Showing posts with label seo. Show all posts
Showing posts with label seo. Show all posts

2 blog aku dah kena Tamparan Google Penguin Algoritma



Mengikut bacaan dan rujukan aku di Anak Ulu Cheka;


Google Penguin adalah codename update algoritma Google yang telah diumumkan pada 24 April 2012. kemas kini ini bertujuan untuk mengurangkan kedudukan enjin carian laman web yang melanggar Garis Panduan Webmaster Google dengan menggunakan (black hat) atau hitam topi SEO teknik seperti keyword stuffing, cloaking, participating in link schemes, Salinan Copy Paste, dan lain-lain.
Fokus utama Penguin adalah backlink dan cara di mana laman web mendapatkan link juice (jus pautan) untuk meningkatkan PageRank. Khusus, Penguin meletakkan lebih penekanan kepada reputasi dan kualiti tapak yang yang menghubungkan domain khusus anda bukannya bilangan pautan yang titik ke arah anda.
Asal usul Google Penguin ini adalah makin banyaknya laman, blog, web yang isinya berisi SPAM (web SPAM) dan mengakibatkan search engine google tidak berminat lagi untuk memaparkan hasil pencariannya. Selain itu Google Penguin juga akan mengesan dan memberi hukuman kepada laman atau blog yang berpotensi menjadi sampah dalam search enginenya. Dengan munculnya Google Penguin ini membuat banyak trafik blog akan menurun dan sebaliknya ada yang meningkat pula.

Baca penerangan penuh di AUC 



Aku yakin blog aku ni dah kena tampor untuk Google Penguin sebab  dah hilang beberapa keyword organik. Blog lagi satu, pun rasanya dah kena tampor beberapa bulan lepas..

Rugi hilang trafik dan rugi sumber backlink kepada affiliate.. Hmm takde rezeki nampanya.

Ada tips macamana nak pulihkan balik blog daripada tamparan google penguin ni?


p/s - isteri baru masuk wad petang tadi, berjaga-jaga mungkin kena induce (due 09/08/2012), sebab kencing manis.

Blog uncle seekers 2012 kat mana nak tengok?



Untuk minggu ni, keyword blog uncle seekers dan juga uncle seekers 2012 sedang meletup-letup, berbanding keyword  Eyriqazz vs Denaihati 


Sebab apa?


Ini brader (uncle seekers) sudah bikin panas. Dia sudah pun ditangkap (boleh google sendiri), tak salah aku, dia kena tangkap di tol Senawang, Negeri Sembilan.





Ada 64 episod (blog entry) yang ditulis Uncle Seekers 2012 berkenaan Sultan Johor. Tapi, kalau korang pergi ke http://uncleseekers.blogspot.com/ , yang pasti blog tersebut sudah hilang.. tak tahu sapa yang remove. Samada google, atau wemaster expert atau pun hackers. Yang korang akan nampak kalau guna chrome, adalah macam ni:



Tapi kalu korang nak tengok juga, biasanya masih boleh. Cara paling senang nak tengok blog uncle seekers 2012 adalah dengan klik link 'cache' pada ayat (tengok screen shot), "Access a cached copy of uncleseekers.blogspot.com"


Ataupun, korang boleh guna alternatif link, extension belakang tu dengan apa-apa sahaja negara, selain blogspot.com, contohnya;


http://uncleseekers.blogspot.jp/
http://uncleseekers.blogspot.kr/
http://uncleseekers.blogspot.in/


Lepas tu, bolehlah baca entri panas blog hina Sultan Johor dalam blog dia... Nasihat aku, jangan mudah percaya apa yang ditulis, sebab yang ditulis adalah daripada satu pihak sahaja, sedangkan uncle seekers ni belum tentu boleh dipercayai 100% kesahihan cerita dia.. (serius aku menyesal tengok cerita dia (misteri istana lama.. err misteri penunggu istana)) kat panggung tahun lepas.. hampeh.

Eyriqazz vs Denaihati tergelincir

gambar takde kena mengena langsung dengan cerita...




Salam 1Malaysia, 1Dunia dan 1 Universe


Macam biasa, kalau blogger separuh masa tak update entri, alasan sibuk dan kekangan masa akan diberi. Sama juga macam aku dan itulah benda yang membataskan aktiviti aku untuk update dan mengekalkan kedudukan SERP, entry  Eyriqazz vs Denaihati


Dalam 2-3 hari yang lepas, aku rasa selesa sebab entri  Eyriqazz vs Denaihati  dalam blog ini, berjaya mengekalkan momentum di muka pertama google.com.my. Ada hari yang terkebelakang, masuk muka kedua, dan kadang-kadang dapat menyelit menempatkan diri pada senarai pemenang pertandingan SEO Eyriqazz vs Denaihati muka pertama.


Aku apa lagi, merasa juga jantung berdegup kencang hatta kedudukan yang nampak ensem ni. Dalam pada sibuk-sibuk ayam ni, aku tak update langsung blog, tak juga buat blogwalking, tak menjawab segala komen yang masuk blog ni.


Apa yang aku buat dalam 2-3 hari yang lepas hanyalah monitor beberapa blog yang melonjak naik ke muka pertama, dan cuba korek apa yang mereka ada.. Tak banyak, tapi dapatlah sikit ilmu yang mereka aplikasikan kepada untuk melonjak naik bagi keyword Eyriqazz vs Denaihati.




Tapi hari ni, entri  Eyriqazz vs Denaihati tergelincir ke muka 4 @ empat ... adussshh.. 




Dalam pada sibuk-sibuk ayam nilah juga, aku monitor keyword kerja sambilan di rumah , dan baca preview ebook rempit ebay v2.  Alhamdulillah dah nampak hasil bagi jobdirumah, dan juga kerja part time jahit baju kurung. Cuma rempit ebay v2 je yang belum berjalan, baru merangkak.

Sebenarnya aku dah lama 'give up' dengan bisnes affiliate sebab asyik tak dapat apa-apa je. Tapi sifu aku buka semula 'mindset' aku dan tunjukkan jalan alternatif bagi mempromosi bisnes affiliate. Tak sia-sia aku baca entri mengarut makan cendol dan Ain Maisarah. Sekarang di tambah pula dengan Fatin Yayana, Tasha Manshahar dan Ainan Tasneem. 


Takpe, SEO contest ni, kalau tak menang, aku cukup setuju dengan pendapat sifu aku, aku belajar banyak benda yang kemudiannya boleh aku aplikasi kepada pelbagai perkara di kemudian hari.


Terima kasih cikgu.

Eyriqazz vs Denaihati vs Azrijohan

screenshot curi Eyriqazz vs Denaihati vs Ciktom (serius malas nak buat sendiri)


Sedang orang lain sibuk pancing keyword Eyriqazz vs Denaihati, mucul pula keyword Eyriqazz vs Denaihati vs Ciktom. Tapi pagi ni, aku rasa keyword ni pula yang muncul, Eyriqazz vs Denaihati vs Azrijohan yang seronok untuk aku 'highlight'.

Memang sebelum ni, Azrijohan mengugguli tempat pertama carian keyword Eyriqazz vs Denaihati, untuk beberapa hari kebelakangan ni. Manakala berderet-deret Ciktom mengisi slot untuk kedudukan muka pertama, kedua, ketiga SERP Google. Peserta lain hanya menyelit sikit-sikit dapat tunjuk muka.

Hari ini, blog Azrijohan ni dah mula lepak dalam muka pertama google. Perghh, ini mamat sudah keluar taring. Dasat! Aku tak tahulah ilmu cendol mana yang merasuk Azrijohan dengan Ciktom ni. SERP menunjukkan  mereka yang menduduki muka pertama google, sedikit sebanyak menjatuhkan moral para peserta lain. Mana taknya, semua diaorang tapaw...

Tapi.... jangan putus asa kawan-kawan. Kita slow talk dulu dengan guggel.. Mana tau dia mau dengar cakap kita. Slow-slow kita masuk jarum.. hari-hari mau pancing... Man-man mau cucuk..

.........
........
.........

.......

Apa aku melalut ni.....

END



Contest Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati

Eyriqazz vs Denaihati

Assalamualaikum wbt buat semua pembaca.

Entri yang aku tulis ini tak lain dan tak bukan, sebagai menyahut cabaran memeriahkan cabaran contest SEO Eyriqazz vs Denaihati, yang kini sedang mula menjadi bualan dan idaman blogger se Malaysia. Ramai yang mengidamkan tahta tempat teratas untuk menduduki SERP 'muka pertama' google. Mana taknya, hadiah yang dipertandingangkan (RM) makin meningkat saban hari.

Aku, sebagai seorang yang sukakan cabaran, memang menjadikan contest sebagai hobi, dan juga pendapatan sambilan bekerja dari rumah. (Contest juga dah banyak berikan aku pendapatan rezeki tambahan, sejak mula menceburi dunia blogging).

Ok, cukup aku melalut, 'straight to the point'. Pada aku Denaihati dan juga Eyriqazz masing-masing ada kekuatan tersendiri dalam dunia blogging. Paling aku pasti, kedua-duanya berjaya menghasilkan pendapatan melepasi 4 angka setiap bulan, hanya daripada blog berbahasa Melayu mereka. Tak timbul persoalan Eyriqazz vs Denaihati, pertarungan antara anak murid dan sifu.

Nampak seronok bila sebut 4 angka tapi percayalah, semua itu bukan dikecapi dalam masa setahun, apatah lagi sehari. Semuanya hasil kerja keras Eyriqazz dan juga Denaihati dalam menjenamakan blog masing-masing. Aku suka pepatah "Rome wasn't built in one day", yang boleh diterjemahkan sebagai sesuatu empayar yang besar, bukannya siap terbina dalam masa sehari.


Aku akui bukannya pakar dalam bidang SEO ini, tapi aku bukannya jenis orang yang kalah sebelum bertanding. Kalah ke, menang ke, cuba dulu, kita lawan sampai ke titisan darah terakhir penghujung garisan. Usaha mesti kena lebih, tak kiralah apa skill atau jurus yang bakal aku guna. Maklumlah, sekarang ni makin ramai yang hebat dalam pencak SEO.

Jadi, aku ucapkan selamat berjuang untuk peserta-peserta cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati. Untung batu timbul, untung sabut tenggelam. Mana tau, kali ini, aku berada dalam senarai carta ulat buku pemenang?

Hmm, apa lagi mau tulis.... aku dah kena masuk beradu dulu, kepala sudah pening lalat. Kalau korang semua nak tahu, entri ini dibuat berdasarkan Contest Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati.

" Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com ditaja bersama Denaihati.com , Azri.my , Blogr.my , ziefauzi.com ,  Shakiddo.com ,  ZarulUmbrella.Com , Hatiputera.com  Papamifz.comMksyahir.blogspot.comBoladaily.com , BloggerSentral.com ,  Mysuperkids.net , Vitaminsemulajadi.comAslamber.Comhttp://kgbalimbang.blogspot.com , Ciktom.ComMuhasabahtrading.Com, dan PanduanServisBlog.Com "

Jadi, kalau rasa nak cuba ilmu di dada, masuklah gelanggang. Tak kena bayar untuk masuk, tak kena marah kalau kalah. Jom!

Lelaki kacak sponsors

Aku malas nak mengarang sebab nak kena siapkan kerja; ubah pelan shop office, buat kira-kira, naikkan 3D + design facade. Lepas tu, kena selesaikan 'design amendment' banglo Baba Nyonya Resort. Banyaklah plak, Sabtu tak kerja, tapi materials must be prepared by Tuesday.

Waktu dah lewat, dah jejak 12 tengah malam Sabtu.. adoii, bila nak balik rumah ni.

Jadi aku tak nak buang masa, aku update pula nama-nama penaja seo Lelaki kacak:

Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh 


SEO Apps,
Bluedianthus.com
Muaz Lelaki Kacak
Ohcikgu.com
BloggerWanita.com
Cyza Sector
LelakiAcai.com 
Sabreehussin dot com
Abrablog.com 
AhmadFaizal.com.

SEO lelaki kacak

cilok screenshot cabaran SEO lelaki kacak 2012


Nampaknya Titan sedang menganjurkan pertandingan SEO berprestij, untuk keyword lelaki kacak. Cabaran SEO lelaki kacak 2012 ni aku jamin akan menarik ramai blogger untuk beradu kekuatan skill SEO masing-masing.

Bagi yang terer, segala jurus lelaki kacak pasti akan keluar. Bagi lelaki yang kurang kacak, atau kacak-kacak ayam, mungkin 'try and error' atau hantam saja. Mana tau nasib baik keluar muka pertama google SERP.

Aku kategorikan diri aku lelaki kacak - kacak ayam, cuba jelah,  mana tahu skill menjadi. muahahhaaha..

Bukan senang nak menjadi lelaki kacak di mata gadis-gadis di luar sana. Ada lelaki kacak di mata gadis bila mereka hensem macam Brat Pitt. Ada pula lelaki kacak pada pandangan mata gadis bila mereka memandu kereta mewah, BMW M3. Lelaki juga boleh nampak kacak di mata wanita bila memiliki rumah sendiri dan berpendapatan 4- 5 angka sebulan. Mungkin juga tergolong 10 blog lelaki kacak sudah memadai untuk langkah pertama.

Jadi, kita di tahap lelaki kacak yang mana? Korang pilih nak jadi lelaki kacak yang mana?

Entri ni aku buat sekadar pemanas badan, belum lagi masuk pusingan kelayakan olimpik Cabaran SEO lelaki kacak 2012.




Berakhirnya episod Lelaki Kacak

Artikel memilih coli seperti memilih suami

Ramai orang menyebut coli dan tak kurang juga memanggilnya 'bra'. Kalau tanya orang lelaki, ramai yang tak ambil tahu dan tak ambil pusing langsung saiz, warna, jenis atau cup milik isteri mereka.

Tapi jangan salah anggap, ada juga yang lelaki yang 'expert' dalam pemilihan coli wanita. Apatah lagi yang 'high taste', berselera tinggi.

Kalau dulu, ramai yang cuba mengintai gambar cctv pilih coli, tapi kali ini pula, entri ini bukannya bertujuan melucah. Aku sekadar cuba mendalami keyword "artikel memilih coli seperti memilih suami" yang tiba-tiba muncul dalam analitics Nuffnang.

Aku Pemenang Pertandingan Pengalaman kena denda di sekolah

Pengalaman kena denda di sekolah mungkin juga perkara yang biasa bagi para pelajar lelaki di sekolah rendah. Kebanyakkannya masih dalam dunia bermain-main, mengacau dan mendengki satu sama lain. Tapi tu semua tak bererti budak-budak yang selalu kena denda di sekolah ni tak pandai dan tiada potensi untuk cemerlang suatu hari nanti.

Pengalaman kena denda di sekolah juga merupakan salah satu perkara yang berlaku padaku sepanjang  persekolahan menengah dan rendah. Aku mas di sekolah memang bukan baik tahap malaikat, tapi takdelah terlalu jahat macam iblis laknat.

Ada beberapa pengalaman kena denda di sekolah yang masih aku boleh ingat sampai sekarang manakala yang lain-lain tu, kena ambil masa sikit nak ingat semula. Maklumlah umur sedang menghampiri era 40 dalam masa beberapa tahun lagi.

Ok, berbalik semula kepada tajuk Pengalaman kena denda di sekolah. memang aku tak terkecuali terjebak, baik di sekolah rendah, mahupun sekolah menengah. Oleh kerana memori aku kurang baik untuk 'track' setiap peristiwa didenda. Maka aku akan ceritakan mana yang sempat tanpa mengikut turutan tahun.

Antara pengalaman kena denda di sekolah yang paling aku tak dapat lupa adalah:

1. Aku kena denda menyanyi dalam kelas Bahasa Melayu, Cikgu Zanariah Abdul, sambil beliau mencubit-cubit seluruh badan aku yang sasa di depan kelas. Aku ingat lagi lagu yang aku nyanyi tu, lagu hari raya P.Ramlee (tapi bukan dendang perantau). Aku tak dapat pastikan apa kesalahan aku waktu tu.

Walaupun waktu tu aku di tingkatan 5 (dan menjawat jawatan pengawas), aku masih ada perwatakan nakal dan suka buat lawak bodoh. Tapi, aku tabik dan 'salute' pada cikgu Zanariah kerana masih sabar dan sanggup melayan karenah kami. Dan berbaloi aku rasa kena cubit tu sebab aku berjaya dapat gred yang cemerlang untuk subjek Bahasa Melayu SPM.

2. Pengalaman kena denda di sekolah beramai-ramai satu kelas sebab main lastik-lastik peluru kertas (guna getah gelang @ rubber band sebagai 'launcher'). Yang ni memang zaman 'honey moon' (form 4).

Paling aku rasa tak boleh blah sebab waktu tu aku ketua tingkatan dan juga pengawas. Patutnya aku jaga keamanan dan kesejahteraan ummat. Ni tidak, aku jadi hantu! Memang cari nahas bila 'kantoi' dengan cikgu yang baru masuk kelas untuk subjek seterusnya... hehehe,  kami semua kena denda, dan rasanya semua budak-budak lelaki terbabit.

Ada beberapa lagi pengalaman kena denda di sekolah yang aku nak kongsikan di sini tapi nampaknya keadaan tak mengizinkan. Sebab? Kejap lagi tamatlah tempoh untuk pertandingan Pengalaman kena denda di sekolah yang dianjurkan oleh Titan.

Harap-harap entry ni dapat masuk muka pertama carian google untuk keyword pengalaman kena denda di sekolah.

Wasalam.

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh
AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma
Contengconteng.comLelakiAcai.comOhbuku
 Abrablog.com dan PanduanTNX.com

Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah Kerjaya lepasan SPM arkitek atau jururawat


Bla keputusan SPM keluar, berbondong-bondong dan berduyun-duyunlah para pelajar, muda-mudi, belia lepasan sekolah memohon kursus pilihan masing-masing..... (atau ikut ketentuan mak bapak?)

Sebenarnya untuk kerja kosong sebagai jururawat (kerajaan / swasta),  peluangnya sangat luas. Tapi untuk kerja arkitek pula, kekosongan tetap ada, cuma.... ada bran ke bila tengok gambar di atas.. hehehehe ??.

Entry ini sebenarnya aku tulis dalam keadaan penat, tapi tak boleh tidur. Jam sekarang sudahpun menunjukkan 3.37am. Perasaan di hati, nak cuba nasib masuk pertandingan Cabaran SEO dalam Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah.

Tajuk atau keywords yang dipertaruhkan :

Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Aku tak pasti aku cukup gagah untuk membuat entri sebenar lepas ni. Mungkin juga esok aku akan sambung. Yang pasti, aku baru tengok SERP google.com.my, ada 33,000 + results untuk keyword Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Dahsyat dan tabik spring untuk pemenang tempat pertama. Sebabnya, aku memang tak layak lagi untuk bergelar master of SEO..

Ni pula amran daripada Encik Titan:

Amaran, sila update senarai barisan penaja yang menaja pertandingan kali ini. Kalau tak ada satu pun nama penaja dan link penaja tersebut, kebarangkalian untuk tidak menang adalah tinggi. 
Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma,Contengconteng.comLelakiAcai.comOhbukuAbrablog.com dan PanduanTNX.com

Aku rasa aku mengantuk, so, nak tido dulu.

wasalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...