Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Dalam hidung ada biji



Keriangan makan pizza hut pada hari Ahad lepas bertukar dari gembira dan santai kepada tegang. Ahmad IQbal dengan tak semena-mena menyumbatkan sebutir kekacang daripada 'topping' pizza, masuk kedalam lubang hidung.

Apa lagi si umi tak senang duduk, tak senang berdiri. Aku pula mencari ikhtiar terlebih dahulu dengan cuba mencari jalan membuat Ahmad IQbal bersin. Harapan aku agar kacang tersebut menyembur keluar. Puas juga kami membuatkan dia bersin, tapi tak cukup kuat untuk membolehkan kacang tersebut keluar.

Akhirnya akur dengan situasi,menjelang 10.30 malam, kami sekeluarga pergi ke hospital Muar. Nasib baik kami pergi waktu malam, suasana memang tenang, orang pun tidak ramai. Kami bergegas ke kaunter 'kecemasan' dan membuat pendaftaran. Semasa mendaftar, misi berkata, "memang biasa budak umur macam ni (+/- 3 tahun) masukkan objek dalam hidung". "Ooo", jawab aku sambil menganggukkan kepala tanda faham.

Pendaftaran tidak mengambil masa yang lama. Kemudian kami diarahkan pergi menunggu di kawasan zon KUNING, ruangan separa kritikal. Aku dan Ammar Zakwan menunggu di luar, sementara Umi dan Ahmad IQbal masuk ke dalam.

Tak sampai 10 minit mereka berdua keluar dari pintu kuning. Senyum terukir di bibir umi, semua nya selesai.


Alahmdulillah, syukur kami berjaya melepasi satu lagi ujianMu ya Allah.


Kalau ramai orang asyik memperlekeh dan mempersendakan kewibawaan hospital kerajaan, aku berpendapat sebaliknya. Doktor dan jururawat yang cekap, kelengkapan yang cukup, serta layanan yang baik, ada pada mereka. Cuma mereka juga manusia, kadang-kadang ada segelintir yang hilang sabar dengan karenah pesakit / pelawat. Bila ini terjadi, seluruh warga hospital kerajaan dipersalah. Ini tidak adil.

Apa-apa pun, terima kasih kepada kakitangan kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, yang membantu menyelesaikan masalah kami malam itu. Tahniah kerana berjaya menangani situasi cemas sebuah keluarga.


p/s - Selamat menyambut hari lahir Ahmad IQbal, dah 3 tahun dah rupanya. Teringan kenangan masa lahir dulu, memang betul-betul menguji keimanan.

2.7 kilogram 09:19pm

gambar baby belum boleh ambil, sebab dalam nursery


Alhamdulillah, isteriku telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.7kg pada 9.19pm, hari Khamis malam Jumaat 02 Ogos 2012, bersamaan 14 Ramadan 1433 Hijrah.

Kelahiran secara normal, setelah melalui proses paksaan bersalin (induce) yang dibuat lebih kurang pada pukul 3 petang hari Khamis. Tarikh dijangka bersalin sebenarnya pada 09 Ogos, tetapi atas sebab masalah kencing manis ketika mengandung, bayi terpaksa dilahirkan lebih awal.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Cuma sekarang isteri aku masih di wad hospital Melaka, manakala bayi berada ni nurseri (wad bayi). Doktor dan jururawat terpaksa memantau bayi terlebih dahulu disebabkan masalah ibu mempunyai darah A -ve (negatif), manakala bayi baru disahkan tadi mempunyai O +ve (positif), sama macam darah aku.

Ok, aku sekadar ingin berkongsi mengapa bayi terpaksa lahir awal sekiranya ibu mengidap kencing manis ketika hamil?

Menurut doktor (aku ceritakan serba ringkas), antaranya:


  • 1. Bayi akan menjadi besar dalam kandungan, ini akan menyebabkan kelahiran sukar, dengan risiko terkoyak pada ibu mengandung, dan juga patah tulang pada bayi.
  • 2. Bayi dalam kandungan telah terbiasa dengan suasana terlebih gula, pabila lahir, bayi akan stress dan mengalami kekurangan gula.



Di bawah ini fakta tentang risiko kencing manis ketika hamil



Aku sekarang kat Muar,  Ahmad IQbal kena tinggal di rumah atuk. Oklah, aku nak pergi hospital Melaka, melawat ibu dan newborn baby.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...