Showing posts with label haram. Show all posts
Showing posts with label haram. Show all posts

Pendedahan mengejutkan: Sushi King tak halal

Pendedahan yang mengejutkan oleh seorang chef yang dah bertaubat, daripada bersubahat dengan perkara yang syubahah.....\
Jika benar apa yang diutarakn adalah palsu, sila kemukakan bukti dan kami akan menarik balik entry ini.
Ini adalah copy paste daripada whatssapp message.  Tiada tokok tambah dan edit yang dibuat.


《 Sushi King tak halal? 》
Hari tu saya ada chatting dengan seorang bekas Chef Masakan Jepun. Kebetulan tengah present kat dia design Logo Budget saya. Beliau pernah kerja kat Suntory Japanese Cuisine..dekat Hilton Hotel Jln Tun Ismail KL.
Chef ni pernah juga kerja kat Tokyo Restoran bangunan Amanah Capital Jln Raja Chulan..restoran ni dah tutup skrng. Juga pernah kerja kat Awana Kijal Resort, Restoran Korean New Ang Kok Kwan dan Sakana Ei. Antara benda yang beliau bocorkan kat saya adalah hampir semua hidangan sushi yang mengekalkan originality standard sushi adalah haram dimakan.
Saya yang peminat tegar Sushi King ni terperanjat setan la kan. Memang saya tahu bahawa Sushi King ni belum dapat sijil halal. Alasannya kerana terlalu banyak supplier jadi susah nk dapatkan pengesahan halal daripada semua supplier.
So saya berbaik sangka lah kat Sushi King tapi bila Chef  yang dah otai dalam menyediakan kuliner Jepun sendiri yang bocorkan yg kebanyakan sushi ni tak halal, saya jadi tak mampu berbaik sangka lagi. Nak tahu kenapa?
Ok. Kata chef ni :
+ Pertama : Nasi kepal Sushi King rasa masam-masam sikit kan? Sebenarnya nasi tu,bila dah masak,mereka akan gaul sedikit cuka dan mirin (4% alkohol)
+ Kedua : Belut (unagi) tu pula dimasak dgn soy sos + sake (40% alkohol)
+ Ketiga : Lagi malang klu mkn kat restoran yang betul-betul punya asli makanan Jepun ni..lepas mkn mereka hidang pencuci mulut ,agar2 dan buah. Agar2 tu di campur dgn jus oren wisky.
+ Keempat : Saya tanya Chef ni. Betul ke terjadi pembaziran air masa nak buat nasi sushi ni. Beliau bagitahu beras California memang kena running water semalaman sbb beras tu sticky
Dia bagitahu lagi, babi mereka tak guna tapi mereka banyak guna arak dalam penyediaan makanan mereka. Chef ni pernah cuba tukar resipi menggunakan bahan yang halal 100% tapi katanya banyak customer yang merungut sebab rasanya tak sama dengan sushi yang asli.
Alhamdulillah Chef ni dah taubat dan dah berhenti jadi Chef makanan Jepun. Beliau tak sanggup dah bersubahat dengan owner restoran untuk buat menu haram ni.
P/s : Ini bukan cerita rekaan. Saya Taufiq Razif bertanggungjawab dengan post ini. Minta tolong sangat-sangat viralkan supaya banyak orang Islam terselamat drp sushi yang tidak halal.
3 July 2016

Isu Cadbury: Babi vs riba, korupsi, judi

Baca, fahamkan dan ambil iktibar.




Membantah Cadbury itu sesuatu yang bagus sebagai hak pengguna yang tidak boleh diperdayakan. Namun, berlebihan dalam hukum seperti menyuruh samak mulut, tukar darah dan lain-lain adalah merupakan unsur ghuluw ataupun melampau dalam beragama. Islam itu tidak merepek dan menyusahkan seperti demikian rupa. Sesiapa yang termakan yang haram tanpa sengaja tidak dikira dosa dan seseorang tidak akan dihukum Allah atas perkara luar dari maklumat dan kemampuannya.
Malangnya, dalam masa yang sama kita tidak pula bising habis-habisan dalam perkara yang jelas haram seperti riba, korupsi, judi, salah guna harta awam dan seumpamanya.
Inilah fahaman Islam yang hanya terasa 'haram babi, tapi tidak terasa haram judi, riba dan rasuah sedangkan dosa dan mudarat semua itu lebih besar dari babi.
Dr. MAZA

Berita Harian Online | Pinggan tulang babi haram

Berita Harian Online | Pinggan tulang babi haram



Majlis Fatwa turut larang guna rangka haiwan tidak disembelih 

SEPANG: Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan Bone China atau pinggan mangkuk, termasuk cawan dan piring yang mengandungi campuran tulang babi atau tulang haiwan yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam adalah haram





Bagaimanapun, peralatan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang haiwan yang boleh dimakan dan disembelih secara Islam halal digunakan.
Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin, berkata walaupun Bone China diperbuat daripada tulang babi yang dibakar sehingga menjadi debu, ia tetap haram digunakan umat Islam. 


“Kita dimaklumkan bahawa dalam setahun, tujuh juta babi disembelih di seluruh dunia untuk tujuan ini dengan empat juta di China, walaupun sudah menjadi debu dan diproses menjadi pinggan mangkuk, ia haram pada pandangan syarak. 


“Begitu juga jika ia diperbuat daripada tulang binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam, maka ia juga tidak boleh digunakan. 


“Namun, halal digunakan jika diperbuat daripada binatang yang halal seperti (tulang) lembu dengan syarat disembelih secara Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah ke-99 jawatankuasa majlis itu di sini, kelmarin. 
Bone China adalah istilah komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan. 


Bagaimanapun, beliau berkata, pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang haiwan itu adalah mahal sehingga boleh mencecah RM3,000 sebiji. 


Sebelum ini, ada dakwaan banyak pinggan mangkuk dan perkakasan makanan seperti cawan dan piring seramik yang dijual di merata tempat mengandungi campuran tulang haiwan, termasuk babi. 


Campuran tulang haiwan yang diproses menjadi debu itu digunakan supaya pinggan mangkuk menjadi lebih cantik dan berkilat.



shared from Berita Harian Online | Pinggan tulang babi haram
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...