Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts

Petua Hamil



Ada pasangan yang berkahwin masih belum dikurniai cahayamata. Kadangkala ada yang mencecah lebih daripada 5 tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat rezeki dikurnai zuriat.

Sememangnya ini amat merisaukan pasangan terbabit. Mana taknya, rumah pasti terasa sepi tanpa penyeri, tangisan dan gelak tawa seorang bayi.

Ramai pasangan mencari-cari petua hamil, atau mungkin juga petua cepat mengandung. Memang  beberapa tahun menjejaki gerbang perkahwinan tanpa sebarang tanda-tanda kehamilan pasti mengundang gusar. Namun, semuanya urusan Allah swt, yang mengizinkan terjadinya sesuatu perkara.

Walau bagaimanapun, kita perlu berusaha dan berdoa untuk hamil, seterusnya mendapat zuriat. Ada pelbagai cara, tips dan petua untuk kita berusaha. Yang pasti, seharusnya kita mencari dan mengamalkan petua hamil menurut islam, atau lebih tepat lagi, tidak menyalahi undang-undang dan peraturan Islam.

Untuk itu, apa kata kita teliti sebahagian tips, panduan dan petua hamil dalam ebook 'Rahsia Mudah Hamil':



Strategi 1:Bagaimana Mengenalpasti Dengan Tepat Hari-hari Subur Anda Untuk Meningkatkan Peluang Kehamilan.



  • Kaedah 1: Mengenalpasti hari-hari subur dengan kaedah kalendar. Ah..ini semua orang dah tahu. tapi adakah anda benar-benar faham kaedah ini? Tanpa pemahaman yang betul, ia bukan dapat membantu meningkatkan peluang kehamilan, tetapi merendahkan lagi pelang anda untuk hamil. Tapi, kami ada formula kami sendiri. Melalui formula ini, salah faham tersebut dapat dielakkan.
  • Kaedah 2: Kaedah BBT. Kebanyakan anda baru dapat tahu teknik ini melalui ebook percuma kami. Kami sudah terangkan langkah demi langkah.
  • Kaedah 3: Pada hari-hari subur, terdapat sejenis cecair yang dirembeskan dari faraj. Kami tunjukkan langkah demi langkah secara praktikal bagaimana untuk mengenalpasti cecair ini.
  • Kaedah 4: Hanya masukkan jari ke faraj dah boleh tahu bila hari-hari subur. Bagaimana tu? Ia perlu dilakukan dengan teliti. Apa yang perlu diperhatikan? Bila? Kami jelaskan dengan terperinci secara praktikal.
  • Kaedah 5: Tahukah anda, dari air kencing juga kita boleh dapatkan petunjuk hari-hari subur?
  • Kaedah 6: Bagaimana mengenalpasti tahap kesuburan dari air liur. Air liur? Ini kaedah dapat dari bomoh ke? Oh..tidak. Ini adalah satu penemuan saintifik yang terkini.
  • Kaedah 7: Orang Jerman memanggilnya sebagai Middle Pain.
  • Kaedah 8: Tanda ovulasi juga boleh dikesan dari payudara? Bagaimana tu?

Banyak lagi....



Strategi 2:Kaedah Pemakanan



Pemakanan Yang Baik Untuk Kesuburan

Pemakanan Seimbang

  • 4 jenis vitamin yang baik untuk kesuburan. Tetapi ada salah satu satu jenis vitamin dengan cara pengambilan yang salah, ia memberikan kesan sebaliknya.

  • Ais krim untuk kesuburan. Satu kejutan terhadap pakar pemakanan seluruh dunia, hasil kajian dari Universiti Harvard.
  • 3 jenis vitamin untuk kesuburan lelaki. Juga akan memberikan kesan yang tidak baik tanpa pengambilan yang betul.
  • Vitamin E, baik untuk kesuburan lelaki dan wanita. Tetapi ada banyak jenis vitamin E di pasaran. Yang paling berkesan adalah dari sumber X. Macam mana nak kenalpasti? Kami jelaskan dengan terperinci.
  • Dah baca report Ubat Batuk Untuk Kesuburan? Anda sudah dijelaskan bagaimana ia dapat meningkatkan kualiti mukus serviks yang penting untuk pergerakan sperma ke arah ovum. Oh..ia bukannya dari kaedah cuba jaya dan ia bukan mitos seperti yang didakwa oleh sesetengah orang. Report tersebut berdasarkan Kajian dari jurnal 'Fertility dan Sterility'. Kami sudah buat penerangan dengan jelas ubat batuk jenis yang macam mana. AWAS! Bukan ubat batuk biasa.  Tapi persoalannya, berani ke nak cuba? Kami sendiripun tak berani cuba walaupun ada kajian terhadap keberkesanannya. Kami dedahkan 6 cara lain yang lebih selamat untuk meningkatkan kualiti mukus serviks. Ia terdiri dari 3 vitamin, 1 herba, 1 minuman, 1 produk
  • Susu Anmum untuk ibu hamil sahaja? Oh..tidak. Mereka yang dalam cubaan untuk hamil juga digalakkan meminumnya. Kenapa? Ia juga dibincangkan.
  • 30% dari masalah kesuburan berpunca dari pihak lelaki. Rawatan bagi lelaki agak terhad berbanding wanita. Salah satu jalan keluar bagi masalah ini adalah kaedah IUI dan ICSI yang melibatkan kos yang tinggi. Yang paling susah adalah untuk memujuk pihak lelaki membuat diagnosis dan rawatan. Apa kata cuba kaedah pemakanan. Kami dedahkan 3 jenis vitamin, 2 unsur dan 4 jenis herba untuk kesuburan lelaki. Semuanya boleh didapati dari farmasi, juga kami nyatakan sumber2 semulajadi bahan-bahan tersebut.

Dapatkan ebook Panduan mudah hamil.

 

2.7 kilogram 09:19pm

gambar baby belum boleh ambil, sebab dalam nursery


Alhamdulillah, isteriku telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.7kg pada 9.19pm, hari Khamis malam Jumaat 02 Ogos 2012, bersamaan 14 Ramadan 1433 Hijrah.

Kelahiran secara normal, setelah melalui proses paksaan bersalin (induce) yang dibuat lebih kurang pada pukul 3 petang hari Khamis. Tarikh dijangka bersalin sebenarnya pada 09 Ogos, tetapi atas sebab masalah kencing manis ketika mengandung, bayi terpaksa dilahirkan lebih awal.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Cuma sekarang isteri aku masih di wad hospital Melaka, manakala bayi berada ni nurseri (wad bayi). Doktor dan jururawat terpaksa memantau bayi terlebih dahulu disebabkan masalah ibu mempunyai darah A -ve (negatif), manakala bayi baru disahkan tadi mempunyai O +ve (positif), sama macam darah aku.

Ok, aku sekadar ingin berkongsi mengapa bayi terpaksa lahir awal sekiranya ibu mengidap kencing manis ketika hamil?

Menurut doktor (aku ceritakan serba ringkas), antaranya:


  • 1. Bayi akan menjadi besar dalam kandungan, ini akan menyebabkan kelahiran sukar, dengan risiko terkoyak pada ibu mengandung, dan juga patah tulang pada bayi.
  • 2. Bayi dalam kandungan telah terbiasa dengan suasana terlebih gula, pabila lahir, bayi akan stress dan mengalami kekurangan gula.



Di bawah ini fakta tentang risiko kencing manis ketika hamil



Aku sekarang kat Muar,  Ahmad IQbal kena tinggal di rumah atuk. Oklah, aku nak pergi hospital Melaka, melawat ibu dan newborn baby.

Tiga puluh enam minggu enam hari



Alhadmdulillah, sudah tiga puluh enam minggu enam hari, kata doktor, mengiyakan cakap jururawat yang menjalankan pemeriksaan sebentar tadi.

InsyaAllah, hari raya puasa tahun ini kami akan beraya bersama dengan 'baby' baru, yang dijangkakan kelahirannya pada 9 Ogos 2012. Ya, 2 minggu sebelum menjelangnya Syawal.

Padaku, ini adalah salah satu lagi rezeki kurniaan Ilahi. Anak, atau cahaya mata, memang diidam-idamkan oleh hampir kesemua pasangan suami isteri yang baru berkahwin. namun, itu semua kerja Allah. Kita hanya boleh berusaha, berdoa dan tawakal. Mengandung atau tidak, kita serahkan padaNya.

Syukur tak terhingga, sebab sehingga kini, semuanya ok. Kami akur dan kena waspada dengan faktor darah rhesus A- negatif dan 'suspect' kencing manis. Agak penat juga kami suami isteri berulang alik saban hari ke klinik kesihatan Ujong Pasir dan hospital Melaka. Terima kasih buat para doktor, dan petugas di sana. Jasa kalian tak terbalas rasanya. 

Banyak yang kami lalui, dan aku sendiri akui.  Walau pun ini merupakan anak yang ketiga, perjalanannya tak semudah yang didengar. Ada ketika, aku terpaksa bersabar dengan mood dan angin si isteri yang bertukar pada awal kehamilan. Menjadi malas, rumahtangga tak terurus, kain baju terabai, dapur pun tak berasap. Untuk para suami di luar sana, tanganilah karenah isteri buat sementara waktu ini.

Syukur, aku masih waras dan jadi lebih matang meniti usia lewat 30an. Aku cuba menjadi lebih cool, menangani rumahtangga dan si Ahmad IQbal, anak keduaku yang sedang lasak.

Pejam celik, sedar tak sedar, tinggal lebih kurang 3 minggu untuk kelahiran anak ketigaku ini. Semoga urusan kami dipermudah dan kedatangan si kecil membawa seribu rahmat dan rezeki kepada kami.

Amin.



Panduan Menyambut Kelahiran

AZAN DAN IQAMAH

"Sesiapa yang memperolehi cahayamata, maka hendaklah diazankan di telingan kanan dan diiqamahkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan" (H.R. al-Baihaqi)
Bayi hendaklah dipegang dengan menghadap ke arah kiblat. Azankan pada kanannya dahulu dan kemudian barulah diqamatkan di telinga kirinya. Hikmahnya ialah supaya perkataan pertama yang didengar oleh bayi ialah kalimah seruan azan dan iqamah yang mulia, yang mengandungi kebesaran Allah dan dua kalimah syahadah. Dengan itu seruah dakwah kepada Allah dan agama Allah lebih dahulu sampai kepada bayi tersebut daripada mendengar seruan dan hasutan syaitan.



TAHNIK

Telah berkata Abu Musa r.a maksudnya:
"Aku mendapat seorang anak lelaki lalu membawanya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu Baginda mentahnikkannya dengan kurma dan mendoakan keberkatan untuknya. Kemudian Baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku" ( H.R. Bukhari & Muslim ).

Tahnik adalah amalan memindahkan benda yang manis seperti kurma kepada lidah anak yang baru dilahirkan. Kalau tidak ada kurma, bolehlah digantikan dengan makanan lain yang manis seperti madu dan sebagainya. Ia dilakukan dengan meletakkan kurma yang lembut di hujung jari. Kemudian gerakkan jari tersebut ke dalam mulut bayi ke kiri dan ke kanan sehingga ia meliputi mulut bayi tersebut dengan kurma tadi.






MEMBERIKAN NAMA

Dari Amr bin Syuib, mafhumnya:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir pada hari ke-7 dari hari kelahirannya, menghilangkan kotoran daripadanya dan mengorbankan aqiqah untuknya" ( H.R Tirmizi )

Anak-anak hendaklah diberikan nama yang baik-baik maknanya. Abu Darda' berkata; Rasulullah s.a.w. bersabda : "Pada hari kiamat, kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Maka hendaklah kamu memperelokkan nama-nama kamu" ( H.R. Abu Daud )


BERCUKUR DAN SEDEKAH

Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. mengaqiqahkan satu ekor kambing untuk cucunya dan berseru (diriwayatkan oleh Tirmidzi):
"Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan rambutnya. Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham"

Nabi melarang melakukan qazak iaitu mencukur sebahagian tertentu sahaja.

Aku rasa masyarakat kita terkenal dengan adat potong jambul.. lepas tu, takde pun bercukur. Yang patut dijadikan amalan, macam maksud hadis di atas. Cukur, kemudian timbang berapa berat rambut tu, samakan dengan berat dengan nilai duit (nilai perak).


AQIQAH

Hukum aqiqah ialah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan bagi yang berkemampuan. Melaksanakannya adalah satu tanggungjawab ibu bapa atau penjaga anak tersebut. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sejak anak dilahirkan tanpa sebarang tempoh masa. Ia lebih baik dilakukan pada hari ke-7, ke-14 atau ke-21.

Aqiqah untuk anak lelaki ialah dua ekor kambung atau dua bahagian lembu. Untuk anak perempuan pula, kadarnya ialah seekor kambing atau satu bahagian lembu. [Seekor lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian].


Petikan
"Terbitan
Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.
Siri 07/06"

"sampaikanlah ilmuku, walaupun sebaris ayat"

Eh... dapat baby lah!

Ni bukan gambar anak aku... aku cilok kat mana-mana guna google imej

Gambar apa tu? Yang dah jadi bapa / ibu, semestinya 100% pasti imej ni. Bagi yang masih muda belia (lom akil baligh), mungkin belum tahu atau samar-samar... Gambar ni merupakan imej scan ultrasound bagi mengesan kedududkan bayi di dalam perut. Ketumbuhan juga boleh dikesan menggunakan alat ini. Dapatlah tengok bayi (fetus) yang sepanjang lebih kurang 2 - 3 inci.Walaupun kecil, dapatlah kitaorang tengok degupan jantung dia yang sangat pantas.. fuh laju betul!






Ni sebenarnya aku nak cerita, yang menyebabkan aku 'terpergi' berjumpa doktor untuk kempen anti rokok tu... Sebelum ke Pusat Kesihatan Sg. Mati, kami dah pergi buat kad untuk mengandung di Pusat Kesihatan Kecil Rawang... Sebab Parit Bunga di bawah zon Rawang. Ni memang penting. Kalau mak bapak yang pertama kali mendapat zuriat, memang akan kabur-kabur nak buat apa... Sampaikan misi kat situ tanya, "Anak yang pertama?" ... Sebab memang kami macam bodo-bodo ayam... terpinga-pinga :P ... jadi isteri aku pun buatlah kad mengandung , segala jenis soalan ditanya dan ambil rekod untuk berat, tinggi, penyakit yang dihidapi serta banyak lagilah.

Ni gambar masa kat klinik swasta, 2 minggu sebelum tu

Bagaimana untuk mengesan kehamilan?

Untuk mengetahui samada anda mengandung atau tidak, senang sahaja, beli 'pregnancy test', lepas tu ikut je arahan kat kotak.. Kalu 1 garis, tak mengandung. kalu 2 garis... SAH! memang mengandung! Kalau jumpa doktor pun, dia akan guna alat yang sama, tak kira mahal atau murah, memang tu jelah cara yang paling senang untuk mengesan kehamilan..




Yang ni pula adalah jadual berkala unsur untuk mengetahui tempoh kelahiran. Anak aku dijangka lahir pada 2 November 2009, sehari lepas hari lahir pakcik Seli dia...

Apa perasaan dapat anak? Best kan? Sebab tu adalah rezeki Allah...

Untuk yang belum lagi hamil dan inginkan petua atau tips untuk mengandung, mungkin panduan ini boleh membantu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...