai-ramai (klik sini , register bawah aku), dan juga kita jadi ahli berbayar.
Ok, nanti aku cerita lagi. Nak kena masuk opis.
Wasalam.
Dapat lagi komisen Rezeki Ramadhan
tolong jangan klik imej
Alhamdulillah, masuk je Ramadan, dapat sikit duit poket untuk menyambut kedatangan puasa. Dapat beli kurma Yusof Taiyob beberapa kotak + isi duit minyak balik ke Muar hujung minggu lepas, dan ++.
Setakat ni, ini merupakan antara affiliate yang memberi komisen yang agak besar, pernah aku terima untuk setiap satu jualan. Kali ni, aku berjaya mendapat 2 jualan. Terima kasih buat Panduan Jahit Baju Kurung yang membayar komisen affiliate, sehari sebelum puasa bermula.
Pada aku, ebook yang dihasilkan memang berbaloi untuk dimiliki. Apatah lagi jika anda bercita-cita atau mempunyai hasrat untuk menghasilkan pendapatan bekerja di rumah samada secara part time, atau pun secara sepenuh masa.
InsyaAllah, aku akan cuba luangkan masa untuk membuat review tentang ebook ini kelak. Panduan jahit baju kurung ini lengkap dengan penerang serta panduan gambarajah yang mudah difahami.
Yang penting, rajin dan usaha. Memang skill menjahit ni boleh mendatangkan pendapatan lumayan. Mana taknya, duduk rumah, ambil upah siapkan tempahan baju kurung atau buat untuk koleksi butik sendiri. Lepas tu pasarkan samada secara offline, mahupun online (online lagi senang).
Lagi satu, kalau kita nak hantar tempah baju kurung sekarang ni, rasanya takde tukang jahit yang sanggup nak ambil tempahan. Semuanya dah 'fully booked'. Dah tak lama lagi nak raya. Jadi, kalau ada kain yang belum berjahit, kena buat sendiri nampaknya.
Apa-apa pun, terima kasih sekali lagi kepada panduan jahit baju kurung ini, sebab membuka satu lagi peluang rezeki untuk aku anak beranak. Untuk anda di luar sana, apa tunggu lagi, mulakan langkah pertama.
sambungan Setiap kali korang klik play aku dapat RM0.20 sen
Sebenarnya aku nak tulis tajuk entry sebelum ini sebagai, "HyypTV Unifi boleh tapau Astro" tapi aku memilih untuk tajuk yang lebih 'catchy' (ada kaitan dengan entry yang akan datang).
Ok, malas nak cakap banyak, mari kita bincang tentang HyppTV. Sebenarnya aku cukup suka bila Astro ada 'competition', HyppTV. Bukan apa, bila ada persaingan, pasti yang terbaik akan menang. Tak kira baik samada daripada segi harga, servis, pakej dan macam-macam lagi. Jadi, aku rasa memang HyypTV Unifi boleh tapau Astro. Harap-harap makin banyak competition untuk servis-servis besar di Malaysia.
Berbalik kepada tajuk korang klik aku dapat RM0.20 sen tu, sebenarnya tu adalah strategi 'jahat' aku, dalam mendapatkan klik untuk program says. Memang betul ada video tu pada page Unifi, tapi kecil je, player youtube tu. Bila korang klik screenshot atas ni, korang akan dibawa ke page Unifi, melalui link says.
Ok, aku sambung lain kali, kena fokus lebih untuk Google Adsense. Walau bagaimanapun, aku masih bersemangat untuk bercerita dan berkongsi idea-idea kerja sambilan, part time di rumah, untuk akan datang
Jumpa lagi.
Wasalam
Setiap kali korang klik aku dapat RM0.20 sen
Kerja sambilan dirumah tanpa modal dengan bidvertiser
Salam buat semua pembaca,
Kali ini, cerita masih lagi berkisar kepada kerja sambilan tanpa modal yang boleh dilakukan di rumah. Aku nak berkongsi program bidvertiser, salah satu program PPC, alternatif kepada Google Adsense (GA).
Walaupun ia merupakan satu sumber untuk kerja sambilan dirumah tanpa modal, medium ini mempunyai satu syarat wajib; anda memerlukan blog atau website, tak kira bahasa Melayu atau Inggeris.
Kalau korang perasan, biasanya iklan bidvertiser dalam blog ini akan keluar dalam dua bentuk, yang pertama sebagai flying pop up, dan juga iklan 'download' (atau text) di bawah kotak search google.
Program ni lebih senang approve berbanding GA, dan juga hanya memerlukan minimum USD$ 10, sebagai threshold untuk cashout melalu paypal, yang dibayar pada penghujung bulan (aku dah pernah dapat bayaran melalui paypal)
Walaupun tak segagah Google Adsense, tapi sekurang-kurangnya lebih cepat nak merasa sebab minimum payout hanyalah $10 dollar je.
Apa kata, korang cuba daftar dengan Bidvertiser ni, dan lihat hasilnya dalam masa sebulan. bagi yang belum pernah merasa USD, inilah peluangnya dengan hanya buat kerja kerja part time.
All the best ok!
Kali ini, cerita masih lagi berkisar kepada kerja sambilan tanpa modal yang boleh dilakukan di rumah. Aku nak berkongsi program bidvertiser, salah satu program PPC, alternatif kepada Google Adsense (GA).
Walaupun ia merupakan satu sumber untuk kerja sambilan dirumah tanpa modal, medium ini mempunyai satu syarat wajib; anda memerlukan blog atau website, tak kira bahasa Melayu atau Inggeris.
Kalau korang perasan, biasanya iklan bidvertiser dalam blog ini akan keluar dalam dua bentuk, yang pertama sebagai flying pop up, dan juga iklan 'download' (atau text) di bawah kotak search google.
Program ni lebih senang approve berbanding GA, dan juga hanya memerlukan minimum USD$ 10, sebagai threshold untuk cashout melalu paypal, yang dibayar pada penghujung bulan (aku dah pernah dapat bayaran melalui paypal)
Walaupun tak segagah Google Adsense, tapi sekurang-kurangnya lebih cepat nak merasa sebab minimum payout hanyalah $10 dollar je.
Apa kata, korang cuba daftar dengan Bidvertiser ni, dan lihat hasilnya dalam masa sebulan. bagi yang belum pernah merasa USD, inilah peluangnya dengan hanya buat kerja kerja part time.
All the best ok!
Bayaran pertama Jobdirumah
Alhadulillah, rezeki.. tu yang mampu aku ucapkan. Bukan niat untuk menunjukkan kehebatan, atau berasa riak. Sekadar berkongsi pengalaman bekerja di rumah, bagaimana wang boleh masuk ke kantung hanya dengan melakukan kerja-kerja part time, secara sambilan.
Semuanya hanya dari rumah , bukan sewenang-wenangnya buat kerja luar di pejabat., (please don't treat your boss' office like your own house).. Keberkatan yang kita cari, keredhaan yang kita tagih, halal dan toyibah wajib dicari. Gunakan masa anda yang dibayar untuk bekerja buat kerja-kerja yang diamanah.
Ok, cukup tazkirah @ bebelan aku. Antara sebab utama aku menulis kali ini, adalah sebagai salah satu cara (method) untuk memperkayakan keyword cari kerja part time, kerja di rumah, kerja kosong, dan juga kerja online.
Semua orang dah maklum, zaman sekarang ramai yang memerlukan kerja sambilan, tak kira samada melakukan kerja dari rumah atau pun melakukan kerja part time pada malam hari, atau hujung minggu. Bagi aku, aku memilih untuk membuat kerja di rumah secara online. Dan makin hari makin selesa dengan membuat kerja sambilan tanpa modal.
Suatu masa dulu, aku kena keluar rumah mencari rezeki di pasar-pasar malam, pasar tani dan ekspo. Kemudian fasa seterusnya aku masuk pula bekerja kolar putih di pejabat. Tapi kerja kuli, biasalah kena maki dan diherdik bos yang suka buat 'semak' kepada anak-anak buahnya. Sudah menjadi adat, kuli tetap kuli, bos is always right. Tapi kalau bos baik hati, buat bodo dengan karenah anak-anak buah, jangan pula kita pijak kepala dia. Beruntung dapat boss yang baik hati!
Kini, aku semakin kuat berangan kerja sendiri semula, buat kerja dan jana pendapatan dari rumah. Seronok dan puas hati dapat tengok anak hampir sepanjang masa (cover line tak sebut isteri). Sapa tahu, kalau ajal tiba-tiba menjelma, sekurang-kurangnya anakku dah puas menatap wajah ayahnya.
Rezeki kita, Allah dah tentukan, banyak atau sikit, bersyukur dan redha. Kerja makan gaji ke, atau kerja sendiri, pun dah tertulis. Tak perlu merungut apatah lagi mengeluh. Doa dan usaha, Insyaallah ada balasannya.
Wasalam.
Lupakan contest Eyriqazz vs Denaihati
Dulu, aku lebih mengutamakan ebay berbanding blogging. Kenapa? Sebab ebay merupakan lubuk utama aku untuk pendapatan kerja part time di rumah. Dengan ebay, aku menjual produk sendiri, dan juga bergelumang dengan dropshipping.
Tapi, langit tak selalu cerah.. aku kena 'banned' sebab menjerumuskan diri dengan ebay dropship tanpa ilmu yang mendalam, apatah lagi tanpa bimbingan seorang guru..
Lama aku menderita sengsara. Punca pendapatan utama aku untuk kerja part time online hilang lenyap ghaib ditelan angin lalu... Status power seller yang aku agung-agungkan lenyap dimamah mimpi ngeri. Aku fobia, aku cuci tangan terus daripada ebay.
Jadi, sekarang, aku nak bertempur semula, masuk medan ebay dengan lebih yakin dengan ilmu dan panduan. Persiapan mental perlu aku kuatkan. Perasaan serik aku buang jauh-jauh. Hati kering, aku semat semula dalam hati..
Tapi, kali ni aku tak mau pergi berjuang dengan tangan kosong. Aku kena siapkan ilmu di dada. Strategi perlu diatur, rujukan yang betul, perlu aku jadikan pedoman. Aku harap panduan Rempit eBay version 2 ni dapat menjelmakan impianku. Aku nak mimpi indah semula..... amin.
Kerja part time di rumah vs Kerja sambilan di rumah
Kerja part time di rumah vs Kerja sambilan di rumah. Apa beza kedua-duanya? Mungkin sekali tengok sama, lepas diamati, lain sedikit. Tapi ni tak lain tak bukan terpengaruh dengan cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati.
Ok, tu hanya pembuka bicara, atau 'warm up lap' sebelum aku cerita lebih lanjut tentang entry kali ini.
Semenjak dua menjak, blog ini dihujani dengan keyword-keyword begini;
- kerja di rumah
- kerja sambilan di rumah
- kerja sambilan rumah
- kerja sambilan di tumah
- kerja sambilan menulis artikel
- kerja part time
- kerja part time di rumah
- kerja part time di rumah 2012
- kerja part time malam
- kerja part time di malaysia
- kerja part time yang menarik
Aku akui, aku sendiri memang membuat kerja-kerja sambilan dirumah (online) seperti menulis artikel / advertorial (tak pernah dapat daripada Nuffnang), google adsense, bidvertiser, dan pelbagai lagi - [semuanya ini daripada blog]. Sumber-sumber lain kerja part time di rumah pula adalah daripada affiliate, says, churpchurp, dan juga kedai online (hmmm apa lagi ek? kalau aku ingat aku akan tambah).
Dalam senaraian yang buat di atas tu, ada yang bagi sikit ciput, ada yang sedang-sedang dan ada juga yang boleh tahan. Tapi setakat ni aku belum pernah dapat yang betul-betul 'wow!!! kebaboom!' Mungkin akan datang aku akan dapat job di rumah yang betul-betul masyuk satu hari nanti?
Sebelum keyword-keyword ini meletup, blog ini lebih kerap dihujani carian gambar fasha sandha mandi dan juga keyword cara membuat syabu ice. Jadi aku rasa tak lama lagi benda-benda tak berfaedah ni akan lenyap dilupakan. Baik fokus pada benda yang boleh mendatangkan faedah dan RM pada kita, betul tak?
Untuk yang sedang mencari-cari peluang mencari pendapatan sambilan dari rumah, apa kata cuba mendaftar dengan jobdirumah. Tak perlu kelulusan tinggi, apa yang perlu hanyalah:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham Bahasa Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Jadi, apa tunggu lagi. Klik sini untuk dapatkan maklumat selajutnya, atau klik banner di atas. Setiap kejayaan memerlukan usaha, mungkin ini batu loncatan untuk korang pergi lebih jauh? Semoga berjaya!
Wasalam
Subscribe to:
Posts (Atom)














