Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Ngeri dengan isu ayam halal


Sekarang kita digemparkan dengan isu ayam tak halal serta isu logo halal yang meragukan di pelbagai premis, terutama di kopitiam-kopitiam terkemuka, mahupun pusat penyembelihan.

Terdapat juga pasaraya yang tak lepas daripada isu ayam tidak halal. Pasaraya terkenal dan mempunyai kredibiliti yang dipercayai pengguna Muslim, tercalar akibat ayam yang dijual diragui kesahihan status halal.

Main bedal je orang kita sekarang ni. Nampak cantik sikit kopitiam tu, redah masuk. Nampak stylo pun ye, nak guna wifi sambil usya  awek dalam facebook pun ye. Kalau jadi pengunjung bertuah, dapat nikmati mee goreng kaki katak. Hati kita jadi gelap kalau makan barang yang tak halal beb. Pasal tu susah sangat nak mengaji (baca quran), apatah lagi menghafalnya. Sendiri mau ingat.

Apa yang penting, berhati-hati dan cubalah lebih perihatin.

Buat duit RM1.6 Juta daripada Ayam Tidak Halal

Main-main diaorang ni dengan isu halal. Ambik ko TESCO, sendiri mau ingat la. Isu makanan halal sangat sensitif untuk penganut agama Islam. Jangan ambil mudah, RM1.6 juta kalau kena bayar, letih juga TESCO, walaupun diaorang untung setahun lebih dari tu.



31 Mei, 2010 17:59 PM

Peniaga Saman Tesco RM1.6 Juta Kerana Jual Ayam Tidak Halal

PULAU PINANG, 31 Mei (Bernama) -- Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya Isnin memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.
 Bacaan lanjut di BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...