Entah kenapa hari Khamis lepas fikiranku agak tepu. Monitor laptop kutatap berulang kali. Jari jemari menggodek-godek menekan-nekan tetikus dan papan kekunci. Namun tak dapat aku memberikan fokus untuk mengemaskini senarai jualan produk muslimah.
Mungkin aku lama sangat terperap hampir seminggu di dalam rumah. Atau ada hari-harinya yang aku perlukan 'time-off'. Semakin aku memaksa diri membuat kerja online, semakin aku hilang punca.
Ahhh.. sakit! Apa dah jadi ni? Soal hatiku. Tup-tup, isteriku mengajak ke kedai untuk membeli roti. "Jom!", tanpa lengah, aku mempersetujui cadangannya.
Lepas mendapatkan roti, aku pun menghala ke destinasi biasa, 'port' lepak menenangkan fikiran. Tak jauh pun pantai Siring tu. Lebih kurang 2-3km dari rumah nenek Najwa di Sempang Pantai. Pantai Siring ni letaknya bersebelahan dengan Anjung Batu; salah satu jeti untuk ke Pulau Besar.
Sampai di sana, aku pun memberikan’lampu hijau’ untuk melepaskan Ahmad Iqbal bermain-main di gigi air. Bukan main kepalang seronoknya. Terkekek-kekek dia melarikan diri dari gelombang ombak.
Yang pasti air liur akan meleleh ‘show’ dengan perkara yang menarik fokusnya. Aku melayankan sahaja karenahnya. Sesekali, aku merenung ke Pulau Besar yang pada mata kasarku, kurang 10km jarak dari pantai.
Lapang sungguh dadaku. Tenang buat seketika merenung kebesaran ciptaan Allah swt.
Syukur aku padaNya kerana masih lagi dapat menikmati nikmat hidup. Yang pasti, seluas laut mata memandang, sebesar itulah harapanku pada Ahmad Iqbal dan Adam Harith.
Moga kedua-keduanya menjadi anak-anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat. Amin.
Perkongsian yang dipanjangkan melalui media sosial. Sekiranya anda adalah tuan punya artikel asal, tinggalkan komen pada ruangan komen untuk pemberian kredit.
Showing posts with label adam harith. Show all posts
Showing posts with label adam harith. Show all posts
Bila si kecil menangis...
"Huwaaaaaaaa..... huaawaaaaaaaaa..... huawwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..."....
"Diam! Diam! ", kata si umi.
"Huwaaaaaaaa..... huaawaaaaaaaaa..... huawwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..."
"Diam! Diam! ", umi mula mengeraskan suara.
"isk.. isk.. isk...", tangis si kecil mula reda.
Itu yang aku saksikan dari jauh, si ibu memarahi anaknya kerana menangis. Tangisan anak dimatikan dengan kekerasan kuasa veto si ibu. Terbantut niat si anak menagih simpati. Terbuku jauh dalam sudut hati kecilnya.
Menurut pakar (Dr. Fadzhilah), anak menangis keran meluahkan perasaannya. Itulah cara mereka melahirkan emosi. Aku amat-amat bersetuju dengan perkara ini.
Menangis bagi kanak-kanak melahirkan emosi mereka, samada sedih, takut atau memberontak. Bagi kita pula, menangis dapat meredakan ketegangan, apatah lagi ketika kecewa, berputus asa dan lemah tak berdaya.
Jika anak-anak kita menangis, biarkan mereka melahirkan perasaan mereka. Apa yang perlu, pujuklah dengan akal dan kebijaksanaan kita. Bukan memarahi menyuruh mereka DIAM! Kalau kita asyik mematikan dengan kekerasan, dikhuatiri mereka akan mempunyai seakan 'dendam', tidak puas hati, sebab ada perkara yang terbuku dalam jiwa. Kelak lahir 'jiwa kacau' atau 'remaja nakal' bila mereka meniti usia remaja dan dewasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)