Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Rahsia dapat banyak BE Nuffnang



Salam 1Malaysia buat anda semua.

Hari in aku dalam mood bermalas-malas, melepaskan lelah karenah cuti sekolah dan aktiviti kenduri kahwin. Hajat dihati nak pergi menderma darah di karnival Jom Layan Orang Muda, tapi cuaca nampak terlalu panas, tambahan pula baby AmmarZakwan kurang sihat.




..                                 ...  nah amiklah RM100,000                                 ..





Hari ini tercetus untuk idea untuk berkongsi screenshot terkini BE Nuffnang yang aku dapat untuk 2 blog. Kalau entri sebelumnya aku tunjukkan BE Nuffnang untuk Non-Glitterati a.k.a "geli-geli". Sebenarnya screenshot tersebut adalah BE untuk bulan Oktober 2012, ketika aku hilang status geli-geli.

Berbalik pada tajuk entri untuk Rahsia dapat banyak BE Nuffnang, aku jujur memang takde rahsia dan tak tahu apa-apa formula untuk dapatkannya. kalau korang ada tips atau rahsia, bolehlah kongsikan kat bawah ni.

Kalau dah masyuk dan kencang pendapatan Nuffnang ni, memang aku resign, kerja dari rumah saja.

p/s - Jemput anda semua untuk sertai Contest Giveaway 'kacang'..


Fara Fauzana masuk blog aku

Ya, memang betul Fara Fauzana masuk blog aku. Aku mula-mula tak perasan dan mungkin dah banyak kali dia masuk blog aku yang tak 'femes' ni.

Aku mula tersedar Fara Fauzana masuk blog aku hari ini. Bila aku tengok, dia ada juga pesan sesuatu pada aku....


Pilihan 'Perfect!' , Kao Laurier facebook.. ultra nipis, hiper serap dan senang dicuci....... ooohhh tuala wanita rupanya..


Sorrylah der, sebenarnya bukan Fara Fauzana masuk betul-betul, cuma iklan Nuffnang je yang sekejap muncul, sekejap hilang...

Ok, jangan marah aku ok, saja je buat 'hype' kat blog. Kalau tak, takde sapa nak baca blog aku ni. Tapi tu semua bukan isu besar untuk hari Sabtu ni.

Isu yang sedang hangat, dah semestinya Bersih 3.0. Aku tengok sebahagian page yang aku like / kawan-kawan aku dalam fb dah mula share gambar-gambar Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, KL sejak malam tadi. Maknanya dah ramai yang pro Bersih 3.0 mula berkumpul , dan pihak polis serta FRU dah start kena kerja overtimeee!!!

Setahu aku, ada 11 tempat perhimpunan Bersih 3.0 di seluruh Malaysia + beberapa bandar utama dalam dunia ni turut dijadikan pusat perhimpunan. Tapi aku tak terlibat dalam perhimpunan ni. Aku ada perkara yang lebih penting untuk dilaksanakan pada hari ini dan juga esok.

Aku harap perhimpunan bersih 3.0 ini berlangsung secara aman tanpa melibatkan kekerasan dan juga rusuhan. Harap-harap mereka yang berhimpun serta pihak polis dan FRU jangan mengasari satu sama lain. Gunalah akal yang ada, jangan terlalu emo.

Jangan jadi timun dengan durian, kena gelek kalah, menggelek pun tak menang.


BE Nuffnang dan Tiket movie Dr. Seuss UIP The Lorax



Alhamdulillah akhirnya blog aku ni dapat juga BE Nuffnang dan tiket wayang percuma  UIP The Lorax setelah puas menanti hampir 10 tahun.

Aku juga sedang berangan bila Nuffnang nak hantar ticket wayang percuma Dr. Seuss UIP The Lorax ni.. :D

Serba ringkas tentang cerita The Lorax :


The Lorax Trailer - From the creators of Despicable Me and the imagination of Dr. Seuss comes the 3D-CG feature Dr. Seuss' The Lorax, an adaptation of the classic tale of a forest creature who shares the enduring power of hope. The animated adventure follows the journey of a 12-year-old as he searches for the one thing that will enable him to win the affection of the girl of his dreams. To find it he must discover the story of the Lorax, the grumpy yet charming creature who fights to protect his world. Danny DeVito will lend his vocal talents to the iconic title character of the Lorax, while Ed Helms will voice the enigmatic Once-ler. Also bringing their talents to the film are global superstars Zac Efron as Ted, the idealistic youth who searches for the Lorax, and Taylor Swift as Audrey, the girl of Ted's dreams. Rob Riggle will play financial king O'Hare, and beloved actress Betty White will portray Ted's wise Grammy Norma. Dr. Seuss' The Lorax is the third feature created by Universal Pictures and Illumination Entertainment (Despicable Me, Hop).

Cara membuat ice shabu

Cara membuat ice shabu atau dadah jenis batu ini sebenarnya tidak susah dan amat mudah sebenarnya. Apatah lagi jika anda mempunyai pengetahuan tentang sebatian garam dalam mata pelajaran kimia @ sains paduan.

Ada satu kes sebelum ini, berdasarkan penangkapan yang dibuat, terdapat beberapa beg guni garam urea. Tapi tak taulah macam mana rasanya kalau sedut bau baja urea secara terus (direct).


Banyak carian kedalam blog ini yang mencari maklumat tentang dadah ice, cara membuat ice shabu, dadah jenis batu, dadah jenis ice. Manakala ada juga yang ingin bertaubat atau mencari jalan mengubati anak-anak / suami / boyfriend.

Ada yang mencari 'cara pemulihan penagih syabu' dan kesan makan dadah ais (yang ni nak cuba ke atau nak tahu simptom??)

Suasana sekarang ini menampakkan gejala yang amat membimbangkan tentang penyalahgunaan dadah ice. Penyeludupan, mahupun pemprosesan di makmal-makmal haram dalam negara semakin berleluasa. Serius ini gejala ketagihan ni tak boleh blah, dah makin kronik.







Apa-apapun entri ini sekadar berkongsi screenshot untuk keyword analytics daripada nuffnang, untuk blog ini (setakat 9.00pm).



Trafik sikit pun dapat 3 buffered earning?



Salam semua,

Aku pelik, kenapa Nuffnang tak bagi buffered earning (BE) untuk blog aku yang banyak trafik, tapi bagi banyak la plak BE untuk blog ni, yang ciput trafik.

Apa-apa pun, terima kasih Nuffnang sebab sudi bagi aku duit kocek untuk pendapatan kerja part time ni.

Hmm, dah pukul 1.06am. Ngantuk nyaaaa, nak siapkan keje sikit, pastu balik umah..

babai.

wasalam

RM buffered earning, USD$ sponsored reviews

Salam byuat semua,

Hari ini aku habiskan masa dengan tidur yang agak banyak; khadaq tidur untuk hari sebelumnya sebab 'overtime' kat opis sampai pukul 5.30am.

Mengikut perkiraan, aku sepatutnya keluar mengeteh dengan Megat, Sangilapi dan Azam, namun aku terlambat   sikit aebabh diaorang baru je selesai minum masa aku sms. Jadi aku sempai pergi temankan isteri makan tomyam, dan Ahmad IQbal plak layan aiskrim float.

Sekarang plak, aku rasa teruja nak update mana-mana blog yang bersawang dan terurus. Lepas balik makan tomyam tadi, aku sempat buat satu entri untuk satu 'job' yang 'advertiser offer' lepas tengok blog travel aku yang PR 2 tu. Lama juga aku tak dapat 'offer', biasanya aku hanya dapat kerja daripada 'bid' yang aku lakukan dalam SponsoredReviews tu. Kat bawah ni 'screenshot' emel yang aku dapat. Alhamdulillah, dapat aku USD$ 15 (aku punya akaun 50-50, kongsi dengan SponsoredReview)

Kalau nak jana wang part time dengan blog, boleh register sponsoredreview guna link refferal aku ni.

Jadi, kalau korang nak buat kerja part time kat rumah (dan ada blog bahasa Inggeris), bolehlah register dengan sponsored review. Kalau PR tinggi, lagi tinggi korang boleh letakkan nilai (USD) blog tu, untuk advertiser beli slot entry post atau link.



Untuk Nuffnang plak, ramai juga yang mengeluh sebab takde BE (buffered earning). Aku akui juga, sebab untuk blog aku yang ada trafik tinggi memang kurang dapat BE, hinggakan aku tukar kepada advertlets sebab nak eksperimen, earning melalui 'impressions'.

Tapi yang aku pelik sebab blog-blog yang kurang trafik macam contoh kart gambar atas ni, selalu juga dapat BE, tapi sendiri mau ingat. Kurang trafik, ciputlah nilai ME (metered earning) yang kita dapat.



Oklah, lain kali kita sambung lagi..

p/s ; Dah clear cek bayaran ChurpChurp aku tu, sekarang tengah nak cari jalan untuk tingkatkan pendapatan says plak.


RM12,000 pendapatan Nuffnang untuk Januari

Gambar screenshot bukti pendapatan 


Tak sangka lebih RM12,000 dijana daripada Nuffnang, hasil titik peluh menjana pendapatan daripada blog. RM1,500+ pula dijana melalui ChurpChurp. Memang nampak sukar bagi hampir kebanyakan blogger tapi itulah yang telah aku Redmummy dot com buktikan.

Bukan mustahil untuk meraih pendapatan melalui berblogging, apatah lagi untuk menyara hidup dan menjadi satu profesyen pekerjaan. Yang penting boleh baca tips-tips menarik dan mantap daripada red diva yang dah tersohor ni.

Mungkin pendedahan ini satu pembakar semangat kepada para blogger tanahair? Tak mustahil juga era anak-anak sekolah zaman ini akan menulis 'blogger' di ruangan cita-cita?

Apa pula komen anda kalau anak kita memilih blogger sebagai pilihan?

RM 5100.00 dari Nuffnang.. walla!!


Pagi tadi encik posto datang ke rumah. Aku dengan malas, menyeluk ke dalam peti surat. Hmm ada surat nipis je tertulis nama aku. Alamak, surat saman ke ni???

Dengan 'slow motion', aku buka ... jeng-jeng!!! Ada cek RM 5100.00 daripada Nuffnang! Perghh.... syok, kali kedua dapat duit iklan (tanpa unsur geng klik-klik Power Ranger.. ok!)

Alhamdulillah, sekarang Nuffnang banyak metered campaign, terutama dalam blog tudung aku. Trafik takdelah hebat sangat. Tak sampai pun 'riban-riban' satu hari. Yang penting, banyak juga organik keywords daripada google, bing dan yahoo masuk ke situ.

Oklah, nak pergi bank in cek kejap, sambil pos tudung.

Pelangsing vs cara gemuk

 Gambar kucing gemuk yang 3 kali ganda saiz emaknya!

Pelangsing = mencari petua, ubat atau cara-cara menguruskan badan dan kelihatan langsing, slim, solid serta menggiurkan jejaka suami.

Cara gemuk = biasanya orang yang kurus kering macam tak cukup makan tercari-cari petua, ubat-ubatan dan mungkin tips untuk menggemukkan badan atau mungkin untuk cepat gemuk? Lelaki kurus juga mungkin risau dengan keadaan tubuh badannya yang kelihatan tidak bermaya dan kurang menarik perhatian wanita

Herba, testimoni, sendayu tinggi, cara kurus serta ubat kurus merupakan carian utama internet bagi mereka yang bertubuh besar dan gemuk, manakala 'cara gemuk, tips gemuk, nak gemuk' pula untuk mereka yang kurus menagih BMI yang ideal.

Walau apa pun carian anda, bersyukur dengan apa yang dikurnai Allah swt. Selagi kita sihat, tidak berpenyakit dan kuat untuk menunaikan ibadah, redha dengan kurniaanNya. Kalau diizinkan, sekejap je kita boleh 'bertukarrr!! (ikut nada power rangers).

Kenapa aku menulis entry ini? Sebab sedikit sebanyak aku tersenyum tengok "Buffered Earnings Nuffnang" untuk kempen "Marie France Bodyline SS" di blog Muhasabah Trading.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...