Showing posts with label rezeki. Show all posts
Showing posts with label rezeki. Show all posts

Doa murah rezeki dan mudahkan urusan dunia akhirat

السلام عليكم ورحمة الله  وبركاته
ُِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

*Ya Allah*,
jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik daripada hari-hari yang telah kami lalui.

*Ya Allah*,
Bangunkanlah,
kembangkanlah dan
bangkitkanlah semangat kami  dalam bekerja, berusaha, beribadah, dan beramal.

*Ya Allah*,
jaminlah kesihatan, keberhasilan, dan kesejahteraan bagi kami.

*Ya Allah*,
limpahkan dan lipat-gandakanlah rezeki-Mu untuk kami.

*Ya Allah*,
ciptakan dan jadikanlah hanya kesempatan yang baik-baik sahaja bagi kami.

*Ya Allah*,
perlihatkanlah, perdengarkanlah dan rasakanlah kejadian, berita dan pengalaman yang menyenangkan sahaja kepada kami.

*Ya Allah*,
mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah kami daripada segala kesulitan, perkenankanlah doa kami dan harapan kami.

_Tidaklah kita menjadi terlalu kaya lantaran kita kedekut dan tidaklah kita akan papa lantaran  kita pemurah..._

_hakikatnya, rezeki itu milik ALLAH...kita sekadar pemegang amanahnya sahaja..._
*

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَjلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

4 jenis rezeki




Tahukah anda Rezeki ada 4 jenis?
1) Rezeki yang Allah dah jamin semua dapat. - surah Hud ayat 6

2) Rezeki yang diberi Allah mengikut kadar usahanya. - surah al-Najm ayat 39 -

3) Rezeki yang Allah tambah jika kita bersyukur. - surah Ibrahim ayat 7 -

4) Rezeki yang datang secara tidak disangka bg orang yang bertawakal. - surah al-Thalaq ayat 2 & 3


Sila share jika anda rasa bermanfaat., Allah suka pada mereka yg berkongsi.

Petua murah rezeki, simple



*Petua Murah Rezeki*
✅1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..
....................................
✅2.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.
....................................
✅3.Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.
....................................
✅4. Letakkanlah d bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
✅5. Jika kamu hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2).
....................................
✅6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
✅7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
..................................
✅8. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
....................................  
✅9. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
✅10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yg telah berbuat jahat kpdmu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu.
....................................
✅11. Setkan pada handphone kamu,  penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah al-fatihah @ al ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia...
....................................
✅12. Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mahu mengamalkan. Moga kamu pun akan diberi pahala kerananya. ..
Selamat bersedekah..Semoga kita dilimpahkan rezeki...Aamiin..

Rezeki dalam hujan


Sungguh saya terkesan baca kisah ini.

Kredit kepada Fedtri Yahya.

Sekadar berkongsi......

KONSEP REZEKI

Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai.

Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan2 tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.

Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi jika hujan tidak berhenti.

Namun, kerisauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikit pun di wajah Penjual akhbar itu.

Hujan masih terus turun. Si penjual akhbar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu.

Tampaknya seperti sebuah buku. Ku perhatikan dari jauh, lembar demi lembar dibacanya. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibaca nya.

Namun perlahan2 ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yang dibacanya.

+ "Assalamu 'alaikum"

- “Waalaikum salam"

+ “Bagaimana jualan  akhbar tuan?"

- “Alhamdulillah, dah terjual satu.”

+ “Wah susah juga ya kalau hujan begini"

- “Insya Allah adalah rezeki nya.”

+ “Kalau hujan sampai petang macam mana?”

- “Itu bererti rezeki saya bukan jualan akhbar, tapi boleh banyak berdoa.”

+ “Doa?”

- “Bukankah  Rasulullah SAW pernah bersabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”

+ “Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”

- "Bererti, rezeki saya adalah bersabar"

+ "Kalau tidak ada yang boleh dimakan"?

- “Bererti rezeki saya berpuasa"

+ “Kenapa tuan  boleh berfikir seperti itu?”

- “Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikanNya saya syukuri. Selama jualan akhbar, walaupun tidak laku dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah  kelaparan". Katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan.

Sahabat ...
Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya.

Ia pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.

Aku termenung...
Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku resah-gelisah? Khuatir tidak dapat wang? Risau rumahku akan terendam banjir? Bimbang tak dapat hadir andai ada jemputan kenduri? Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan?

Baru ku sedar, rezeki bukan wang semata2. Bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal soleh yang patut kita syukuri.

Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi drpd Allah SWT.

Sahabat ...
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang atau dari apapun juga.

Wallahu a'lam


Sebab tak murah rezeki

Perkongsian yang menarik. Untuk direnung-renung, dan diamal. Semoga kita lebih berjaya dunia dan akhirat. Aamiinn.

Tazkirah: Konsep Rezeki

gambar nelayan mencari rezeki. credit - National geographic



Konsep Rezeki Pertama

Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.



Konsep Rezeki Kedua

Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita.

Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.

Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.

Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan?

Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.



 Konsep Rezeki Ketiga
Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak.

Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.

Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?

Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan,

  “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak complain dari beryukur. kan?

Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.

Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.

Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?



 Konsep Rezeki Keempat

Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.

Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?

Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.

  Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?

Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni. Alhamdulillah.




Perkongsian daripada whatsapp

Rezeki itu milik Allah



Alhamdulillah, dalam sibuk ke hulu ke hilir, tanpa update blog, ada juga rezeki masuk melalui affiliate jobdirumah dan panduan jahit baju kurung.

Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh 3 bulan kebelakangan ini. Aku berhenti kerja makan gaji dan mencari rezeki dimuka bumi Allah dengan cara yang lebih relaks (tapi memang penat).

Ya, aku sudah kerja sendiri semula. Sekarang aku bergantung pada Durian Crepe, Coconut Shake Luar Biasa Muar dan pakaian muslimah sepenuhnya.

Memang seronok kerja sendiri, tapi sendiri mau ingat segala rintangan dan dugaan yang tiba.

Aku mengharapkan rezeki yang lebih diberkati dan hati yang tenang bila kerja sendiri.

Terima kasih ya Allah, kerna memberi nikmat mengecapi rezeki milikiMu.




Dapat lagi komisen Rezeki Ramadhan


tolong jangan klik imej 

Alhamdulillah, masuk je Ramadan, dapat sikit duit poket untuk menyambut kedatangan puasa. Dapat beli kurma Yusof Taiyob beberapa kotak + isi duit minyak balik ke Muar hujung minggu lepas, dan ++.


Setakat ni, ini merupakan antara affiliate yang memberi komisen yang agak besar, pernah aku terima untuk setiap satu jualan. Kali ni, aku berjaya mendapat 2 jualan. Terima kasih buat Panduan Jahit Baju Kurung yang membayar komisen affiliate, sehari sebelum puasa bermula.

Pada aku, ebook yang dihasilkan memang berbaloi untuk dimiliki. Apatah lagi jika anda bercita-cita atau mempunyai hasrat untuk menghasilkan pendapatan bekerja di rumah samada secara part time, atau pun secara sepenuh masa.

InsyaAllah, aku akan cuba luangkan masa untuk membuat review tentang ebook ini kelak. Panduan      jahit baju kurung ini lengkap dengan penerang serta panduan gambarajah yang mudah difahami.

Yang penting, rajin dan usaha. Memang skill menjahit ni boleh mendatangkan pendapatan lumayan.  Mana taknya, duduk rumah, ambil upah siapkan tempahan baju kurung atau buat untuk koleksi butik sendiri. Lepas tu pasarkan samada secara offline, mahupun online (online lagi senang).

Lagi satu, kalau kita nak hantar tempah baju kurung sekarang ni, rasanya takde tukang jahit yang sanggup nak ambil tempahan. Semuanya dah 'fully booked'. Dah tak lama lagi nak raya. Jadi, kalau ada kain yang belum berjahit, kena buat sendiri nampaknya.

Apa-apa pun, terima kasih sekali lagi kepada panduan jahit baju kurung ini, sebab membuka satu lagi peluang rezeki untuk aku anak beranak. Untuk anda di luar sana, apa tunggu lagi, mulakan langkah pertama.

Tiga puluh enam minggu enam hari



Alhadmdulillah, sudah tiga puluh enam minggu enam hari, kata doktor, mengiyakan cakap jururawat yang menjalankan pemeriksaan sebentar tadi.

InsyaAllah, hari raya puasa tahun ini kami akan beraya bersama dengan 'baby' baru, yang dijangkakan kelahirannya pada 9 Ogos 2012. Ya, 2 minggu sebelum menjelangnya Syawal.

Padaku, ini adalah salah satu lagi rezeki kurniaan Ilahi. Anak, atau cahaya mata, memang diidam-idamkan oleh hampir kesemua pasangan suami isteri yang baru berkahwin. namun, itu semua kerja Allah. Kita hanya boleh berusaha, berdoa dan tawakal. Mengandung atau tidak, kita serahkan padaNya.

Syukur tak terhingga, sebab sehingga kini, semuanya ok. Kami akur dan kena waspada dengan faktor darah rhesus A- negatif dan 'suspect' kencing manis. Agak penat juga kami suami isteri berulang alik saban hari ke klinik kesihatan Ujong Pasir dan hospital Melaka. Terima kasih buat para doktor, dan petugas di sana. Jasa kalian tak terbalas rasanya. 

Banyak yang kami lalui, dan aku sendiri akui.  Walau pun ini merupakan anak yang ketiga, perjalanannya tak semudah yang didengar. Ada ketika, aku terpaksa bersabar dengan mood dan angin si isteri yang bertukar pada awal kehamilan. Menjadi malas, rumahtangga tak terurus, kain baju terabai, dapur pun tak berasap. Untuk para suami di luar sana, tanganilah karenah isteri buat sementara waktu ini.

Syukur, aku masih waras dan jadi lebih matang meniti usia lewat 30an. Aku cuba menjadi lebih cool, menangani rumahtangga dan si Ahmad IQbal, anak keduaku yang sedang lasak.

Pejam celik, sedar tak sedar, tinggal lebih kurang 3 minggu untuk kelahiran anak ketigaku ini. Semoga urusan kami dipermudah dan kedatangan si kecil membawa seribu rahmat dan rezeki kepada kami.

Amin.



Kerja part time di rumah







Kerja part time di rumah memang banyak sebenarnya. Ada yang memerlukan internet, ada juga yang tidak memerlukan internet sama sekali. Ada yang memerlukan modal, ada yang tidak memerlukan modal.



Aku sebenarnya banyak idea dan ada pengalaman melakukan kerja part time di rumah. Entri ini ditulis pun berdasarkan carian kerja part time di rumah yang sekali-sekala menerjah masuk mengintai ruang dalam blog ni. 

Tapi, yang pasti, aku nak kongsikan Kerja part time di rumah yang boleh dilakukan secara santai. Habuannya dalam bentuk US dollar, boleh tahan juga nilainya. Cuba intai kat bawah ni:

Top commentator #1 – $12 (Equivalent to RM36) + 3 mystery Make Money Ebooks/Reports
Top commentator #2 – $10 (Equivalent to RM30) + 2 mystery Make Money Ebooks/Reports
Top commentator #3 – $8 (Equivalent to RM24) + 1 mystery Make Money Ebook/Report

Menarik bukan? Nak tahu lebih lanjut, korang pergi sendiri ke blog Cyza.us. Jangan takut, komen dalam bahasa Melayu atau English di terima. Yang penting, sekurang-kurangnya satu ayat diperlukan untuk dikira sebagai komen. Percayalah, beri komen je kat blog-blog yang ada ni je dah cukup lumayan sebenarnya. Dah banyak hadiah yang aku dapat sebenarnya.

Haishhh, malaslah aku nak mengomel banyak, banyak, korang pergilah sendiri tengok kat blog bakal Dr Kimia ni. Lain kali, aku akan cerita lagi pasal peluang-peluang lain kerja part time di rumah

Kerja Part Time yang aku buat untuk duit duit duit memang sempoi

Wah.... dah lama juga aku tak update blog ni. Agak bersawang masa aku mula-mula masuk dashboard tadi. Mana taknya, sibuk dengan projek google ad sense, online biz dan juga beberapa urusan keluarga serta rakan-rakan.

Sebenarnya tajuk entry 'Kerja Part Time untuk duit duit duit memang sempoi' ini berkait rapat dengan bisnis online yang boleh dikecapi jika anda memikirkan kerja part time, mahupun pekerjaan secara sambilan.

Saban hari, ada sahaja yang google jawatan kosong, job part time, keje kosong kerajaan, kerja kosong, kerja part time dari rumah, dan pelbagai lagi kombinasi 'search' untuk merebut peluang yang ada.

Jika anda mempunyai kemudahan talian internet, apatah lagi mempunyai blog peribadi, itu sudah memberikan anda kelebihan untuk menjana pendapatan sampingan. Siapa kata rezeki di internet itu susah? Lihat screenshot yang aku curi di bawah ni;



Mijie telah berbesar hati memberikan aku ganjaran banner selama sebulan dan sebuah pakej hosting beserta domain untuk setahun. Nilainya lebih kurang RM100+ (maaf, aku tengah malas nak tengok nilai sebenar dalam website NetKL). Tak pasal-pasal aku dapat free pakej hosting tu, bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Hosting yang dah sedia ada sekarang, dah ada 6 add on domain daripada 10.

Bandwitdh pun tak banyak mana, malas nak kacau. Jadi dapat hadiah ni, boleh aku setup bolg wordpress atau OS commerce. Belum fikir masak-masak lagi. Sekali lagi aku ucapkan jutaan terima kasih kepada Mijie.

Jadi, bebelan aku ni sebenarnya nak cerita pasal peluang buat duit dalam internet, kat bawah ni aku senaraikan nilai hadiah kemenangan yang aku dapat melalui tekaan, cabutan bertuah dan juga sebagai juara komen (dan tempat kedua, ketiga):



  1. Menang RM50 cabutan bertuah hari lahir Luvlee
  2. Menang Sehelai sweater, Sebuah Buku Azizi Ali-Millionaires are from a different Planet dan Wang Tunai 10 usd / RM 30 di Ramadhan Contest
  3. Menang hadiah buku pengomen bertuah di blog Nuaeman
  4. Menang periuk di Kujie2
  5. Menang RM 200 sebagai pengomen terhandal tempat kedua di RezekiMurah
  6. Menang RM35 komen Euro contest 2008 di blog Din Beramboi
  7. Menang tempat kedua RM20 + Ebook Panduan Buat duit dengan Shareasale + Bonus di blog Earncent


Dahlah, penat aku track balik semua ni. Kat blog Rohaizad pun aku pernah menang (dan ada lagi ke tak yang lain-lain.. hmm). 2010 dah hampir ke penghujungnya. Aku pasti banyak blog menganjurkan pertandingan penutup tirai. Google sahaja contest, pertandingan, cabaran dan sebagainya.

Jadi, pandai-pandailah merebut peluang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...